Aku sangat suka sawah padi, sebab sawah padi mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Zaman aku 6 tahun. Menurut kata emak aku, itu ajelah sekali kitorang merasa zaman sawah padi. Walau masih kecil pada masa itu, tapi aku masih ingat dengan pengalaman berlari-lari di atas batas sawah, membuat seruling menggunakan batang padi, makan bekalan yang di bawa dari rumah di tengah-tengah petak-petak sawah yang telah siap di tuai, membuat khemah tempat berteduh.
Pengalaman tu memang seronok dan aku amat pasti ianya tidak akan berulang kembali.
Disebabkan pengalaman itu, aku berangan-angan juga untuk membuat 'pre-wedding photoshoot' di tengah-tengah sawah padi. Tapi memandangkan keadaan kewangan yang tidak begitu mengizinkan dan masa tu memang bukan musim menuai padi, hasrat itu aku pendamkan sahaja.
3 minggu lepas, kami ke Sekinchan, Selangor untuk menghadiri majlis kenduri kawin teman sepejabat Encik-Cinta-Hatiku. Kebetulan rumah pengantin tidak begitu jauh dari kawasan sawah padi dan kebetulan juga padi hampir menguning pada masa itu.
Aku yang cukup bertuah kerana mempunyai suami yang hampir sekepala dengan aku, tak melepaskan peluang bergambar di sawah padi, buat kenangan di hari tua. Bila baby dah lahir nanti dan dah paham apa yang cuba kami sampaikan, kami bercadang untuk ke sini lagi :)
No comments:
Post a Comment