nuffnang ad

Sunday, December 5, 2010

Alahai, mahalnya...

Beberapa minggu lepas, aku ada dengar satu perbincangan di radio mengenai kos perubatan yang sangat mahal di klinik dan hospital swasta. Ramai yang merungut sebab mereka di kenakan dengan caj yang mahal. Ni antara keluhan dari para pendengar yang aku masih ingat:

  1. pesakit dikenakan caj RM45 di sebuah klinik swasta. Doktor tidak membekalkan sebarang ubat pun, hanya mengetuk lutut pesakit untuk menguji sekiranya ada sebarang kecederaan atau kesakitan pada bahagian lutut.
  2. seorang ibu yang baru melahirkan anak dikenakan caj 3 kali ganda daripada caj yang dijanjikan kerana melahirkan anak pada pukul 2 atau 3 pagi. Kalau nak harga yang dijanjikan tu, tak boleh beranak tengah malam atau awal pagi (macam lah boleh kawal bila bayi tu nak keluar)
  3. seorang pesakit dikenakan charge RM14k walaupun berada di hospital kurang dari 24 jam (tapi pemanggil tidak pula menerangkan tentang rawatan yang diterima).

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi ni aje yang aku ingat. Mula-mula, aku tak ambil kisah sangat dengan rungutan mereka ni. Sebab bagi aku, dah diorang pergi hospital swasta, memang sah-sah la kena caj mahal. Nama pun hospital swasta, memanglah mahal sebab makanan lebih sedap, tak perlu berkongsi bilik dengan pesakit lain, jururawat senyum aje sebab mereka di bayar untuk itu.

Kalau nak murah, pergilah hospital yang hanya perlu bayar RM1 aje untuk perkhidmatannya. Aku tak berapa pasti macam mana dengan layanan daripada hospital kerajaan ni sebab tak pernah guna lagi perkhidmatannya sewaktu kecemasan. Jadi tak adil untuk aku menilainya.

Isu yang nak aku bangkitkan ni tak ada kene-mengena langsung dengan hospital kerajaan. Alkkisahnya, aku selalu sangat sakit kepala sejak akhir-akhir ni. Tapi hanya sakit waktu hujung minggu aje. Waktu bekerja tu tak pernah pulak sakit walaupun aku memang betul-betul memerah otak untuk buat kerja. Cuma minggu lepas, sakit tu makin menjadi-jadi pulak. Sakit dari hari Ahad sampailah Selasa.

Sebab dah tak tahan sangat, pergilah sebuah klinik panel berhampiran pejabat aku. Kebetulan pula, seorang teman sepejabat ni melecet pada kaki. Jadi dia minta belikan 2 keping plaster. Bila aku nak tandatangan bil rawatan aku, selaku akauntan kenalah periksa dulu jumlahnya. Jumlahnya adalah RM63. RM53 untuk rawatan aku dan RM10 untuk 2 keping plaster.

Ha, RM5 untuk sekeping plaster? Memang melampau.Walaupun aku tak perlu bayar apa-apa untuk rawatan aku, aku masih rasa tertipu, rasa terkilan. Tak kan sebab klinik tu berada dalam hotel, dia kenakan caj yang berlipat ganda hanya untuk plaster yang tak berapa sen tu. Aku tak pasti pula kalau plaster yang dijual tu bermutu tinggi.

Alahai, mahalnya....

Saturday, November 20, 2010

My 27th Bestday....

Ermmm..... Bertambah setahun lagi umur aku. Alhamdulillah, hidup dan sihat walafiat lagi sampai hari ni. Semalam, aku fikir-fikir balik apa pencapaian aku sepanjang dah 27 tahun hidup ni. Aku bersyukur sebab dah jadi seorang isteri walaupun belum berpeluang menjadi seorang ibu. Harap-harap bila aku sambut hari jadi yang ke-28 nanti, aku dah jadi ibu, insyaAllah. Aku bersyukur jugak sebab ada kerjaya yang bagus, gaji yang bagus. Walaupun agak sibuk, tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang. Aku gembira bekerja dengan manager aku sekarang, aku gembira dengan suasana tempat kerja aku.

Sambutan hari jadi tahun ni, sangatlah menggembirakan. Tahun lepas, Encik-Cinta-Hatiku hantar sekuntum bunga ros merah dan sebakul coklat ke pejabat aku. Aku memang sangatlah gembira sebab memang dah lama tak dapat bunga, kali terakhir masa konvokesyen aku tahun 2006.

Tahun ni Encik-Cinta-Hatiku belikan sebiji kek dari Secret Recipe, yang sampai sekarang pun masih tak habis sebab makan 2 orang aje.



Kek ni pun kira kejutan la daripada Encik-Cinta-Hatiku. Dia tak bagitau pun ada kek. Masa tu aku nak mula masak makanan malam. Bila buka peti sejuk terus nampak kek tu, aku pun apa lagi, jerit-jerit, lompat-lompat tak ingat dunia. Kitorang sambut dua orang aje, jadi tak adalah acara nyanyi-nyanyi, acara tiup lilin. Potong je kek tu, lepas tu makan.

Masa nak makan tu, Encik-Cinta-Hatiku kata ada lagi satu kejutan....






Lagi sekali aku jerit-jerit, lompat-lompat tak ingat dunia. Aku boleh bayangkan muka Encik-Cinta-Hatiku masa dia nak bawa balik benda ni. Bantal tu kan agak panjang, jadi kepalanya Minnie ni terkeluar dari plastik. Aku boleh bayangkan yang Encik-Cinta-Hatiku jalan laju-laju ke kereta sebab takut terserempat dengan kawan-kawan sepejabat dia, mesti kena kutuk kaw-kaw kalau diorang nampak.

Tapi benda yang paling menggembirakan bila aku dapat benda bawah ni daripada Encik-Cinta-Hatiku...


Perasaan gembira tu memang tak boleh aku gambarkan. Rasa berbaloi sangat bila selama ni aku bangun pagi-pagi, masak bekalan makanan tengahari untuk Encik-Cinta-Hatiku. Hilang rasa penat, rasa mengantuk bangun pagi-pagi bila dapat benda ni. Untuk pengetahuan semua, sekarang ni aku bangun pagi-pagi untuk masak bekalan makanan untuk suami aku. Aku hanya masak makanan yang ringkas aje, sekadar alas perut masa di pejabat. Sebab Encik-Cinta-Hatiku dah muak makan makanan dekat kedai sekitar pejabat dia.

Terima kasih Encik Khaiul Anuar untuk hari yang sangat menggembirakan, you make my day!!!
I love you even more...

Tuesday, October 19, 2010

Gila Lama Tak Hupdate....

Baru lepas quarter closing, gila penat... Sekarang rasa macam nak lepas tension, nak buat apa ek?

Sebenarnya dah lama teringin nak cerita pasal aktiviti saya dengan Encik Cinta-Hatiku, tapi masa memang tak mengizinkan. Walaupun aktiviti ni berlaku dah hampir 2 bulan, tapi nak cerita jugak sebab aku rasa aktiviti ni menarik (gila perasan).

Padahal takde la best pun :)

Ha, ni bukti yang kitorang memang betul-betul siapkan jigsaw puzzle ni....


Macam mana bole dapat idea nak buat benda ni? Masa tu tengah fikir, apalah nak buat masa bulan puasa, weekend pulak tu, long weekend pulak tu...

Tiba-tiba teringat jigsaw puzzle ni yang dah bertahun-tahun tersimpan dalam kotak je. Main sekali aje masa zaman-zaman sekolah dulu.

Selepas lebih sepuluh tahun, ni la kali kedua aku susun balik puzzle ni. Tak tahulah bila akan wujudnya kali ketiga. Mungkin masa tu anak aku yang akan main :)

Encik Cinta-Hatiku sangat teruja buat benda ni. Dia sanggup tak tidur lepas sahur semata-mata nak siapkan puzzle ni. Kononnya nak siapkan sama-sama, tapi dia siapkan 80 %, aku siapkan sikit aje. Bukan mengelat, tapi isteri kan bayak kerja. Nak masak, basuh baju, kemas rumah lagi...

Aku suka nak fikir pasal aktiviti yang kitorang boleh buat sama-sama, dan yang penting benda tu tak guna duit. Bukan cheapskate, tapi kena menyimpan duit. Buat benda-benda yang percuma pun boleh mengembirakan juga.

Yer!!! Dah siap pun. 2 minggu kitorang tayang benda ni dekat ruang tamu. Lepas tu baru simpan. Puzzle ni ada 1000 keping, kitorang ambil masa 2 hari untuk siapkan. Hebat tak?







Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

.... Maaf Zahir Batin...



Kepada yang nak balik kampung tu, pandu hati-hati. Kalau rasa mengantuk, janganlah segan-segan nak guna khidmat second-driver yer (pesanan ni khas untuk Encik Cinta Hatiku dan pemandu-pemandu yang lain). Sebelum tinggalkan rumah, pastikan dapur gas tu dah tutup, suis-suis yang sepatutnya pun dah tutup, jangan lupa periksa kepala paip jugak... Ha, jangan lupa buang sampah, nanti penuh dangan ulat pulak.



Kepada kawan-kawan yang nak datang beraya, silalah datang selepas hari raya ke-empat, sebab aku akan ada dekat kampung sampai raya ke-tiga. Kalau nak datang, sila bagitau sehari sebelum datang. Kalau tak makan je lah kuih raya dengan air sirap, kalau tak kisah lah.



Tahun ni, kali pertama beraya dengan suami... Ramai yang tanya, aku akan raya kampung sendiri atau kampung suami... Untuk pengetahuan semua, rumah mak aku dengan rumah mak mertua sangatlah dekat yer, kalau naik motor tak sampai 2 minit pun. Jadi isu beraya dekat kampung siapa memang tak menjadi isu bagi kami :)



Cuma kitorang tak bincang lagi akan 'berpagi raya' rumah aku atau rumah suami.... Aku tak kisah sangat, sebab dekat pun kan.... Aku cuma harap Encik-Cinta-Hatiku bagi aku balik rumah mak aku sehari sebelum raya tu, nak tolong mak aku masak. Yer lah mak aku cuma ada 2 anak dara je, ops silap..... 1 anak dara, lagi 1 dah jadi bini orang. Aku kenalah balik tolong mak masak...

Banyak nak masak ni rendang daging, rendang ayam yang banyak gila sebab Aunty Zu mintak mak tolong masak kan, Soto Madura yang sangat sedap, lengkap dengan begedil, Leya with her Caramel Pudding. Lemang? Tak tau lagi keputusan mereka ni, nak bakar sendiri atau beli atau tunggu je makcik-makcik sebelah abah bagi :)



Raya aku memang tak kan lengkap tanpa Soto Madura. Ahli keluarga aku ada 5 orang (sebelum aku kahwin) je, tapi kita mampu habiskan 1 periuk besar dalam tempoh 2 hari. So, boleh bayangkan betapa sedapnya. Tahun ni akan jadi lagi sedap sebab mak aku dah ada bay leaf (aku dengan Leya belikan time pesta flora haritu). Tahap kesedapan tu sampai Leya buat ayat ni:



Leya : Mak, sedap sangatlah Soto Madura ni, tak boleh berhenti nak makan. Macam ada letak seluar dalam pulak.



Mak: Jangan nak mengarut, mak masak benda bersih aje...



Hahahaha, 'seluar dalam' ni adalah perkataan yang selalu kitorang guna kalau jumpa tempat makan yang sangat sedap sampai rasa nak datang lagi, dan lagi, dan lagi. Sebab ada orang pernah bagitau kitorang, ada peniaga yang guna pelaris seluar dalam. Tu yang 'seluar dalam' selalu jadi bahan lawak kitorang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.... from both of us :)

P/S - kenapa tak boleh upload gambar ni :(

Thursday, August 26, 2010

Work From Home????

Ok, kalau baca tittle tu ada nampak macam iklan MLM atau skim cepat kaya tak? ;)

Dah hampir sebulan start kerja baru. Busy sangat sebab kena training dan buat actual job pada masa yang sama, dalam masa 21 hari ni, ada beberapa hari kena bebuka puasa dekat office. Senang cerita, dah seminggu dapur aku tak berasap. But I'm totally happy with my new life, ops I mean my new job.

Sepatutnya esok kena datang office jugak, walaupun cuti sebab aku ada banyak sangat pending jobs. Tapi aku berjaya yakinkan manager aku untuk bagi aku secure gateway, so aku boleh kerja dari rumah weekend ni.

Aku tahu ramai yang tak setuju dengan konsep bekerja dari rumah ni, sebab kononnya nak ada work and life balance. Aku setuju jugak bila orang kata, kerja office, tinggalkan kat office aje, jangan bawa balik rumah. Kalau boleh, aku pun nak macam tu. Lepas office hour, aku nak habiskan masa dengan TV, games, Encik-Cinta-Hatiku. Tapi kalau kerja office tu memang banyak sangat, dengan deadline yang makin dekat, aku lagi rela habiskan kerja tu dekat rumah. Aku tak sanggup nak duduk lagi dekat office, bila orang lain semua dah balik rumah. Aku rasa tu salah satu kebaikan kerja dari rumah ni. Lagipu boleh tengok muka Encik-Cinta-Hatiku sambil buat kerja :)

Aku janji dengan manager aku nak submit a schedule pagi esok, tapi sampai sekarang aku tak start lagi. Memang suka buat janji palsu :)

Ok, aku janji pada diri sendiri untuk start buat schedule tu sesudah sahur esok huhuhu...

Sunday, August 1, 2010

Good Bye Hong Leong, Welcome Schlumberger...

Sebenarnya dah create post ni last week lagi, tapi tak sempat nak publish...

Yeah, esok start kerja baru, cuak pun ada ni sebab dah bukan buat kerja executive lagi :)

Sedih jugak nak tinggalkan company lama sebab manager aku best. 2 minggu lepas, General Financial Controller panggil aku, dia suruh aku fikir balik, betul ke aku nak resign. Aku memang dah fikir panjang dan ni memang keputusan terbaik untuk aku. Lagipun gaji yang Schlumberger offer memang best :)

Hari jumaat aritu, GFC panggil lagi. Dia pesan kat aku, kalau aku tak happy dekat company baru, aku boleh datang balik dekat sana. Terima kasih untuk offer tu GFC, tapi aku harap aku akan kekal lama dekat Schlumberger ni.

Babai...

Thursday, July 29, 2010

Eeeeee Geram Gila!!!!!

sekadar hiasan

Hari ni Putra LRT rosak lagi. Tapi kegeraman aku ni bukan sebab LRT rosak, ada kejadian lain yang mebuatkan aku fikir betapa sombong dan selfish nya manusia di akhir zaman ni.

Di sebabkan masalah apa entah, LRT tak dapat berfungsi seperti biasa. Jadi kena naik LRT dari stesen KLCC ke stesen Kampung Baru, sampai Kampung Baru kena turun dan tukar LRT lain ke stesen Pasar Seni pula. Sampai Pasar Seni, turun lagi dan tukar LRT lagi untuk ke Kelana Jaya. Hanya ada 1 platform aje yang boleh digunakan, jadi susah nak pastikan samada train akan ke arah Kelana Jaya atau Gombak. So, kena lah dengar pengumuman yang diorang buat.

Bila dah dapat naik train, ada satu aunty cina yang agak tua berdiri sebelah aku dan di depan aku berdiri seorang perempuan muda yang nampak seperti Cina (penilaian aku adalah berdasarkan warna kulit dan iras muka dia). Aunty ni nampak macam keliru, so dia bertanya sesuatu kepada perempuan muda ni, dalam bahasa cina. Ok memeranjatkan bila perempuan ni boleh bisik pada aku dan kata, 'tak faham apa yang dia cakap'. Dia cakap bahasa melayu dengan aku yer.

Aku kesian gila tengok aunty ni, bila perempuan muda ni buat bodoh aje kat soalan dia tadi. Aku pun bagitau kat aunty ni yang perempuan tu tak pandai cakap cina dan memang betul pun yang LRT ni akan pergi ke Masjid Jamek.

Aku memang sangat tak faham dengan kebiadapan perempuan muda ni. Ok, kau memang bukan orang cina, sebab tu kau tak faham apa yang aunty tu cakap. Tapi kau boleh berbahasa melayu, kenapa tak jawab aje dalam bahasa melayu.

Aku rasa geram sangat dengan perangai perempuan tu bila terkenangkan muka kesian aunty tu... Zaman sekarang ni memang ramai orang yang tak tahu menghormati orang lain, so aku memang sokong kempen-kempen berkenaan hormat-menghormati ni.

Adakalanya aku pun terlupa nak hormat orang lain, macam tadi aku rempuh aje sorang mamat Indon ni sebab dia halang laluan aku nak keluar LRT. Sekarang aku rasa meyesal la juga. Kepada orang sekeliling aku, tolonglah tegur aku kalau aku lupa cara nak menghormati orang dan binatang (ermmmm mungkin juga alam sekitar).

Perginya Seorang Pakcik

Dalam pukul 5 tadi, Lia SMS kata pak long dah meninggal... Aku sedih tapi tak berapa terkejut sebab memang dah tau yang dia memang sakit.

Tapi aku rasa terkilan sebab tak sempat nak tunjukkan suami aku kat dia dan tak sempat nak lawat dia. Padahal Gombak dengan PJ bukan jauh mana pun. Masa aku kawin dulu, dia tak dapat datang sebab dah start sakit time tu, mak long aje yang datang.

Bulan lepas ada terfikir nak melawat dia, tapi asyik tangguh aje. Kitorang memang tak berapa rapat sebab jarang jumpa (pak long aku tak berapa kaya, so jarang dapat balik kampung). Tapi aku tetap hormat dan anggap dia sebahagian dari keluarga aku. Pak long aku ni memang baik, tak pernah langsung marah-marah aku, tak pernah nak sakitkan hati mak dan abah aku dengan kata-kata atau perlakuan dia.

Aku bakal rindu dengan gulai udang tempoyak campur petai...

Sekarang tengah tunggu mak dengan abah sampai, lepas tu pergi Gombak sama-sama.

Al-Fatihah buat pak long, Maarof bin Adam

Tuesday, July 20, 2010

Baby?

Semalam dapat SMS dari Abby tanya if aku dah pregnant and dia bagitau yang dia dah pregnant. Congrats to both Abby and Sein. Abby siap cakap yang dia nak pregnantkan baby boy supaya dia boleh jodohkan dengan baby girl aku. Memang mengarut gila nak discuss pasal benda-benda macam ni bila baby tak lahir pun lagi. Nampak sangat aku ni memang best giler, sampai diorang sanggup nak berbesan dengan aku hehehehehe.

Ermm jealous jugak dengar orang lain dah pregnant tapi aku belum lagi. Apa pun aku percaya pada rezeki yang Allah bagi pada aku... Sebab kalau aku pregnant sekarang, mesti Schlumberger tak nak hire aku :)

Mungkin both of us memang belum layak to be mom and dad yet, sebab tu tak boleh dapat baby lagi. Mungkin sebab aku belum sanggup lagi bangun tengah-tengah malam untuk tukar diapers baby, buat susu untuk baby, menahan sakit nak deliver kan baby.

Aku memang suka sangat untuk ada baby and one of my friend cakap yang kalau terlalu berharap sangat nak ada baby, memang susah nak dapat dan biasanya orang yang tak suka baby akan cepat dapat baby. Menurut dia lagi, sebab tu orang yang buat seks sebelum nikah lagi senang nak dapat baby sebab diorang tak berharap pun akan wujudnya baby kan. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata kawan aku tu... Cuma yang pastinya aku tak nak terlalu berharap sebab aku tak nak frust menonggeng bila period aku datang...

P/S - sekarang tengah kumpul duit untuk beranak sebab kononnya tak nak beranak kat hospital kerajaan (gila berangan)...

P/S/S - kumpul duit untuk beli rumah yang selesa sebab aku memang berkeinginan nak bagi kehidupan yang selesa untuk anak-anak aku...

P/S/S/s - kumpul duit untuk pelajaran anak-anak aku, sebab aku tak pasti akan ada lagikah PTPTN pada masa tu...

Sunday, July 4, 2010

How to Resign Gracefully???!!!

Aku tahu, soalan ni amat mudah bagi sesetengah orang. Tapi pada aku, ni lah masalah yang paling besar aku hadapi minggu ni. Year end closing pun tak susah macam ni...

Bos aku sangat la baik, sangat lah best, sangat la banyak ilmu pengetahuan yang selalu dikongsi dengan aku, sangat banyak nasihat untuk aku. Sampai sekarang, dia masih tak tahu yang aku akan resign dan dia tak tahu yang aku hanya akan kasi 10 days notice instead of 1 month. Oh My God, how I'm going to let her know?

Aku tahu yang dia sangat perlukan aku sekarang ni for year-end closing, for audit process, for annual report, for monthly consol, for FRX thingy... Walaupun dia ada 2 lagi accountants yang boleh tolong dia (yang memang lagi pandai dan banyak pengalaman dari aku), tapi aku amat pasti yang aku amat penting untuk dia sekarang sebab accountant pertama tu tengah sarat mengandung, accountant kedua pulak tak committed langsung pada kerja, every week mesti ada sekurang-kurangnya 1 hari EL atau MC. Bos aku adalah the one and only reason I'm still in the company.

Aku tak tahu macam mana nak mengadap muka bos aku dan cakap yang aku nak resign. Dia dah berkali-kali pesan kat aku supaya aku inform dia awal-awal kalau aku nak resign but it happend so fast (the interview, the verbal confirmation, the medical check-up and now the resignation).

Tapi aku kena penting diri sendiri, aku mesti resign jugak for a better pay and for a happier office life. Aku dah minta nasihat dari orang-orang yang memang dah lama kerja kat company ni, semua orang suruh aku pergi sebab aku tak kan dapat apa-apa dekat sini. Tak ada gunanya aku reject offer ni semata-mata untuk bos aku sebab bos aku pun tak akan lama dekat situ.

Miss Ang KY, I'm so sorry... This is for my future :(

Friday, June 25, 2010

Visiting Cik Rabbit

Hari tu, lepas balik dari pasar, kitorang gatal-gatal pergi taman arnab. Ni second time kitorang pergi sana. Last year dah pergi, tapi time tu tak bawa camera. Ambil gambar guna handphone je, Tapi tak boleh nak upload dekat sini sebab time tu tak pakai tudung lagi, nanti kena marah dengan Encik Mucuk pulak :)


Saturday, June 12, 2010

MLM

Tak tau kenapa bila bangun tadi tido pagi ni, aku nak Google pasal MLM. Tak ingat dah aku mimpi apa malam tadi, pasal MLM ke?

Aku pernah terkena dengan MLM ni, tapi nasib baik tak sampai tertipu dan rugi duit. Kalau tak silap kejadian ni berlaku 2 tahun yang lepas. Aku ingat lagi, masa tu bulan puasa. Classmate masa dekat UITM yang memang dah lama tak contact each other telefon nak ajak buka puasa sama-sama. Time tu dah start rasa pelik, tapi aku cuba berfikiran positif dan anggap dia just nak jumpa sebab memang lama dah tak jumpa.

Dia bawa aku ke Sunway Pyramid, dan aku nampak macam ada seminar yang sedang berlangsung. Aku tak nak masuk pada awalnya memandangkan masa tu aku pakai jeans dengan t-shirt aje. Selepas diyakinkan oleh kawan aku tu, aku masuk jugak.

Rupanya ada talk pasal MLM. Tapi masa aku sampai tu talk tu dah nak habis, so tak sempat nak dengar. Kawan aku ajak datang next time, supaya aku boleh dengar la pasal business ni. Mereka ni tak panggil benda ni MLM, tapi business or franchise.

Sebab aku dah janji dengan kawan aku tu, aku datang jugak la untuk next session, lagipun aku nak tau jugak pasal benda ni. Kawan aku ni bawa aku ke office MLM ni. Office dia memang cantik dan nampak mewah dan aku tau mereka bayar sewa yang mahal sebab aku pernah kerja dekat bangunan tu jugak.

Dia bawa aku tour 1 office, siap tour dekat parking lot lagi sebab nak tunjukkan yang diorang ni mampu pakai kereta mewah lepas joined business ni. Tapi aku tak pasti siapa tuan punya kereta tu dan masa tu kawan aku pakai kereta kecik aje. Sebelum aku decide untuk datang ke tempat tu, aku memang dah set dalam kepala aku ni yang aku hanya nak dengar dan tak akan join.

So aku pun masuk la dalam dewan tu, dan dItalicengar talk dari presenter yang dijemput. Presenter dia sangat la bersemangat dan dia akan pastikan yang penonton ni bersemangat jugak, so dia suruh penonton tepuk tangan dan bersorak. Tapi aku memang tak buat sebab tak nak terpengaruh.

Lepas keluar dari dewan tu, kawan aku bawa aku ke satu meja bulat dan ada 3 orang sedang menunggu. Dekat meja tu, diorang terangkan pulak personally pasal business ni. Dan aku bersyukur dengan kelebihan aku untuk tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tak pasti. Walaupun ada 3 orang yang cuba nak brain wash aku time tu, tapi aku memang tak berminat langsung. Mereka dengan bangga mengaku sanggup tinggalkan kerja sebagai manager di public listed company (company yang diorang maksudkan memang besar). Time diorang cakap pasal sanggup resign tu, aku terus analyse jam dan baju yang diorang, cara pemakaian mekap diorang dan hasil dari analisis aku tu, langung tak melambangkan yang mereka ni adalah seorang manager di syarikat besar. Nampak sangat menipu kalau jam yang dipakai seakan-akan jam yang dijual dekat Petaling Street, baju pun nampak murah (aku sangat hebat untuk menilai harga baju yang orang pakai walaupun tak nampak brand).

Even mereka tak pandai nak convince aku pun walaupun mereka bertiga, lagi 1 point yang aku nampak yang mereka memang la bukan manager. At last salah seorang dari mereka ni marah sangat dengan aku sebab kata fikiran aku tertutup dan tak nak maju. Yer, fikiran aku memang tertutup. Tertutup untuk perkara yang aku tak pasti.

Menurut mereka ni, ramai artis yang masuk, kenapa aku tak nak masuk sama? Kenapa aku harus mengikut apa yang artis buat? Adakah golongan artis ni sebegitu tinggi darjatnya sehingga apa yang mereka buat harus diikuti oleh peminat? Lain lah, kalau ramai menteri atau golongan cerdik pandai yang join, mungkin aku boleh pertimbangkan.

Italic
Aku tak pasti samada business mereka ni tipu ataupun tidak dan aku tak nak mengulas tentang business ni lagi. Yang aku pasti, business ni memang tak sesuai dengan jiwa aku.

Yang aku pasti seorang dari teman bekas office aku joined MLM ni dan cuba mempengaruhi aku jugak. Teman aku ni sampai sanggup buat pinjaman bank RM40k sebab nak melabur dalam business ni. Sampai satu tahap, dia pernah tak cukup duit untuk makan tengahari. Aku tak pasti apa yang dia buat dengan duit gajinya. Yang aku tahu, hampir setiap malam, dia ada aktiviti dengan geng-geng MLM dia tu (confirm la kena keluar duit untuk minyak kereta, makan, untuk aktiviti tu lagi).

Sampai sekarang aku tak pasti apa yang dah jadi dengan kedua-dua kawan aku tu, adakah sudah kaya seperti yang diwar-warkan oleh mereka sebelum ni?

Hasil carian aku dari Google, banyak yang menyatakan MLM tu penipu. Dan artis yang dimaksudkan sebelum ni pun mengaku tertipu sama. Apa yang dah jadi dengan pinjaman bank kawan-kawan aku tu? Kan lebih baik kalau korang buat pinjaman bank untuk beli rumah ke, sambung belajar ke. At least tak la sia-sia kan.

p/s - bersyukur kepada Allah sebab tak mudah terpengaruh. Sebelum buat keputusan kaji dan bertanya kepada mereka yang lebih arif.

Pikat Hati Suami

Hari ni, genap 3 bulan kitorang kahwin... Macam tak percaya, pejam-celik, pejam-celik... Rupa-rupanya dah 3 bulan...

Bagi sesetengah orang, 3 bulan tu macam sekejap aje. Tapi bagi sesetengah yang lain pula, 3 bulan tu seakan berkurun lamanya. Semuanya bergantung kepada cara kita melihat sesuatu perkara itu. Macam aku sendiri, 3 bulan tu rasa memang singkat sangat kalau aku ambil kira dari sudut nak mengenali hati budi Encik Mucuk, perangai pelik-pelik dia (banyak jugak perangai pelik pak cik ni huhuhu).

Tapi dari sudut yang lain pula, aku rasa 3 bulan tu memang satu jangka masa yang panjang. Yang aku maksudkan ialah soal masak-memasak. Aku dah buntu nak masak apa lagi untuk Encik Mucuk. Aku rasa macam dah habis semua jenis masakan yang aku tahu, aku dah masak untuk dia (nampak sangat tak pandai nak pelbagaikan masakan, kantoi).

Jadi untuk menyelesaikan masalah aku yang maha berat ni, aku pun belilah beberapa buah buku masakan. Tapi buku yang nipis2 aje

Kata orang tua-tua, kalau nak pikat hati suami, pikatlah tang perutnya. Memang aku akui yang aku tak berapa pandai dalam bab masak-memasak ni. Hanya tahu perkara-perkara asas aje. Tapi bila family Encik Mucuk datang, Encik Mucuk tanpa segan silu suruh aku memasak, so consider sedap la masakan aku kan.

Buku resepi dah ada, cuma masa nak memasak tu aje yang tak ada. Weekdays memang balik lambat, biasanya masak yang simple aje.Weekend aje la boleh nak memasak pun.

P/S- happy bila tengok Encik Mucuk tambah nasi 2 kali, mesti aku senyum sampai telinga ;)

Thursday, June 10, 2010

Ku Ada Kamu

Adira - Ku Ada Kamu Lirik

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu



Encik Mucuk suka sangat lagu ni. Tapi Encik Mucuk tak pandang pada lirik, dia lebih suka dengar melodi dari menghayati lirik. Aku pula jenis yang menghayati lirik. Aku suka lirik lagu ni, kredit kepada penulis lirik, Edry KRU.

Aku memang malas nak muat naik video untuk lagu ni. Kononnya suka mengkayati lirik kan, oleh itu copy and paste aja lirik tu. Selain tu, aku memang cukup malas nak tunggu lama-lama hanya untuk memuat naik 1 video.

Kepada Encik Mucuk (aku sangat pasti Encik Mucuk akan baca entry ni) selagi KU ADA KAMU, aku pasti mampu menghadapi segala cabaran. Selagi KU ADA KAMU, akulah perempuan paling bahagia dalam dunia ni. Selagi KU ADA KAMU, aku tak perlu wang berjuta, rumah sebesar alam, cukuplah yang sedang-sedang saja.

Sekarang ni Encik Mucuk outstation seminggu. Setiap hari aku countdown, lagi berapa jam Encik Mucuk nak balik rumah (sangat pathetic kan aku ni).

p/s (i) - Mucuk cepat la balik dari outstation, rumah ni terasa sunyi sangat tanpa awak.

p/s (ii) - Rindu nak membebel dekat awak, sambil tengok muka awak yang tensen sebab kene bebel ;)

p/s (iii) - Min jealous tengok orang lain berdua, Min sendiri aje ;(

p/s (iv) - sila abaikan entry ni, hanya untuk kegunaan rumah tangga kami sahaja.

Saturday, June 5, 2010

Excuse Me!!!

Suatu masa dulu, aku rasa perkataan ni menunjukkan kesopanan pada pengucapnya. Bila si pengucapnya ingin meminta laluan di kawasan yang sempit, pastinya inilah perkataan yang akan diucap. Atau jika seseorang bersin, pasti inilah juga perkataan yang diucap (orang Islam pun dah ramai yang cakap 'excuse me', dan bukannya 'Alhamdulillah').

Tapi kini segalanya telah berubah. Pada pandangan mata kasar aku (aku tak berapa pasti dengan pandangan orang lain), orang yang mengucapkan 'excuse me' ni sangat arrogant, lebih-lebih lagi jika ianya diucapkan dengan air muka yang bongkak.

Situasi sebegini selalunya terjadi di dalam LRT atau di escalator. Contohnya jika ada seseorang menghalang laluan di pintu LRT, pasti perkataan ini kan di sebut dengan kuat beserta dengan nada yang amat menjengkelkan. Di escalator pula, situasi ini akan berlaku sekiranya ada seseorang yang berdiri di sebelah kanan escalator. Kesian aku tengok pakcik-pakcik, makcik-makcik dan juga pendatang-pendatang asing (yang tak berapa kaya atau dalam erti kata lain, yang tak berapa pandai nak membaca atau yang lebih senang difahami, bangla-bangla), kena tengking sedemikian rupa di khalayak ramai.

Di zaman yang serba pantas ini, masa sememangnya berharga. Segalanya perlu pantas, oleh itu jika ada yang menghalang perjalanan, pastinya akan menerima habuan 'excuse me'. Lebih-lebih lagi jika sudah terlewat ke office. Tapi janganlah sampai hilang adab kesopanan orang timur.


Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tumpang lalu' berbanding 'excuse me' untuk diucapkan kepada sesama Melayu. 'Excuse me' akan diucapkan untuk bangsa lain dan diikuti dengan segaris senyuman.

Thursday, June 3, 2010

Hit Counter

Yeah, akhirnya berjaya...

Semalam aku berjaya letak hit counter dalam blog aku ni. Ingatkan tak ada orang baca blog aku ni, rupanya ada. Time tu aku gatal-gatal google blog aku ni, hasilnya aku jumpa orang yang ceritakan pasal blog aku ni. Walaupun tak ramai, ada la jugak yang baca (berangan aja). Aku ingatkan hanya Encik Mucuk seorang yang baca.

Masa mula-mula nak letak hit counter ni punyalah susah, memang banyak sangat try and error tapi hasilnya masih tak memuaskan hati. Bila dah tak tahan sangat, aku pun tanya dekat bos aku memandangkan dekat blog dia pun ada hit counter ni. Sungguh memalukan yer bila seorang yang jauh lebih muda bertanya kepada orang yang lebih tua tentang teknologi. tapi abaikan saja tentang isu itu, kata orang 'malu bertanya, sesat jalan'.

Ada banyak website yang tawarkan hit counter ni. Macam-macam analisis yang mereka tawarkan, sehingga kita boleh tahu siapa yang pernah mengunjungi blog kita. Tapi aku tak sebegitu pyscho untuk tahu semua tu, aku hanya nak tahu jumlah sahaja. Memadailah dengan hit counter yang simple aja.

Sunday, May 23, 2010

Teka-teki Untuk Hari Ini

Kalo korang semua pandai, cuba teka kuih apakah ini?


Kejadian berlaku petang tadi... Time tu, aku dan Encik Mucuk tengah sibuk nak buka Facebook masing-masing sebab nak tengok progress untuk chess game yang kitorang tengah main.

Tiba-tiba, Encik Mucuk bersin sebab ada asap yang agak banyak dari dapur... Rupanya kuih yang kitorang goreng dah hangus...

Sangat tak senonoh kan sepasang suami isteri ni, sibuk nak main game sampai lupa kuih yang sedang dimasak.

Jawapan teka-teki: Karipap hangus (nampak macam karipap lagi tak?)

Friday, May 14, 2010

Jauhkanlah Benda Ni Dari Aku, Amin....

Susahnya bergelar janda...

Aku baru dapat tahu yang seorang dari teman aku sudah bergelar janda... Tapi ramai yang tak tahu tentang status terkini si teman ni. Kepada orang yang baru mengenali dirinya, dia akan mengaku yang dia masih bujang. Kepada teman-teman lama pula, dia hanya berdiam diri seolah-olah masih bergelar isteri.

Pada mulanya aku memang tak faham kenapa dia harus menyembunyikan perkara sebenar. Tapi setelah mendapat penjelasan darinya, baru aku mengerti perasaan dia. Bukan senang hidup sebagai janda, tambahan lagi harus menanggung seorang anak yang masih kecil. Harus mengambil kira pandangan orang lain lagi. Ramai orang yang memandang serong terhadap seorang janda, lebih-lebih lagi janda yang diceraikan suami (janda yang kematian suami, lain kes yer). Jika berlaku penceraian, ramai yang menuding jari terhadap si wanita, mengatakan si wanita tidak pandai menjaga suami, rumahtangga dan anak2. Kenapa hanya wanita yang dipersalahkan? Bukankah sebagai manusia, lelaki dan perempuan mempunyai kelemahan masing-masing?

Telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh si teman terhadap suami dan keluarga mertua sehingga sanggup mengenepikan kepentingan sendiri. Tapi semuanya dipandang sepi. Kini, dia harus berdiri kuat untuk menyara si anak dan meneruskan kehidupan. Nasibnya agak baik kerana memiliki sekeping ijazah, jadi agak mudah baginya untuk mendapatkan pekerjaan. Bagaimanakah agaknya nasib janda-janda lain yang tidak mempunyai kelulusan? Bagaimanakah mereka meneruskan hidup, lebih-lebih lagi jika bekas suami tidak membayar nafkah untuk anak-anak?

Aku doakan si teman terus kuat dalam menempuhi hari mendatang walaupun sukar untuk meneruskan hidup tanpa suami di sisi. Ku doakan juga moga dikau cepat dipertemukan jodoh semula dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik, yang tahu mengenang semua kebaikan dan pengorbanan yang telah kau lakukan.

Untuk diriku pula, aku berdoa semoga aku dapat jadi seorang isteri yang baik dan sentiasa dapat menyenangkan hati suami. Semoga ikatan perkahwinan kami kekal untuk selamanya dan semoga kami cepat dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak, yang sempurna sifat dan akalnya, yang patuh kepada arahan Allah dan mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Amin....

Saturday, May 1, 2010

Continue - Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima

Post kali ni sambungan dari post yang lepas....

Kejadian ni berlaku pagi semalam semasa dalam perjalanan ke pejabat.

Lepas salam dengan Encik Mucuk, kitorang pun ambik haluan masing2, tapi mata aku ni masih tak lepas dari pandang Encik Mucuk.

Tiba2 aku ternampak ada seorang pakcik yang berjubah putih cuba untuk bercakap dengan Encik Mucuk... Muka pakcik ni macam familiar aje. Baru aku teringat, ni la pakcik yang mintak RM5 dengan aku aritu. Rupanya dia cuba mintak duit dengan Encik Mucuk jugak. Nasib baik Encik Mucuk tak layan sebab dia tergesa-gesa nak masuk office.

Sebagai seorang melayu, aku rasa malu sangat. Kalau terdesak pun tak payahlah sampai menipu untuk dapatkan duit. Dia guna cara Islamic pulak tu untuk mintak duit. Bagi salam la, pakai jubah la.

Kepada pakcik yang berkenaan, kalau pakcik baca post saya ni (haruslah dia takkan baca kan), kalau nak menipu pun, selalu-selalu la tukar lokasi. Ni menipu dekat tempat yang sama jugak, memang sah lah kantoi...

Saturday, April 17, 2010

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima

Pagi semalam time jalan ke Stesen LRT Taman Jaya, ada seorang lelaki pertengahan usia bagi salam kat aku. Aku pun jawab la salam dia... Dia mintak aku duit RM10, katanya minyak kereta habis, nak balik ke Seremban.

Aku memang dah terfikir nak bagi aje... Tapi ada sorang perempuan lalu dan cakap jangan bagi. Aku pun cepat2 berdar dari situ...

Kalau ikut kan hati aku, memang aku nak bagi aje. Mungkin dia betul2 terdesak...Dan aku rasa aku tak akan jadi miskin pun kalau kasi pak cik tu RM 10. Tapi mungkin sebab sikap yang macam aku ni meyebabkan makin banyak kaki penipu wujud kat negara ni.

Aku sendiri tak pasti pak cik tu menipu ataupun betul2 terdesak. Sampai saat ni, aku masih terkilan sebab tak kasi pak cik tu RM10.

Aku selalu bayangkan diri aku ada dalam situasi macam tu dan tak ada orang tolong aku... Aku selalu fikir yang kalau aku tolong orang hari ni, orang lain akan tolong aku di masa hadapan.

Mungkin kah?

Sebelum Kawin, Bau Kentut Pun Wangi

Post kali ni mmg takde kene mengena langsung dengan kentut ek, ahaks.....

Time balik keje beberapa hari lepas (time tu dalam kete), ada plak lagu 'Apa Saja'...

Dah lama tak dengar, aku pun layan la lagu tu.... Makin lama, makin kuat plak suara aku. Tiba2 terfikir macam nak menyakat Encik Suami.... Aku bantai nyanyi lagu tu kuat2, siap dengan suara yang tak sedap lagi....

Terbatuk2 Encik Suami dengar suara aku ni.... Terkejut agaknya.Selama ni mmg tak penah aku tunjuk perangai macam tu depan dia...

Lepas kawin, memang macam perangai pelik aku yang Encik Suami tengok. Bau dia sedar yang aku ni kuat membebel, cerewet (nak susun baju dalam almari pun ada protokol) huhuhu

P/S - Encik Mucuk, sorry ek... Memang Min suka menyakat hehehehe

Tuesday, April 13, 2010

Not A Smart Girl Anymore ;(

Huhuhuhu....

Arini sehari suntuk aku try utk reconcile 'Actual vs Budget' dengan P&L....

Lebih sepuluh kali kot, aku duk ulang benda yang sama... Tengok lagi figures yang sama.... Tapi masih tak bole reconcile....

Aku check plak formula in each cells to make sure yang formula tu betul..... Dah la ada beribu2 cells plak tu....

Finally, dapat gak reconcile....

Tapi mmg aku rasa macam nak rebus aje worksheet tu, pastu minum air rebusan tu.... Betapa lembabnya otak aku sekarang ni... Semua figure dah betul sebenarnya, just ada 4 cells yang aku salah letak symbol, yang negative, aku letak positive.... Yang positive, aku letak negative...

Ohhhh, stupid!!!!!

Friday, March 26, 2010

Kura-kura dan Arnab

Sejak kawin xsempat nak update ape2 kat sini, tak busy pun... Just malas... Kalo online pun, main game je hehehehehe.....

Harini rasa sweet sangat... Tengah baring2 kat katil and Encik Suami cerita pasal kura2 dengan arnab... Cara dia cite, macam tengah cite ngan budak2.... Hope, bole cepat2 pregnant, nanti Encik Suami bole cite kat anak2 plak...

Hehehehe, tu pun nak rasa sweet kan, tapi aku mmg dengar cite tu sampai tertido la :)

Thursday, March 4, 2010

Aku Benci Deringan Telefon

Arini macam tension sangat, nak kena amend lagi codes dalam GP ni... sigh...

Tapi bunyi telefon berdering tak berhenti2 kat opis ni.... Tuan punya telefon tu takde kat meja, harusla phone tu berbunyi aje, mintak diangkat....

Si pemanggil ni tak paham ke, kalo kau dah tunggu lebih kurang 10 saat dan tiada siapa yang menjawab panggilan, itu bermakna Si empunya telefon mmg tak ada dekat meja dia. Sila telefon semula setengah jam yang akan datang.

Si empunya telefon, sila la rendahkan ringing volume anda tu.... Ni tak, bunyi macam nak bagitau 1 department yang ramai sangat orang nak call kau...

Argh, dia bunyi lagi!!!!!

Thursday, February 25, 2010

My Name Is Wan

Lama gile tak tulis apa2 kat sini... Busy sket kat opis. Nak siapkan kerja cepat, nanti takde la segan silu nk apply cuti kawin :) . Alhamdulillah, dah approve pun cuti aku, walaupun sekejap.

Tadi kat Facebook nampak Husin, Kerol ngan Fifi discuss pasal nama 'Wan' yang kitorang guna time kat MYOB dulu... Aku tak berapa nak ingat macam mana bole timbul nama Wan tu:

Kerol - Wan Waja
Sein - Wan Gagah
Fifi - Wan Tangkas
Aku - Wan Kiki
Abby - Wan Selingkuh

Tiba2, Akmar - Mek Lampir... Ntah macam mana bole timbul nama tu, aku pun tak pasti sangat... Diyana dapat Wan Pinggiran (dia kata mesti sbb dia selalo di pinggirkan).

Aku dapat nama Wan Kiki tu sebab aku salah cakap ngan diorang, time tu nak cakap besar la (walkaton punya cite),

'Alah, 1 kiki pun aku bole kalahkan korang'

Aku nak cakap '1 kaki', tak perasan plak tercakap '1 kiki'... Memang kaw2 kene gelak kan ngan diorang ni, tapi macam comel je nama Kiki tu hehehehehe

Wahai, semua Wan2 sekelian, sesungguhnye aku rindu gile kt korang. Rindu gile nak makan Nasi Ayam Pak Mal beramai2 time lunch, pastu lambat masuk opis

:)

Thursday, February 11, 2010

Peluang Keemasan....

Biasanya, aku balik keje ngan Encik Tunang... Tapi semalam Encik Tunang, ada hal so aku kena balik sendiri... Ini adalah peluang keemasan yag tidak bole di lepaskan. Bukan selalo dapat melencong dan melancong sesudah waktu keje...

Pikir punye pikir, akhirnye aku membuat keputusan utk ke Sogo dan Jalan Masjid India... Takde beli apa2 pun, just beli food container kat Sogo ngan tudung kat tepi jalan tu (penjaja haram, tapi die jual murah). Asalnya nak beli tudung purple je sehelai, last2 beli 4 helai hasil dari pujukan makcik penjaja tu.. Cis... Takpe la, aku mmg kene ada banyak tudung, biar bayak sket pilihan... Kalo tak, tiap2 pagi mesti emo kalo baju tak match ngan tudung...

1 benda yang menyebabkan aku tak sume Jalan Masjid India, banyak sangat penggemis... Majority melayu pulak tu... Aku tak rasa perbuatan mereka ni hina kalau memang itu lah satu2 nye punca pendapatan diorang. Dengan erti kata lain, mereka mmg tak mampu nak buat kerja lain utk cari rezeki. Just aku rasa kesian dengan nasib diorang tu yang duduk dekat negara yang membangun...

Aku bersyukur yang mak ngan abah aku dapat hidup selesa. Lepas abah pencen, abah tak perlu lagi nak buat kerja lain semata2 sebab nak tambah pendapatan keluarga (walaupun adik lelaki aku masih study lagi). Diorang boleh rehat2 je kat umah sbb ada duit pencen and saving yang mencukupi.

Moral of the story - menabung la dari muda yer...

1 Malam Berendam Dengan Air Mata

Fullstop.

Wednesday, February 10, 2010

Sigh....

Lagi lama aku kat sini, lagi cepat aku sakit jantung :(

Sejak aku join, main task aku adalah customize report...

Ko baru je start 2 minggu lepas, macam mana ko bole argue formula yang aku dah buat...

Hari2 aku ngadap benda tu, aku mmg confirm yang formula aku tu betul...

Lain kali sebelum nak argue ngan aku, dipersilakan check semua benda...

Jangan suka2 hati je nak bagi aku hangin 1 badan...

Hah, emo2!!!

Tuesday, February 9, 2010

Emo Lagi!!!!

Hari ni emo lagi kat opis...

Bos kene pegi meeting and present progress report pasal software yang kitorang tengah customize ni, so dia bagi general instruction apa yang aku and partner aku kena buat...

So aku pun buat la details discussion pasal apa yang kita patut lakukan seterusnya... Tapi aku memang tak paham apa yang si partner aku ni cakap and apa yang dia nak... Aku tak sure either english aku yang tak betul atau english dia yang tak betul... Selama ni time aku keje ngan omputih2 ni sume, tak penah plak timbul masalah diorang tak paham english aku or aku tak paham english diorang. Conclusion yang bole aku buat kat sini, mmg english aku bagus lagi dari partner aku tu...

Partner aku ni macam kedekut ilmu sket... Kitorang kene buat adjustment journal, tapi dia mmg tak penah ajar aku dan tak penah bagi aku peluang langsung utk buat adjustment journal tu... Adakah dia takut kalau aku lagi maju dari dia? Atau adakah dia merasakan bahawa aku masih kurang pengalaman utk buat kerja2 yang rumit? Jadi, aku hanya diberikan kerja2 mudah seperti key-in financial statement's figure kat dalam Ecxel spreadsheet. Aku sangat pasti bahawa anak sedara aku yang baru masuk tingkatan 4 pun mampu buat kerja tu...

Aku memang ditugaskan utk customise report dari software baru ni... Tibe2 dia pun nak customise jugak. Aku tak sure apa yang dia buat, tapi bila aku generate report tu semula, profit figure dah berubah, financial statement tak balance, blablabla... Tapi dia boleh tuduh aku pulak...

'Min, why the figure change ha? Yesterday different figure. You amend something ha?' (Ni mmg ayat die yer).

Aku nak dekat seminggu dah tak edit format report tu, macam mana figure semalam tak sama dengan figure hari ni? Bukan ke semalam kau ada edit something... Kalo ada benda yang salah aje, aku yang dipersalahkan, mentang2 la aku baru. So semua kesalahan tu aku yang buat.

Aku dah edit report tu elok2, tolang la jangan ubah apa2 kalo ko tak tau macam mana cara nak ubah... Dan tolong la jangan salahkan aku atas semua kesalahan. Dan tolong la jangan cakap bahasa yang aku tak paham (mesti korang tengah mengumpat aku menggunakan bahasa yang aku tak paham kan).

Aku sedar yang sekarang ni kualiti kerja aku mmg tak sebaik time kat MYOB dulu... Si partner aku tu suke suruh aku buat kerja yang bukan2, yang kadang2 aku rasa adalah kerja bodoh. Bila aku suarakan pendapat aku, mesti dia tak nak terima langsung sbb dia rasa pendapat die aje yang betul... Dia mmg tak bagi peluang langsung utk aku bercakap. Ada bayak kejadian di mana aku dan dia bercakap pada masa yang sama. So, dia mmg tak dengar langsung la pendapat aku tu. Kena la aku buat je apa yang dia suruh tu (walaupun aku tau benda tu useless).

Serious, aku rasa macam nak kasi je resignation letter ni!!!


p/s - Yea, harini Encik Tunang balik dari outstation :)

Monday, February 8, 2010

Provision vs Accrual

I'm aware that I just joined the company but I'm not stupid... This is not my first job...

Aku dah penah keje dengan orang yang pandai2...

Aku dah timba banyak ilmu dan pengalaman...

My dear senior, (aku panggil ko senior sbb ko dah keje kat sini setahun lebih awal dari aku. Padahal ko pun executive gak cam aku) do you know that 'provison for electricity' and 'accrual for electricity' adalah dua benda yang memang berbeza...

Menurut 'WikiAnswers'...

Accrual is income earned but not received or expenses incurred but not spent.

Provision is making provision from the profit for a specified or known expense which is to be met in unknown future.

Bukankah ia adalah 2 benda yang berbeza? Mengapa ko suruh aku record 'accrual for electricity' menggunakan kan code 'provision for electricity'?

Bila aku argue, ko kate..

'just follow la, this is what we used since long time ago'.

????

Wei, dah tau benda ni salah, betul kan la... Tak kan selama2 nya nak buat benda yang salah...

Aku sedar yang aku ni mmg baru setahun jagung, tapi benda2 yang simple camni, zaman sekolah dulu aku dah blaja dah... Aku mmg tau nak bezakan mane yang betul dan mane yang salah...

Sigh...

Thursday, February 4, 2010

English Aku Yang Semakin Teruk

Lumrah hidup, 'patutnye lagi lama kite praktik kan sesuatu benda, kite akan jadi lagi mahir kan'...

Tapi aku ni macam terbalik je.... Lagi lama aku kerja kat sini, English aku yang memang tak berapa nak elok ni bakal lagi jadi hancur.... Hari2 aku dengar mereka2 ni cakap English yang memang 'Super' teruk....

Situasi 1:
Seorang Executive menghubungi bank bagi memastikan baki akaun bank:
'Hello, I wanted to check.....'

Situasi 2:
Seorang Executive menerima panggilan dari seorang pelanggan:
'Hello, you are who ha?'

Arghhhh!!!! Emosi kalo hari2 dengar benda2 yang macam ni... English aku pun tak la baik sangat, tapi aku rasa tak la merepek sampai macam tu sekali....

Kawan2, kalo 1 hari nanti korang dengar aku cakap broken English, jangan gelak kan aku ek... Aku tak bersalah tapi terpengaruh dengan keadaan sekeliling...

Ya Allah, tolong la hambaMu ini, mudah kan lah aku mendapat kerja kat tempah lain sebelum keadaan menjadi semakin parah.

;(

Kerja Oh Kerja....

Semalam ada interview kat General Electric....

Lame giler, nak dekat sejam setengah interview session tu....

Harap2 bole dapat, tapi aku tak menaruh harapan yang terlalu tinggi la... Kang kalo tak dapat aku gak yang frust menonggeng...

Tunggu je la after Chinese New Year ni for next stage...

P/S- Nape Deloitte tak call lagi ni, die dah letah aku 'under consideration' dah... Call la cepat :(

Si Pencuri Yang Memang L*****T

Motor RXZ kesayangan Encik Tunang kene curi!!!!!

Kesian Encik Tunang, die sayang sangat motor tu...

Dah pakai motor tu since zaman2 study dulu...

Dah banyak jasa motor tu kat die...

Encik Tunang panggil motor tu 'motor cari makan' (aku tak paham kenapa die panggil macam tu hikhikhik)

Awak, sabar ek...

Ada hikmah si sebaliknya...

Nota Kaki - Minn rase brader yang nak beli motor tu yang curik

Tuesday, February 2, 2010

Aku Yang Cuai Dan Lalai

Hari sabtu aritu balik la Pilah ngan Encik Tunang, plan nye nak buat HIV test and register nak kawin kat pejabat agama hari isnin tu....

Seminggu sebelum tu, aku sibuk ingat kan Encik Tunang pasal sume benda yang die patut bawak balik kampung, so senang la ari isnin tu kalo sume benda pun dah lengkap.... Encik Tunang siap amik cuti hari Jumaat tu sbb nak settle kan sume benda....

So hari Sabtu tu, kami pun bertolak balik ke Pilah dengan gumbiranya.... Sampai je kat Pilah, kitorang decide untuk makan mee hailam yang dekat pasar tu (sedap weh).... Sebelum makan tu, Encik Tunang pun sibuk2 la nak kasi gambar n IC photocopy kat aku....

Sekali aku terpandang Encik Tunang punye checklist, baru aku perasan.....

'Awak, Min tertinggal sijil kursus kawin kat Kelana Jaya!!!! Camne ni????'

Aku dah pikir berbagai2 solutions utk masalah aku ni... contohnye 'aku nak balik KJ naik bus je esoknye tu utk amik sijil tu' ataupun 'Biar Tunang register dulu, aku register kemudian je'.

Tapi Encik Tunang tak setuju... Die kate malam ni kite balik KJ lepas die main futsal kat Seremban, sbb die nak settle kan sume benda ari Isnin tu jugak....

Malamnye terpaksa la aku temankan Encik Tunang bermain futsal bersama kawan2 sekolahnye... Sampai kol 1 lebih gak.... Nasib baik ada Anis and Donna, takde la bosan sangat...

Sampai je kat umah, benda pertama yang aku cari ialah Sijil Kursus Kawin aku.... Time tu baru aku tersedar yang Surat Akuan Bujang pun tertinggal gak kat KJ.... Nasib baik nampak, kalo tak mmg sah mencari nahas :)

Esoknye, Encik Tunang agak mengantuk utk drive semula ke Pilah... Disebabkan rasa bersalah, terpaksalah aku meng'offer'kan diri utk drive...Kalo tak, jangan harap la aku nak drive... Aku lagi rela teman kan die tidur dulu dari nak drive sendiri... Tak biasa nak drive kereta die, kalo kereta sendiri, aku tak kisah (drama je lebih ni, padahal drive dari RNR Seremban ke Pilah je hikhikhik)

p/s- betul kata Donna, kalo Nuar yang tertinggal sijil kursus kawin die, mesti aku dah bebel panjang2 dah... Thanks awak sbb tak bebel kat Min

Tragedi Menempah Baju Nikah....

Last weekend, aku pegi tempah baju nikah.... tu pun setelah di paksa oleh mak aku....
Konon2 nye nak diet la dulu, nak bagi kempis sket perut ni... tapi dah beberape bulan berusaha, nampaknye masih tak berhasil (padahal hari2 makan banyak, manenye nak kempis)

Setelah memujuk Encik Tunang, die pun bersetuju untuk teman aku gi jumpe tailor tu.... tailor tu mmg kenal muka aku sbb sebelum ni aku ada tempah sepasang baju kat die n die suke sangat ngan baju tu.... Die siap kan baju tu awal2 tapi tak nak kasi aku amik lagi sbb die nak display baju tu kat kedai die.... cis....

Soalan pertama yang keluar dari mulut die....

'Eh, kenapa u dah pakai tudung?'

Aku kate la Encik Tunang yang suruh... Sambil die amik ukuran badan aku, mulut die bising je tanye yang aku ni kawin ngan cine ke.... penat aku convince kan die yg aku kawin ngan melayu... Die tanak caye gak.... Die siap test tu kalo2 Encik Tunang tau cakap cine...

Aunty, Encik Tunang saya tu mmg tak tau cakap cine... Tapi saya tau... macam yang saya pernah cakap kat aunty....

'wo hen ke ai....'

:)

p/s- Encik Tunang ada dengar tak Aunty tu suruh min free hair time kawin.... Die kate time cucu2 kite tgk gambar kawin kite nnt, mesti cucu2 kite kata 'Uwan ni manyak cantik la time muda2'

;)

Tuesday, January 19, 2010

Dear employer,

If you need a staff whose 80% of her daily jobs are doing filing, report printing, photostating, data entering,please, please, please hire an ACCOUNTS ASSISTANT.... Don't hire accounts executive.....

Arrghh... emosi sangat... kenape la aku kene buat keje remeh temeh macam ni... I need some executive level's job.... Mmg aku admit, time interview dulu mmg aku ada kata willing to start from beginning since aku mmg takde experience langsung in this industry (property development)... Tapi tak kan la sampai macam ni sekali...

Aku mmg paham sangat yang hanya seorang je bole access file dalam satu masa.... bile senior aku tengah guna file tu, aku tak bole guna and I won't have any chance nak buat keje2 seorang executive, but please do something.... Aku rindu sangat nak buat keje yg a little bit complicated, rindu nak buat analysis, rindu nak buat reconciliation.... ;(

Seriously, I'm not going to waste my talent here.... Tadi rase macam nak bagi je resignation letter kat manager... surat tu mmg dah lame aku prepare, ada je dalam drawer ni, tinggal nak tulis tarikh je lagi...

Bukan nye aku tak nak buat kerje2 yang diorang ni suruh buat, tapi jangan la kasi kerje2 yang macam tu.... macam mane aku nak bargain for salary increment nnt, mesti diorang argue kata aku buat keje senang.... macam mana nak dapat promotion pun...

Huh, emosi...

Wednesday, January 13, 2010

Jom gi Makan

Sambil menaip ni, tangan kiri aku tengah pegang sekeping keropok. Mulut plak laju je mgengunyah (buruk perangai betul)... Best betul keropok ni, En Boss yg belanja, thanks boss. Lain kali jangan la malu2 belanja lagi ek....


Tibe2 Gracie tanye if aku suke makan Kenny Rogers... Uit, mesti la suke... Die kata hari ni ada promotion. Sape yg pakai baju merah, kalo beli quarter chicken bole dapat lagi 1 set quarter chicken for free.


Weh, best gile kot... tapi arini aku tak pakai baju merah pon... lagi pon nak kuar makan dinner ngan kawan. Kalo makan ngan En Tunang, sempat la nak balik tukar baju dulu... Ish, frust betul la... nape la mereka ni tak forward email ni dari semalam....


Ni la promotion nye, tengok je la... tak sempat nak pegi pun....


Peliknye Perangai Manusia

Time tengah berjalan dengan lajunye ke KLCC (dah terlambat kuar opis, Encik Tunang dah tggu. Sori En Tunang), ada la 2 pompuan mat saleh jalan depan aku. Jalan berlenggang-lenggok plak tu.

'Wei, cepat la sket. Aku dah lambat ni'.

Uih, cantik plak baju pompuan ni. Aku pun pandang dari atas sampai bawah...

Weh, kenapa ko tak pakai kasut?
Kenapa ko pegang je kasut ko tuh?
Ko ingat ko tengah berjalan2 makan angin kat pantai Port Dickson ke?
Ke ko ingat ko tengah buat 'refleksologi' (betul ke aku eja ni).

Tak sure nape die tak nak pakai kasut, jalan kat situ dah la agak kotor sbb tengah ada construction.

Perangai manusia mmg berbeza2, banyk perangai yg pelik. Aku rase orang lain pun ada yg buat pandangan pelik kat perangai aku, mungkin aku je yg tak perasan. Nak buat macam mane, dah mmg lumrah dunia, benda yg Ok utk kite belum tentu OK utk orang lain...

Friday, January 8, 2010

8 January 2010 - Bad Day

Hari ni sampai opis kol 9:09. Cis, lambat 9 minit. Tak suke datang lambat.

Biasanye aku gerak dari rumah kol 7:25 am, tapi pagi ni lambat sket sbb nak kene iron baju, malam tadi dah tertido awal. Pastu sempat lagi discuss ngan Akmar pasal sorang housemate yg dah 2 ari tak cuci mangkuk maggi die yg kat dalam sink tu (uh, pagi2 dah emo).

Sampai kat station LRT Kelana Jaya, macam biasa mmg penuh la ngan manusia. Aku pun beratur dengan sabar kat platform 1. Tibe2 muncul 1 train kosong kat platform 2. Bile org lain berpusu-pusu masuk, aku pon join skali. Biasanye naik kat Platform 1, tapi kadang2 bole naik kat platform 2 gak.

Bile train gerak, aku perasan die gerak ke arah yg bertentangan, bukan nye mengarah ke KL. Orang lain selamber je, aku pon buat2 bodoh la. Maybe die nak undur sket and gerak ke platform 1. Aik, train ni terus je gerak ke belakang, aku dah start tak sedap hati.

Sampai kat depoh LRT, sume orang turun. Aku dah bertambah pelik. Aku tanye kat sorang staff kat situ. Diorang dah gelak kat aku, diorang kate tren ni utk hantar staff yg keje kat depoh LRT. Cis!!! Benci!!!

Nasib baik ada sorang staff yg in-charge tu baik. Die terus bagi instruction, so train tu bole balik kat station KJ. Sempat la borak2 sbb jauh gak perjalanan nye. Die bagitau name die sume and tanye nama aku. Macm biasa aku bagi nama samaran je hikhikhik.

Die mintak name card aku. Ala, sorry la bang, Hong Leong tak provide name card la.

Ahirnye aku sampai opis 9 minit lambat, first time lambat setelah masuk bulan ketiga aku keje sini. Kalo la company aku guna punch card cam zaman dulu2 tu, mesti dah merah dah punch card aku

;)

Wednesday, January 6, 2010

.....

I know this is my 4th post today....

Tapi harini bosan la sangat, dari pagi tadi menung je depan PC ni... mmg takde keje lgsg...

Dengan muka tak malunye, lepas lunch tadi, aku masuk ke bilik bos and tanye2 if ada benda yg aku nak buat.... En Boss, saya bukan kaki ampu yer.... Just tak sanggup nak pora2 busy kat depan PC ni, padahal layan email je dari pagi....

Dengan senyuman lebar En Boss suruh aku buat analysis for financial statement.... cis, berat sungguh tugas yg ko berikan, En Boss.

Hari ni baru aku tau ada 3 orang kt department ni dah tender, dah la orang2 penting dalam department plak tu, gugur la rambut En Boss nak cari replacement... Kalo la En Boss tau aku pon nak resign.... Sori En Boss, bukan saya yg cari keje, keje tu yg cari saya... Mereka yg jumpe email saya dalam JobStreet...

Invitation Card

Malam tadi kami berdua berjalan2 di Jalan Pudu, nak buat kad jemputan kawin.... Hujan plak time tu, jalan bole tahan la jammed nye... En Tunang dah merungut sbb jammed teruk... biasa la tu, KL kan, hujan plak tu...

Sampai gak la kat kedai tu akhirnye.... En Tunang pilih kad warna cream (aku nak colour coklat pekat)... Takpe la, cream pun cantik gak.... kite amik card yg simple2 je sbb both of us mmg setuju yg recipeints ni mmg tak kan simpan pun card kite tu, amik yg biasa2 sudah....

En Tokeh Kedai kate akan email kitorang draft card tu before print...

Yeay, card sudah di tempah...

Tinggal lagi 65 hari je....

Annual Bonus

Last week, aku rase macam emosi sgt bile opismate cite pasal bonus... aku tak layak nak dapat bonus tahun ni sbb baru join company ni 2 bulan je....

Semalam, bonus telah pon di bank-in kan ke dalam accounts mereka, and hasilnye ramai yg tak puas hati sbb dapat 0.xx sahaja... aik biasanye company lain dapat 2 bulan or 3 bulan, ni zero point sumthing je. cian korang....

Bersyukur gak aku tak dapat, kalo dapat pun ntah2 80 hinngit je....

Dividend.... Alhamdulillah

Semalam gi Maybank, gatal2 tangan nak check dividend ASB.... Sanggup je jalan tengah2 panas tu dari opis....

Sampai kat Maybank.... wow, ramainye orang... no giliran 3145 (time tu tgh serve no 3102). uihs, ada lebih dari 40 org depan aku.... sanggup ke nak tunggu ni, perut plak lapar sangat ni, tak sempat nak lunch demi utk dividend ASB...

Apesal lambat sangat nak sampai giliran aku ni? Cis ramainye org nak kuarkan duit dari ASB.... wei, simpan la duit tu..... update buku je dah la

Lepas je update, terus tgk figurenye..... lebar gak senyuman aku.... tapi duit en tunang yg byk dalam ASB aku tu, so tu die nye dividend la....

sampai je opis, terus email en tunang and calculate his portion.... tapi en tunang kate die tanak dividend tu, die bagi aku jela.... die kate guna la utk beli keperluan.... tak bole beli handbag sbb tu kehendak....

'nak beli sofa baru bole tak?' tanyaku

'tu kene dapat approval dari Nuar dulu' jawab en tunang.

cis! takpe la, duit die kan.... errm baju n kasut tu kire keperluan kan :)

Anyway, thanks en tunang.... awak ni mmg baik, untung min dapat awak

;)