nuffnang ad

Saturday, June 5, 2010

Excuse Me!!!

Suatu masa dulu, aku rasa perkataan ni menunjukkan kesopanan pada pengucapnya. Bila si pengucapnya ingin meminta laluan di kawasan yang sempit, pastinya inilah perkataan yang akan diucap. Atau jika seseorang bersin, pasti inilah juga perkataan yang diucap (orang Islam pun dah ramai yang cakap 'excuse me', dan bukannya 'Alhamdulillah').

Tapi kini segalanya telah berubah. Pada pandangan mata kasar aku (aku tak berapa pasti dengan pandangan orang lain), orang yang mengucapkan 'excuse me' ni sangat arrogant, lebih-lebih lagi jika ianya diucapkan dengan air muka yang bongkak.

Situasi sebegini selalunya terjadi di dalam LRT atau di escalator. Contohnya jika ada seseorang menghalang laluan di pintu LRT, pasti perkataan ini kan di sebut dengan kuat beserta dengan nada yang amat menjengkelkan. Di escalator pula, situasi ini akan berlaku sekiranya ada seseorang yang berdiri di sebelah kanan escalator. Kesian aku tengok pakcik-pakcik, makcik-makcik dan juga pendatang-pendatang asing (yang tak berapa kaya atau dalam erti kata lain, yang tak berapa pandai nak membaca atau yang lebih senang difahami, bangla-bangla), kena tengking sedemikian rupa di khalayak ramai.

Di zaman yang serba pantas ini, masa sememangnya berharga. Segalanya perlu pantas, oleh itu jika ada yang menghalang perjalanan, pastinya akan menerima habuan 'excuse me'. Lebih-lebih lagi jika sudah terlewat ke office. Tapi janganlah sampai hilang adab kesopanan orang timur.


Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tumpang lalu' berbanding 'excuse me' untuk diucapkan kepada sesama Melayu. 'Excuse me' akan diucapkan untuk bangsa lain dan diikuti dengan segaris senyuman.

No comments:

Post a Comment