nuffnang ad

Saturday, January 30, 2016

Mode Senyap

Aku memang seorang yang bermulut bising. Orang kata orang yang mulut bising ni bila dia marah, dia akan senyap. 

Dan bila aku senyap, aku memang akan jadi senyap gila. Bertahun-tahun pun aku boleh senyap. So, jangan cari pasal buat aku senyap ok.

Aah, memang tengah emosional sekarang, dan "masa berkualiti" berlalu begitu sahaja...

Tuesday, January 26, 2016

Borak Kosong - 25 January 2016

Assalamualaikum wbt...


Ni semalam punya cerita sebenarnya, tapi hari ni baru nak update. Macam ni lah hidup mak-mak, memanjang tak ada masa je huhuhu.


Semalam pergi la pasar nak beli barang basah. Cakap kat Nuar, kita bungkus nasi lemak kat pasar je la. Macam malas pulak nak makan kat kedai, sebab aku punya pakaian pun ikut sesuka hati aku je.


Kedai yang selalu aku beli nasi lemak tu dah hampir habis nasi lemak dia, jadi beli la kat kedai sebelahnya. Order la, 'nak bungkus nasi lemak telur mata 2, nasi lemak biasa 2'. Makcik tu kata RM10. Aku hulur je la not 10, walaupun aku rasa macam mahal. Dekat rumah aku boleh dapat harga RM6.40 je.


Lepas tu makcik tu buat tak tau je dengan order aku. Aku cakap la kat dia, 'saya belum dapat lagi nasi lemak', hanya untuk inform dia la. Kot-kot dia salah faham ingat aku dah dapat nasi lemak, datang nak bayar je. Terus makcik tu hangin ok, 'sabarlah dulu, takut sangat'. Lepas tu sambung lagi membebel yang aku tak dengar butir bicaranya sebab dia dah membelakangkan aku.


Terus aku terkejut, eh, duit aku kau dah ambik, tapi nasi tak bagi lagi. Bukannya aku tak sabar pun. Dah dia tak buat apa, aku ingatkan la dia. Kalau waktu tu dia sibuk dengan pesanan lain, tak adalah aku nak ingatkan dia. Ni aku sorang je yang ada kat kaunter masa tu.


Kalau ikutkan hati, nak je aku cakap ' ni lah kali pertama dan terakhir saya datang sini'. Tapi macam malas pulak nak buat kurang ajar dengan orang tua.


Nuar cakap kenapa tak minta je balik duit tu, lepas tu blah la. Tak terfikir nak buat macam tu, sebab aku terkejut.


Balik je rumah, terus aku search nama kedai tu kat facebook, terus rate 1 star je. Padan muka kau. Kalau ikutkan boleh je aku nak letak nama kedai kat sini, tapi macam mengacau periuk nasi orang pulak kan.


Pada aku, orang yang meniaga ni tak payahlah nak emo sangat. Pembeli ni yang membawa rezeki kat kau kot. Macam kat area rumah aku ni, ada lebih 5 kedai yang jual nasi lemak. Tapi hampir 80% aku akan beli dekat kedai seorang makcik ni, sebab makcik ni baik sangat. Time aku pregnant dulu, kalau dia dah nak tutup kedai tu, dia bagi je free kuih kat aku. Kalau nak ikutkan, nasi lemak makcik tu bukanlah yang tersedap kat area rumah aku tu. Tapi sebab dia baik, memang aku beli kat dia je.


Pengajaran jugak untuk aku kalau nak buka business makan satu hari nanti.

Friday, January 22, 2016

Tak Semua Benda Patut Tag Suami/Isteri Di Facebook

Assalamualaikum wbt...


Aku cukup menyampah betullah kalau dekat facebook orang duk tag suami/isteri pasal benda-benda macam kat atas tu. Konon macam nak pasangan  paham apa pengorbanan yang korang dah buat.

Kalau betul pun nak pasangan korang paham, apa salahnya screenshot lepas tu hantarlah through whatsapp ke, private message ke. Tak payahlah nak share dekat wall, lepas tu tag suami sendiri.

Tak pasal-pasal orang berfikir negatif.

Tak semua benda kita boleh share dekat facebook. Kadang-kadang share pasal kenapa suami pun kena bangun waktu malam untuk temankan isteri susukan anak. Pada aku ni sedikit sebanyak dah tunjukkan keaiban suami, berdosa kan?

Cuba share benda berfaedah sikit, buat semak wall aku je. 

Sorrylah pada yang tak setuju, sekadar pandangan aku sahaja.

Peace...

Beza Tahap Ketakutan Amirul & Khalish

Assalamualaikum wbt...

Meh update sikit cerita pasal anak teruna 2 orang ni. Tak sure antara 2 orang ni siapa yang lebih penakut. Sebab dua-dua takut dengan benda yang berlainan.  

Kucing
Amirul takut betul dengan kucing. Kalau pergi melawat Mak Nuar, memang Amirul akan duduk je atas sofa sambil jerit-jerit kalau kucing cuba dekat. Sebijik perangai Mak dia.

Khalish pulak terlebih berani dengan kucing. Habis kucing semua takut dengan dia. Khalish ni sampai tahap boleh tunggang kucing ni. Kalau makan kat kedai, lepas tu ada kucing datang, mesti Khalish duk meow meow sampai kena marah dengan Amirul.

Kuda
Walaupun takut dengan kucing tapi Amirul berani dengan kuda. Dia sendiri yang bersuara nak tunggang kuda. Ok layankan je. Balik kampung boleh tunggang kuda sebab murah sikit.

Khalish pulak takut dengan kuda. Sebelum sampai kat tempat kuda, beria-ia kata nak naik kuda. Bila dah sampai, dah bayar, boleh pulak dia tak nak naik. Haih la...


Guruh & Petir
Ha, ni benda yang terjadi hari ni. Punyalah kuat guruh dengan petir sampai main switch pun jatuh, jadi gelaplah satu rumah. Amirul yang tengah tidur terus bangun berlari ke dapur sambil jerit-jerit, nangis-nangis panggil Abah. 

Khalish pulak dengan muka selamba, ambik bantal, sambung tidur kat riba aku tanpa apa-apa perasaan. 

Kelakar pun ada tengok perangai dua orang budak ni. Apa pun Mommy harap korang akan membesar jadi orang yang berani dan yakin. Tapi berani yang berpada-padalah yer. Jangan berani dengan benda yang mengarut pulak.

Wednesday, January 13, 2016

Separuh Jiwaku

Assalamualaikum wbt...


Nuar tengah pergi outstation seminggu. Kali ni tak boleh ikut sebab kena hantar Baby Haris pergi nursery. Minggu depan aku dah nak masuk office, so kena hantar Haris pergi nursery seminggu awal. Kira macam trial la.


Bila duduk rumah sorang-sorang, rasa kosong sangat hidup aku ni. Macam lagu Kris Dayanti 'Separuh Jiwaku Pergi' huhuhu.


Haritu eksyen sangat, cakap 'oooo bila baby dah pergi nursery nanti, aku nak pergi shopping la, nak pergi salon la'. Tapi bila sampai masanya, takde mood nak buat semua tu. Rasa pelik sangat bila hidup aku tenang sangat. Rasa cam lemah je badan ni, nak kemas rumah rasa malas, nak baring tengok tv takde mood, semua benda rasa serba tak kena.


Hari Isnin aritu pergi la jugak Sunway Pyramid sebab nak beli baju dengan botol susu si kecik tu. Yang peliknya, lepas beli terus aku balik rumah. Malas nak ronda-ronda dalam mall tu. Ish pelik sangat perangai aku ni.


Bila budak-budak ni ada kat rumah, rasa macam bisingnya, bersepahnya mainan. Tapi bila diorang tak ada, rasa sunyi gila.


Bila Nuar ada kat rumah, rasa geram je kat dia sebab suka sangat dia rembat towel aku. Tapi bila dia tak ada, rasa sunyi. Memang sah, aku lah orang yang bermasalah sebenarnya hahaha.


Ada je kawan aku yang jadi weekend-husband-and-wife. Wah hebat ok! Aku memang confirm tak mampu. Wajib ok husband berada di sisi hahaha.


Amirul pun dah pandai drama tau. Dia cakap kat Nuar, janganlah pergi kerja, nanti dia tak ada Abah. Sedih je Nuar dengar Amirul cakap macam tu. Agak-agaknya kalau aku cakap macam tu kat Nuar dia nak layan tak?


Lagi rasa sunyi sebab phone Nuar tengah rosak. Kalau tak boleh la jugak whatsapp ke, call ke. Ni boleh chat  kat Facebook messenger je.


Selalunya Mak dengan Abah akan teman aku bila Nuar outstation, tapi kali ni diorang tak boleh datang. Kalau diorang ada takde la rasa sunyi sangat. Ni ada adik lelaki aku je, bukan boleh buat kawan borak pun, huhuhu. Kitorang selalu borak pasal saham je.


Ni nak buat apa pun tak tau, cuba berharap hari Jumaat akan cepat tiba sebab Nuar balik hari Jumaat.


Cepat la hari Jumaat!!

Tuesday, January 12, 2016

Jalan-Jalan Ke Utara - Day 1

Assalamualaikum wbt....


Sehari dua ni kena rajinkan diri update blog untuk semua entri tertunggak. Rugi la ambik gambar banyak-banyak, lepastu terperam je dalam phone kan. Jadi marilah kita update untuk kenang-kenangan.


Sebenarnya trip ni sebab ikut Nuar pergi site visit, alang-alang tu kitorang pun ikut la. Pergi 4 negeri, rushing sikit. Pagi-pagi pukul 7 mesti dah siap-siap turun breakfast kat hotel je. Pukul 9 mesti dah checkout hotel, ikut Nuar pergi site sekali. Kitorang duduk dalam kereta je, sebab Nuar pergi tak lama sangat la. Nasib baik budak-budak semua tak buat hal sangat.


5 hari pergi berjalan, memang penuh la kereta dengan segala barang-barang. Dah la aku amalkan konsep ni, "apa guna ada kereta besar, mesti la kena bawak barang banyak". Memang penuh gila ok. Hangin je Nuar dengan konsep aku ni, sebab kereta dia dah jadi cam rumah pulak, semua benda ada hahaha.


Kitorang gerak hari sabtu, sarapan dulu siap-siap kat kedai depan rumah ni. Lepas tu terus gerak ke Sungai Petani. Lambat jugak la sampai, dekat pukul 2 jugak baru sampai. Nak makan dekat satu gerai ni, katanya kambing bakar dia sedap. Dekat dengan TM Point. Mula-mula tu sesat, membazir masa sungguh la. Padahal kedai tu dekat gila dengan hotel kitorang.


Nasib baik masih ada kambing bakarnya. Tapi gambar tak sempat nak ambik sebab dah kebuluran sangat. Ni kedai tepi jalan je, tapi sedap la. Makcik kedai tu pun baik, sampai Nuar cakap, "baiknya orang-orang utara ni".


Aku memang melepas rindu la makan kari dekat sini. Sebab dekat utara la aku belajar makan kari.







Amirul kali pertama makan ABC. Budak ni memilih sikit, dia tak suka minum air yang ada isi dalamnya. Memang tak mencabar langsung, sebijik perangai abahnya.




Makan memang murah gile, kambing bakar, ayam goreng 2 ketul, ayam bakar 2 ketul, telur dadar 2 set, air semua baru RM20.


Selesai makan, jom check-in hotel pulak. Ni duduk dekat Emerald Puteri Hotel. Ok la, besar jugak bilik dia. Budak-budak berendam dalam bath tub je la sebab sepanjang cuti ni memang tak dapat nak berendam dalam swimming pool, rushing sikit. Padahal aku bawak je swimming suit diorang.




Masuk je bilik, 2 orang ni terus berkubang atas katil. Penat kot, perjalanan jauh.


Letak je barang terus gerak ke Alor Star pulak, nak pergi Pekan Rabu. Sepanjang perjalanan, kitorang duk menikmati pemandangan sawah padi. Cantik gile la, luas mata memandang. Ajar Amirul menikmati pemandangan jugak, buat apa pergi jalan jauh-jauh kalau sepanjang perjalanan asyik mengadap phone je kan.




Sesat jugak nak sampai Pekan Rabu ni, aku memang tak ingat jalan la. Dah hampir 15 tahun kot, urat aku pun dah banyak putus dah hahaha. Waze pulak bawak kitorang kat Pekan Rabu yang lama tu.
Lalu la kedai Borong Din, kedai yang aku pergi zaman dahula kala hahaha, lalu Shahab Perdana.




Tapi rasa macam tak best sangat la Pekan Rabu yang baru ni, rasanya yang lama lagi best kot. Kebanyakkan kedai jual benda yang sama je. Aku memang tak plan nak beli apa sangat pun, nak pergi sebab nak mengimbau kenangan zaman dulu. Yang paling laku kat sini, kuih bahulu panas. Waktu kitorang sampai tu, semua kedai dah habis jual. Nasib baik ada satu abang ni sanggup lepaskan satu bekas kat kitorang. Agaknya dia Nampak muka frust Nuar kot, hahaha. Belikan kuih bahulu ni untuk mak Nuar, kuih kegemaran dia ni.


Aku pulak beli beras pulut hitam dengan kuih seteru kacang untuk mak aku.




Untuk diri sendiri, aku beli agar-agar ni sebab mengingatkan aku dekat arwah uwan.


Dekat sini banyak la pulak kedai jual mainan, rambang mata la budak 2 orang ni. Sepanjang jalan berzikir nak mainan.


Lepas tu terus gerak balik Sungai Petani balik. Plan asal nak makan kuew teaw masak dengan dapur arang, sekali tutup pulak kedai tu. Jadi tukar plan makan kat area jam besar, macam food court la kat situ. Tapi gerai yang kitorang makan tu tak sedap sangat.




Aku makan Moi Sup, bolehla, biasa-biasa je rasa dia. Budak-budak makan mee goreng, tapi macam tak puas. So kitorang cari burger pulak. Lepas tu terus balik hotel, hari yang penat.

Friday, January 8, 2016

Lain Yang Dicari, Lain Yang Jumpa

Assalamualaikum wbt...

3 ke 4 hari ni sedikit sibuk mencari passport kami sekeluarga yang hilang entah ke mana. Dah habis geledah rumah ni, tapi tak jumpa jugak lgi.

Cuma yang bagusnya, sambil cari barang, sambil kemas-kemas, buang-buang habuk sikit. Banyak jugak la barang yang masuk ke tong sampah. Baru sedar, banyak rupanya 'sampah' yang aku simpan dalam rumah ni hahaha.

Bila dah selongkar-selongkar ni, banyaklah harta karun yang aku jumpa. Salah satunya goldbar 20 gram. Gila rasa macam orang kaya pulak, emas main sepah-sepah je, padahal non hado la.

Yang paling best sebab jumpa jam aku ni...


Jam biasa je, tapi besar maknanya untuk aku. Abah yang hadiahkan masa 1st semester kat UITM. Tak mahal dari segi duitnya, tapi tinggi sentimental value nya.

Kalau nak ikutkan, jam adalah salah satu accessories wajib aku. Bila jam ni hilang, memang tak terfikir pun nak beli jam baru, nak cari jugak jam ni. Dah 3 tahun kot jam ni hilang. Nasib baik, ada jodoh lagi kita rupanya.

Ok, nak sambung geledah rumah lagi, minta-minta jumpa lagi banyak harta karun :)