Setelah berbulan-bulan berhadapan dengan perasaan marah, benci, meluat, menyampah, dan berbagai-bagai lagi perasaan yang memang tak baik untuk kesihatan diri, hari ni aku membuat keputusan untuk mengabaikan sahaja 'seseorang' yang menyebabkan aku berperasaan sebegitu.
Bagi orang yang memang kenal dengan diri aku, diorang mesti tahu yang aku memang jarang nak memaki orang. Selama ni perkataan yang teruk dan busuk yang keluar dari mulut aku adalah 'bodoh'. Itupun sangat jarang aku gunakan. Tapi sejak kehadiran 'seseorang' ni, bukan setakat 'bodoh', malah banyak lagi perkataan teruk yang keluar dari mulut aku.
Baru-baru ni, aku terdengar satu ceramah motivasi berkenaan memaki, yang menyebabkan aku berasa insaf dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak lagi memaki 'seseorang' ni. Aku akan cuba sedaya upaya untuk abaikan sahaja 'seseorang' ni dan anggap aje yang dia memang tak pernah wujud dalam hidup aku. Selama ni pun, kehadiran dia bukan menyenangkan hidup aku, makin menyusahkan ada la. Sebab dia lah, aku kena duduk office sampai pukul 2 atau 3 pagi setiap kali quarter-end. Kalau aku nak senaraikan semua benda yang dia buat untuk menyusahkan hidup aku, aku rasa sampai esok pun memang tak kan habis. Lagipun, kalau aku berbuat sebegitu, perangai aku adalah sama seperti dia yang suka mencari perhatian dengan menghantar post-post sebegitu di Facebook yang pada aku adalah bertujuan untuk mengaibkan orang.
Buat masa sekarang ni, aku masih marah terhadap 'seseorang' ni, dan jika post di facebook itu adalah mengenai aku, aku tak kan sesekali maafkan kau. Banyaknya dosa kau terhadap aku, adalah sebanyak orang yang membaca post kau itu di Facebook. Aku tak kan balas post-post kau itu, sebaliknya aku berdoa yang aku semakin dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, semakin bahagia di samping suami dan keluarga aku.
Amin.... Peace, No War
No comments:
Post a Comment