Aku cukup menyampah betullah kalau dekat facebook orang duk tag suami/isteri pasal benda-benda macam kat atas tu. Konon macam nak pasangan paham apa pengorbanan yang korang dah buat.
Kalau betul pun nak pasangan korang paham, apa salahnya screenshot lepas tu hantarlah through whatsapp ke, private message ke. Tak payahlah nak share dekat wall, lepas tu tag suami sendiri.
Tak pasal-pasal orang berfikir negatif.
Tak semua benda kita boleh share dekat facebook. Kadang-kadang share pasal kenapa suami pun kena bangun waktu malam untuk temankan isteri susukan anak. Pada aku ni sedikit sebanyak dah tunjukkan keaiban suami, berdosa kan?
Cuba share benda berfaedah sikit, buat semak wall aku je.
Sorrylah pada yang tak setuju, sekadar pandangan aku sahaja.
Peace...
No comments:
Post a Comment