nuffnang ad

Saturday, December 31, 2011

Quarter-end December 2011

Terima kasih Amirul Hadif.... Sebab Mommy melahirkan awak pada waktu yang tepat, Mommy dapat skip quarter-end december 2011. Terima kasih juga Schlumberger sebab bagi cuti bersalin selama 12 minggu. Kalau kerja dekat syarikat lain mesti dapat cuti 60 hari saja.

Kalau tak, mesti sekarang ni aku tengah bertungkus lumus di pejabat untuk siapkan report untuk suku tahun, sambil merasa sakit hati pada orang lain yang tengah bergembira menyambut tahun baru :P

*Selamat Tahun Baru 2012

**Haruskah aku beranak lagi tahun depan, supaya boleh skip quarter-end December 2012 heheheh...

Friday, December 30, 2011

PCB - Potongan Cukai Berkala

Mesti korang-korang pun benci tengok perkataan 'PCB' ni dekat korang punya pay slip kan. Haih, kami ni tidaklah kaya sangat, tapi tiap-tiap tahun kena bayar cukai. Amaun cukai tu boleh buat biji mata aku juling juga.Sigh ;(

Tiap-tiap bulan memang gaji aku dah siap-siap kena tolak untuk PCB ni. Bulan Oktober tolak lagi hampir RM1000. Bulan ni kena tolak lagi RM500. Apakah???? Aku tak tengok lagi berapa jumlah PCB untuk tahun 2011 ni, tapi rasanya lebih dari RM2000.

Orang kata, besar periuk besarlah keraknya. Tapi ni tebal sangat keraknya ni...

Rakan-rakan akauntan yang hebat, tolonglah failkan cukai aku tahun ni, aku nak refund. Tolonglah!!!

Thursday, December 29, 2011

Yeehaa, Jom Ke PD

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni, hujung minggu lepas kami ke Port Dickson pula untuk family gathering belah aku pula. Percutian kali ini ditaja oleh pakcik sebelah ayah aku, tapi family gathering ni adalah untuk keluarga sebelah mak aku. Sweet kan, keluarga belah ayah dengan mak boleh pergi cuti sama-sama :)

Inilah tempat tinggal kami...

Bila ada aktiviti macam ni, kanak-kanak dan kaum lelakilah golongan yang paling gembira. Orang perempuan hanya jadi penonton sambil melakukan aktiviti diskusi a.k.a. mengumpat hehehe.





Gembira sangatlah tu...

Hey, orang mandi kat kolam renang, kenapa korang main air paip...



Kesian dia, tak ada kawan perempuan yang sebaya. Meh main dengan Aunty Yang & Miwul

Apesal muka korang masam sangat?

Ok, mari kita lihat aktiviti kaum lelaki pula. Mereka ni lah yang paling gembira, kalah budak-budak. Mentang-mentanglah mereka ni ramai, macam-macam aktiviti mengarut diorang buat, padahal ramai yang dah jadi bapa orang.

Hero aku yang cuba buat muka yakin, padahal dah nak kalah tu :)

Inilah juara pingpong kali ni, dia menang semua perlawanan. Oh, inilah pakcik aku, juga penaja untuk gathering kali ni. Kak Yang doakan Pak Chik dapat projek besar lagi lepas ni, boleh taja gathering lagi hikhikhik...

Adik bongsu aku, yang kalah tipis dengan Pak Chik.

Aku pun main juga pingpong ni masa kat PD, lawan Nuar dengan Pak Chik. Tapi Nuar boleh pula cakap macam ni kat Pak Chik, "Kalau main dengan Kak Yang ni, Pak Chik boleh bet dengan dia, sebab dia memang tak pernah menang bet". Boleh ke cakap kat isteri macam tu :( ... Pak Chik aku pun dengan selambanya balas balik, "Kalau Kak Yang dapat lebih dari 5 mata, Pak Chik takkan main pingpong lagi". Haruslah aku kalahkan dan menjadi bahan ketawa mereka. Benci!!!

Dulu aku dan Nuar ada berangan-angan nak beli meja pingpong untuk rumah kitorang. Tapi memandangkan ruang yang terhad, impian tu terpaksa dikuburkan untuk sementara waktu. Nanti bila dah extend rumah ni, baru boleh beli.

Mengimbas semula kejadian sewaktu zaman muda. Tahun 2000, masa tu kami masih di tingkatan 5, kami wakil sekolah masing-masing untuk pertandingan pingpong. Masa itulah kami duk mengintai-intai satu sama lain. Tapi masa tu tak bercinta lagi, sekolah lagi weh.

Ini adalah permainan wajib keluarga aku. Setiap kali berjumpa, mesti nak main bola. Nasib baik masa main tu tak hujan. Mereka ni bukan boleh percaya. Masa hujan adalah masa kegemaran mereka untuk bermain bola. Kesian isteri-isteri yang kena cuci baju yang berlumpur tu.

Hero saya yang berbaju lengan oren tu.

Dua orang ni (Abah dan Bang Long) adalah pengurus pasukan. Disebabkan kedua-dua mereka tak sanggup berlari sambil membawa perut yang besar, terpaksalah duduk di tepi padang dan melantik diri sendiri untuk menjadi pengurus pasukan :P

Ini adalah Aiman, dah berumur 17 tahun pun tapi masih menjadi bahan utama kalau nak sakat orang. Dia ni selalu jadi bahan usikan sebab dia adalah anak kesayangan mak dia. Walaupun besar, tapi masih di panggil Baby, masih dipeluk cium oleh mak ayahnya.

Mari bermain polo air pula.



Korang ni memang tak ada idea lain yang lebih bernaskan. Untuk pengetahuan korang, Bang Chik @ Shidi @ Orang-Yang-Selalu-Mengelat-Bila-Tengah-Bermain dah bangun awal-awal, lepas tu dia menyelam semula. Kesian korang kena tipu.

Ni lagi satu idea yang kurang bernas, nasib baiklah korang saja yang masih ada dekat kolam renang ni. Amiwul jangan sesekali tiru aksi ni.

Ha, main kuda-kuda pula.

Eh, eh, nak interframe juga...

Tali tak ada, jadi mari kita main tarik orang bebeh...



Acara terakhir sebelum balik, jom kita main go-kart dulu.

Abah, next gathering sila bawa Miwul pula.

Sepuluh orang pelumba bersedia di garisan permulaan. Aiman tak puas hati dengan Go-Kart yang dia dapat, minta tukar dengan yang lain. Kalau kereta tak bagus, macam mana nak menang kan.

Bersedia untuk dilepaskan. Kalau kamu masih baru dalam arena Go-kart ni, tak payah lah berlumba dengan mereka ni. Mereka dah mula main Go-kart sejak dari sekolah rendah lagi (tapi taklah handal sampai tahap boleh wakil Malaysia). 2 ke 3 tahun lepas (kali pertama abah aku tengok adik main Go-kart) abah hanya mampu menggelengkan kepala bila tengok cara adik aku memandu.

Ayish (baju pink) pemenang perlumbaan kali ni. Adik aku, yang baju hitam dapat nombor dua. Mula-mula adik yang dah mendahului, tapi waktu pusingan terakhir, Ayish dapat potong dia hahaha...

Gaya seorang juara...

Kali ni tak ada perlumbaan kategori perempuan. Gathering yang lepas ada 4 orang pemandu perempuan. Tapi kali ni, keempat-empat pemandu tak boleh nak berlumba. Aku sibuk memangku Miwul yang tengah tidur nyenyak, Zila tengah mengandung, Mawar tengah menjaga anaknya di hospital dan Kak Fari melawat keluarga dia yang menyambut Christmas.

Perasan tak, kali ni gambar aku langsung tak ada. Sebabnya selama 3 hari tu, Nuar @ tukang-ambil-gambar sibuk bermain, tak ada siapa nak ambil gambar aku :(

Wednesday, December 28, 2011

Hantu Oh Hantu...

Korang perasan tak, akhir-akhir ni banyak sangat iklan cerita hantu @ seram dekat TV. Dalam 1 jam ada sampai 3 atau 4 kali iklan cerita-cerita hantu ni.

Iklan yang ditayangkan ni, membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 1 sahaja kebaikan yang aku boleh nampak, iaitu ia boleh mempromosikan cerita tersebut.

Tapi keburukannya sangatlah banyak (isu yang aku nak bangkitkan adalah mengenai cerita hantu).
  • Kanak-kanak mesti jadi takut nak pergi tandas seorang diri. Bukan kanak-kanak sahaja, mak kanak-kanak macam aku ni pun takut tau.
  • Tak baik juga untuk perempuan yang mengandung. Orang tua-tua kata, kalau terkejut boleh memberi kesan buruk pada bayi yang dikandung.
  • Merosakkan pemikiran kanak-kanak mengenai benda-benda khurafat. Tak pasal-pasal sahaja mereka terdedah pada bomoh, pemujaan dan lain-lain.
  • Tak mengembangkan industri perfileman langsung. Cubalah buat drama atau filem yang boleh menjana pemikiran penonton.

Ok, ada banyak lagi keburukannya yang korang boleh fikirkan sendiri. Tapi yang pasti aku benci cerita-cerita hantu ni sebab ia membuatkan aku takut tinggal di rumah seorang diri walaupun pada waktu siang :'(

Wednesday, December 21, 2011

Bayi Kuat Menangis

Tak aku nafikan yang Miwul memang kuat menangis. Miwul kalau nak menangis memang tak kasi apa-apa signal, terus melalak saja sekuat hati. Untuk orang yang tak biasa, memang akan terkejut.

Petang semalam lebih kurang pukul 6.30 petang (sepatutnya pagi, tapi ditunda atas sebab-sebab tertentu) kami bawa Miwul untuk dapatkan suntikan 2 bulan. Malamnya, lebih kurang pukul 9.30 Miwul menangis sekuat-kuat hati. Lebih kurang 1 jam juga dia melalak.

Bayi memang akan menangis sebab itu saja cara untuk dia berkomunikasi dengan kita. Bezanya samada bayi tu akan menangis comel atau akan melalak-sekuat-kuat-hati-macam-kena-dera. Sebagai emak, memang aku malu bila Miwul melalak sekuat-kuat hati dan tak nak berhenti, nampak macam aku tak pandai jaga anak pula. Tapi mana ada emak yang akan biarkan anak dia menangis sebegitu rupa. Macam aku sendiri, hati aku ni menangis setiap kali Miwul melalak sekuat-kuat hati.

Miwul ni anak pertama aku, masa mak aku lahirkan adik bongsu, aku pun masih kecil lagi. Anak buah pun aku tak ada lagi. Jadi memang masuk akallah bila aku kata aku tak ada pengalaman dalam hal-hal bayi ni, aku masih belajar lagi.

Kalau Miwul menangis dan agak lambat aku dapat nak tenteramkan dia, itu tak bermakna yang aku biarkan Miwul menangis. Yang sebenarnya, aku cuba tenteramkan dia dan pada masa yang sama cuba mengenalpasti punca mengapa dia menangis. Sebab lapar, sakit, saja mengada-ngada... Susah kita nak kenalpasti, hanya bayi tu saja yang tahu.

Disebabkan harini Miwul berperangai baik, jadi aku sempat mencari-cari bahan dalam internet ni berkenaan bayi yang kuat menangis.

  • Bayi lelaki lebih kuat menangis dari bayi perempuan (bukan kuantiti menangis tapi dari segi nadanya).
  • Adakalanya bayi menangis sebab ada perubahan dalam diri mereka, merekakan sedang membesar, mestilah banyak perubahan. Bayi yang menangis kerana 'perubahan' ini adalah bayi yang bijak kerana mereka berjaya mengesan perubahan yang terjadi pada diri mereka.

Untuk ibu-ibu yang mengalami nasib macam aku, mari kita cuba perkara-perkara di bawah:

  • Sebelum dan selepas bangun tidur baca 3 Qul sambil tadah tangan, hembus pada tangan dan sapu pada seluruh badan bayi
  • Baca surah alam nasyrah dan hembus pada hidung bayi supaya dapat disedut. Surah ini untuk tenangkan bayi yang sedang menangis.
  • Baca surah Al-Fatihah 7 kali dan hembus pada ubun-ubun bayi yang sedang menangis.

*tak salah mencuba :)

Amirul's First Long Journey

Minggu lepas bawa Amirul jalan-jalan pergi Kuantan dengan Kemaman. Ni adalah perjalanan jauh Amirul yang pertama. Serius, aku memang risau nak bawa Amirul jalan jauh-jauh sebab dia memang suka meragam. Tapi kalau aku tak pergi, mestilah Nuar pun berat hati nak tinggalkan kami. Kalau Nuar tak pergi, tak dapatlah keluarga Nuar nak buat family gathering dekat banglo TNB. Dapat sewa Rumah Peranginan Pegawai Kanan TNB padahal engineer cabuk je, hehehehe. Petanda nak jadi Pegawai Kanan kot lagi beberapa tahun :P

Yang tak menariknya, hujan sahaja sepanjang hari semasa kat sana, jadi tak dapatlah nak merayap sangat, duduk dalam rumah saja. Impian nak makan nasi-kerabu-sedap-belakang-rumah-abang-ipar pun hancur berkecai sebab tuan kedai tutup kedai sepanjang cuti sekolah.

Oklah, mari layan gambar.

The Bungalow












The Foods

Aku suka nasi arab ni sebab kurang berminyak, sos dia sedap gila...





The Actions


Budak yang aku suka nak layan :P







Lagi setahun Miwul boleh join aktiviti di atas huhuhu



Mari seimbangkan badan di atas tin biskut hehehe

Miwul, kalau nampak kamera mesti senyum tau, jangan buat muka macam tu lagi

Hero (Amiwul)
Miwul tak buat perangai langsung masa dalam perjalanan pergi dan balik. Dia cuma merengek bila dah lapar saja. Tapi hari kedua di Kuantan, Miwul membuat kecoh. Seperti biasa, melalak-kuat-gila-tak-ingat-dunia. Mungkin sebab perut kembung kot. Dan dia kerap muntah juga semasa di sana. Miwul ni jarang muntah, tapi dekat Kuantan selalu muntah pula, sigh. Sebelum balik, kami sempat singgah di Pantai Cherating. Cuaca agak panas, Miwul merengek-rengek lagi. Terpaksalah kami berdua lepak dalam kereta sementara orang lain bergumbira di pantai. Tapi dalam kereta yang berpenghawa dingin, elok pula perangai Miwul, siap sengih-sengih lagi. Hai Miwul, awak ingat awak tu orang putih ke yang takut sangat nak berjemur tengah panas tu.

*Kurang berpuas hati dengan trip ni sebab hujan sepanjang masa, jadi tak dapat nak jalan-jalan, tak dapat nak makan local foods yang sedap-sedap.
**Gambar di atas adalah hasil kerja tangan Nuar.
***Tak dapat nak ambil gambar mereka waktu main bola tampar pantai sebab aku asyik monitor pergerakan ombak. Ombak tinggi gila OK. Takutnya kalau tsunami. Kiranya aku monitor ombak, kalau ombak tinggi bolehlah aku sound mereka-mereka tu hehehe
****Weekend ni mari ke Port Dickson pula - family gathering side aku pula. Woohooo....

Tuesday, December 20, 2011

Demam!!!

Harini bawa Miwul pergi DEMC untuk dapatkan suntikan 2 bulan. Miwul mungkin akan demam dan doktor dah bekalkan ubat demam pun.

Tapi Miwul tak demam (sekurang-kurangnya sampai aku tulis entri ni) tapi aku yang demam. Argh... sengsara!!!

Tuesday, December 13, 2011

Saya Sudah Besar - Miwul

Mak aku selalu cakap yang Miwul ni besar kederatnya. Maksud 'besar kederat' tu lebih kurang 'nak melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan'.

Tengoklah cara duduk Miwul ni. Dia tak suka baring, dia nak duduk sebab mata dia boleh pandang macam-macam benda, boleh tengok TV. Tak pasal-pasal saja car seat tu dah jadi tempat duduk untuk dia tengok TV.



Kalau berdukung pun dia nak badan dia ditegakkan, tak mainlah dukung-dukung sambil berbaring.

Haih, awak tu kecil lagi lah, belum pun 2 bulan lagi. Tapi nak bergaya macam budak besar.

Oh lagi satu, Miwul ni dah pandai menggigit sewaktu menyusu walaupun masa tu dia baru berumur seminggu++. Ramai yang tak percaya sebab terlalu awal untuk dia pandai menggigit. Tapi tolonglah percaya, memang dia dah pandai menggigit sampai aku pernah nak beri Miwul susu yang dipam sahaja, tapi tak sampai hati pula sebab muka dia nampak puas sangat bila dia dapat menyusu terus dari badan.

Monday, December 12, 2011

Senaman Di Pagi Hari

Nak pergi lipat baju yang dah melimpah ruah dari bakul tu. Lipat sehelai, lepas tu hantar kat almari. Lipat lagi sehelai, hantar pula ke tempat gantung baju.

Agak-agak boleh kempiskan perut tak kalau buat senaman macam tu? huhuhu.

Saturday, December 10, 2011

Miwul Meragam Lagi

Tapi tak seteruk minggu lepas. Nasib baik mak dengan abah ada kat Shah Alam hari ni. Mak dan abah datang ni pun semata-mata nak temankan aku sebab takut Miwul meragam lagi.

Bila Miwul meragam hanya mak dengan abah yang dapat tenteramkan dia. Kiranya, sepanjang hari ni, Miwul lepak dengan mak abah saja.

Miwul, selain dari Mommy dan Abah, Miwul kena ingat jasa Uwan dan Atuk juga tau. Diorang dukung Miwul berjam-jam bilaMiwul meragam.

Thursday, December 8, 2011

'Saya Suka Makan, Macam Mommy Juga' - Miwul

Sewaktu cuaca panas:
Minn : Mak, Miwul ni asyik nak susu je. Baru je menyusu tadi, tak sampai 1 jam pun lagi.
Mak : Cuaca panas ni, mestilah dia haus.

Sewaktu cuaca sejuk:
Minn : Mak, Miwul ni asyik nak susu je. Baru je menyusu tadi, tak sampai 1 jam pun lagi.
Mak : Dia laparlah tu. Macm kita juga, sejuk-sejuk ni cepat lapar.

Kesimpulan:
Terimalah hakikat Minn, yang anak kau memang kuat menyusu. Sama macam kau juga, kuat makan.

Pesanan untuk Miwul:
Tak apa sayang, walaupun awak menangis 7 kali setiap malam, Mommy tetap akan kasi awak susu. Sebab muka awak masa minta susu tu sangatlah comel. Orang lain silalah muntah, siapa lagi nak puji anak aku kalau bukan emaknya.