.... Maaf Zahir Batin...
Kepada yang nak balik kampung tu, pandu hati-hati. Kalau rasa mengantuk, janganlah segan-segan nak guna khidmat second-driver yer (pesanan ni khas untuk Encik Cinta Hatiku dan pemandu-pemandu yang lain). Sebelum tinggalkan rumah, pastikan dapur gas tu dah tutup, suis-suis yang sepatutnya pun dah tutup, jangan lupa periksa kepala paip jugak... Ha, jangan lupa buang sampah, nanti penuh dangan ulat pulak.
Kepada kawan-kawan yang nak datang beraya, silalah datang selepas hari raya ke-empat, sebab aku akan ada dekat kampung sampai raya ke-tiga. Kalau nak datang, sila bagitau sehari sebelum datang. Kalau tak makan je lah kuih raya dengan air sirap, kalau tak kisah lah.
Tahun ni, kali pertama beraya dengan suami... Ramai yang tanya, aku akan raya kampung sendiri atau kampung suami... Untuk pengetahuan semua, rumah mak aku dengan rumah mak mertua sangatlah dekat yer, kalau naik motor tak sampai 2 minit pun. Jadi isu beraya dekat kampung siapa memang tak menjadi isu bagi kami :)
Cuma kitorang tak bincang lagi akan 'berpagi raya' rumah aku atau rumah suami.... Aku tak kisah sangat, sebab dekat pun kan.... Aku cuma harap Encik-Cinta-Hatiku bagi aku balik rumah mak aku sehari sebelum raya tu, nak tolong mak aku masak. Yer lah mak aku cuma ada 2 anak dara je, ops silap..... 1 anak dara, lagi 1 dah jadi bini orang. Aku kenalah balik tolong mak masak...
Banyak nak masak ni rendang daging, rendang ayam yang banyak gila sebab Aunty Zu mintak mak tolong masak kan, Soto Madura yang sangat sedap, lengkap dengan begedil, Leya with her Caramel Pudding. Lemang? Tak tau lagi keputusan mereka ni, nak bakar sendiri atau beli atau tunggu je makcik-makcik sebelah abah bagi :)
Raya aku memang tak kan lengkap tanpa Soto Madura. Ahli keluarga aku ada 5 orang (sebelum aku kahwin) je, tapi kita mampu habiskan 1 periuk besar dalam tempoh 2 hari. So, boleh bayangkan betapa sedapnya. Tahun ni akan jadi lagi sedap sebab mak aku dah ada bay leaf (aku dengan Leya belikan time pesta flora haritu). Tahap kesedapan tu sampai Leya buat ayat ni:
Leya : Mak, sedap sangatlah Soto Madura ni, tak boleh berhenti nak makan. Macam ada letak seluar dalam pulak.
Mak: Jangan nak mengarut, mak masak benda bersih aje...
Hahahaha, 'seluar dalam' ni adalah perkataan yang selalu kitorang guna kalau jumpa tempat makan yang sangat sedap sampai rasa nak datang lagi, dan lagi, dan lagi. Sebab ada orang pernah bagitau kitorang, ada peniaga yang guna pelaris seluar dalam. Tu yang 'seluar dalam' selalu jadi bahan lawak kitorang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.... from both of us :)
P/S - kenapa tak boleh upload gambar ni :(
No comments:
Post a Comment