nuffnang ad

Saturday, September 17, 2016

Sekarang Dan Masa Lalu

Assalamualaikum wbt...

Kita selalu terfikir, alangkah bagus kalau dapat putar semula masa....

Kalau aku, nak sangat putarkan masa ke zaman arwah uwan masih hidup. 

Zaman yang kita tidur sama-sama dalam satu bilik....

Zaman yang sebelum tidur, baca macam-macam surah...

Zaman yang dia akan back-up aku bila kena marah dengan mak....

Zaman cabut uban dia....

Zaman picit kaki dan belakang dia...

Zaman cucikan kain baju dia dengan tangan....

Zaman dia yang asyik nak makan makanan sedap....

Pendek kata setiap minit yang ada dia...

Tapi aku suka jugak zaman sekarang, saat aku ada suami dan anak-anak sendiri...

Jangan tanya, zaman mana yang lebih aku suka? Aku suka kedua-duanya. Kalaulah boleh aku pilih kedua-duanya...

Walaupun dah lebih 10 tahun berlalu, rindu pada uwan masih tebal, masih mengundang air mata...

Al-Fatihah...

Friday, September 16, 2016

Citarasa

Assalamualaikum wbt...


Pagi-pagi jumaat ni, hujan turun la pulak. Patutnya boleh sambung golek-golek kat katil. Tapi boleh pulak Haris poo poo kena kat tilam. Terpaksa la bangun bersihkan huhuhu.


Jadi pagi-pagi yang sejuk ni rasa macam nak membebel pulak kat sini. Sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni, haruslah perasaan malas tu menguasai diri kan.


Semua orang tau kot yang citarasa setiap orang adalah berbeza. Tak ada yang pelik bila ada lelaki yang handsome tapi isteri dia tak cantik sangat. Pada mata kita mungkin perempuan tu tak cantik, tapi pada mata lelaki tu, perempuan tu cantik. Kalau semua orang ada citarasa yang sama, jadinya perempuan yang tak cantik atau lelaki yang tak handsome tak kahwin la sampai bila-bila.


Sama juga macam kedai makan. Kita rasa macam tak sedap je, sampai tahap buat ayat,"dah tau masak tak sedap, nak berniaga jugak". Lepas tu kita rasa pelik, kenapa la ada jugak yang nak makan kat kedai ni. Ok, tolak tepi la isu pelaris yeh. Makanan tu tak sedap pada kita sebab tak kena dengan citarasa kita. Tapi pada tekak orang lain, sedap je.


Lagi satu kes, ada orang bagitau aku. "Tak paham kenapa orang Malaysia ni suka sangat dengan cerita Dilwale, siap bangun tepuk tangan lepas habis cerita tu, bukan best pun". Again, ini semua terpulang pada citarasa. Ada orang suka, ada orang tak suka.


Nota kaki- saya tak tengok lagi Dilwale yer, jadi tak tau sedap ke tak...


Lagi satu contoh yang senang, "OMG, buruknya baju yang dia pakai, apa yang dia fikir waktu dia beli baju tu". Ini semua citarasa ok. Dia rasa dia cantik, biar je la. Dia yang pakai, bukan dia paksa kau pakai baju tu pun.


Jadi aku rasa, tak patut wujudnya soalan-soalan kenapa macam ni, kenapa macam tu, setiap manusia punya citarasa yang berbeza. Walaupun, adakalanya aku pun suka tanya soalan macam tu hahahaha.


Sekian, terima kasih.

Friday, August 12, 2016

Khalish Aid & Warna

Assalamualaikum wbt...


Kitorang ni dah berbulan-bulan ajar Khalish tentang warna. Nampak benda yang warna terang je, mesti tanya dia...

"Khalish, colour apa ni?"

"Blue"

Memanjang blue je la jawapan dia. Kalau tak blue, mesti dia jawab macam ni...

"Hmmm adik tak tahu"

Nak marah pun tak bole, sebab nada dia tu comel sangat. Rasa nak gigit je muka dia hahaha.

Aku ni pulak ala2 risau la, rabun warna ke si Khalish ni, sebab Amirul dulu cepat je dapat tangkap warna-warna ni. Siap kecik-kecik lagi dah ada warna kegemaran, warna gween (memang sengaja aku eja macam tu, sebab dia memang sebut macam tu. Orang putih la katakan).

Untuk Khalish ni kitorang kena tukar cara lain pulak, mungkin dia keliru kot dengan warna. Memang sah tak berseni budak ni huhuhu. Jadi kitorang nak kenalkan warna merah dulu dekat dia. Ajar "merah", tak nak campur aduk dengan "red" sebab takut dia keliru.

After few days, memang dia dah kenal la warna merah tu.

Satu hari yang yang emak dia ni tengah kelam kabut, tiba-tiba Khalish bersuara...

"Mommy, nak biskut baby".

Aah, Amirul dengan Khalish memang suka menumpang makan makanan adik dia, dari biskut sampai la ke bubur, semua diorang sental huhuhu. Jadi disebabkan diorang pun makan sekali biskut adik dia, kitorang pon borong la 4 kotak sekaligus, ada 3 perisa, jadi kotaknya ada 3 warna yang berbeza.

Kitorang buka kotak yang warna hijau dulu. Berbalik pada cerita Khalish tadi, disebabkan biskut yang kotak hijau tu dah dibuka, harus la hulur kat dia biskut tu dulu.

Sekali...

"Adik tak nak colour green, adik nak colour orange".

Wah, tiba-tiba dah pandai segala warna. Kalau tak, asyik la jawapan kau "adik tak tau".

Kesimpulan yang kami boleh buat, jangan tertipu bila budak-budak kecik ni buat tak tahu. Nampak sangat malas nak fikir kan. Khalish... Khalish...



Monday, August 8, 2016

Durian Durian





Assalamualaikum wbt...

Ok, ni hari sabtu punya cerita. Mula-mula ingat nak balik kampung sebab Khalish dah berhari-hari tanya, bila nak balik kampung. Siap cakap, "tak sabarnya nak balik kampung" hihihi.


Sekali, akak ipar aku nak tumpang cuci carpet pulak, so terpaksa la cancel balik kampung, huhuhu.


Settle cuci carpet semua, decide nak pergi cari durian dekat Broga. Bincang-bincang lagi tak jadi pergi Broga. Nak cari kat SS2 je la.





Hahaha, tergoda tak? SS2 punya durian agak pricey sikit tapi kualiti best la, kira berbaloi pergi sana. Lagipun Nuar dah kira macam regular customer kat sana, so bole la nak bargain sikit.


Ha, ini adalah antara hantu durian dekat rumah kitorang tu. Tapi time ni dia tak makan banyak sangat sebab sibuk nak main susun-susun kerusi dekat kedai tu.



Yang ini pulak hantu-durian-in-the-making. Punya la dia marah sebab aku asyik suap durian masuk mulut sendiri je. Bagi la dia rasa sikit, sekali makan banyak pulak si kecik ni. Tapi takde la dia makan sampai seulas pun, jangan kecam saya ok hihihi.


Cakap dengan Nuar, Haris ni dah biasa makan durian ni sebab time pregnantkan dia dulu, memang aku kuat makan durian. Walau orang kata tak elok makan durian time pregnant, tapi mak incik makan banyak jugak huhuhu.






Ni dah on the way balik, Amirul tidak begitu happy la kan sebab dia orang putih, mana makan durian-durian ni hihihi.


Friday, August 5, 2016

Amirul Hadif & Makanan

Assalamualaikum....




Haih, marilah merajinkan diri update blog. Patutnya dah jadi stay at home mom ni lagi rajin la update blog kan. Tapi tak adanya, lagi busy ok.




Nak cerita pasal si Amirul ni. Banyak betul 'cekadak' budak ni tau. Dah pandai nak order apa yang dia nak makan, order kat aku suruh masak la.




Last weekend family Nuar buat potluck untuk raya. Aku masak la laksa utara, sebab macam dah lama pulak tak makan laksa buatan sendiri kan. Tapi tak sempat nak makan laksa tu dekat rumah, just rasa kuah je la.




Dekat rumah Alang Nuar tu, banyak dah Amirul makan laksa tu. Nasib baik ada lebih lagi kuah laksa tu untuk bawak balik, so boleh la kitorang sekeluarga makan malam tu.




Esok tu, dia makan lagi sepinggan yang terakhir. Haruslah tak cukupkan, sebab budak ni kan kuat makan. Immediately, suruh aku masak laksa lagi ok. Hello,ko ingat nak masak laksa tu senang macam nak masak nasi goreng ke?




Sejak dari hari ahad tu, hari-hari dia tanya, aku masak laksa tak. Huhuhu, memang tak la.




Tu baru cerita laksa, belum lagi makanan lain. Balik sekolah je, main order apa yang dia nak makan. Nak nasi goreng la, spaghetti la, ayam goreng la. Pendek kata semua ikut selera dia la. Sampai tahap Abah dia kata, "Asyik korang je order, Abah tumpang je order korang" huhuhu.
























Hari ni, ambik diorang dari school. Masuk je kereta, Amirul cakap "Mommy, Amirul nak makan nasi lemak dengan telur goreng. Tadi dekat school, Amirul makan 2 je. Kalau Mommy masak, Amirul (dapat) makan 10".




Amboi....









Yang si kenit sorang ni, belum pandai order lagi. Tapi dia ikut je apa yang Amirul buat. Amirul makan, dia pon makan. Ha, berebut lah korang makan di situ.







Sementara nak tunggu nasi lemak siap, korang makan la sata dengan keropok ni dulu. Hari-hari aku nak kena fikir, apa kudap-kudapan nak bagi kat budak-budak ni, diorang ni lapar je.


Bila difikirkan balik, bagus jugak aku ambik career break sekarang ni, boleh jugak layan tekak diorang ni. Mintak-mintaklah murah rezeki kitorang supaya career-break aku ni akan jadi permanent.



Sunday, July 31, 2016

CAKAP

"Cakap banyak sangat".

FINE!

Tak payah banyak cakap lagi lepas ni

Sunday, May 8, 2016

Borak Kosong - 8th May 2016

Assalamualaikum wbt...

Bersawang lagi blog ni nampaknya, huhuhu. Walaupun selalu berazam untuk update blog selalu, tapi memang tidak kesampaian. Bekerja, anak 3 orang, takde maid, memang bukan sesuatu yang mudah. Agak kelam-kabut juga hidup aku sekarang ni, tambah-tambah lagi baru tukar department dekat office, huhuhu.

Sekarang ni, bila petang je, hujan mesti turun mencurah-curah, dengan kilat sabung-menyabung. Ok la, sejuk sikit bumi ni, sekarang ni kan cuaca panas sungguh. Kalau duduk dekat luar masa tengahari, memang nak pengsan rasanya.

Bila kilat-kilat ni, selalunya aku teringatkan Amirul je. Sebab dia takut sangat dengan kilat dan guruh. Mesti dia akan duduk diam-diam sambil tutup telinga. Kalau dekat rumah, boleh la kitorang peluk dia. Tapi kalau dekat nursery, siapa yang akan peluk dia?

Hmmmm, hati aku ni meronta-ronta betul nak resign and jaga diorang ni. Tapi banyak benda yang nak kena bayar, yang  buat aku berbelah bagi samada nak resign atau tak. Aku masih mencari-cari apa sumber pendapatan sampingan supaya aku boleh resign secepat mungkin. Kalau ikut perancangan asal, nak resign hujung tahun depan. Tapi kalau boleh biarlah boleh resign hujung tahun ni.

Teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Bila hujan je, mak aku akan hantar kitorang pergi sekolah, jalan kaki je sebab sekolah kat belakang rumah je pun. Dari rumah pakai selipar je. Mak akan hantar sampai kantin sekolah, cucikan kaki kitorang, lapkan sampai kering dan pakaikan kitorang kasut. Balik sekolah pun macam tu jugak. Sampai sekarang aku masih ingat. 

Kalau boleh aku nak sangat hantar dan jemput anak-anak aku balik sekolah. Bukannya tak nak bagi diorang berdikari, tapi rasanya 7 tahun tu terlalu kecil untuk berdikari. Dan dunia sekarang ni sangatlah kejam, banyak sangat kes culik. Takut pulak bila aku fikir nak biarkan diorang naik bas sekolah. 

Masih lagi aku berdoa semoga akan ada sumber pendapatan sampingan untuk aku supaya aku dapat resign secepat mungkin....

Friday, April 8, 2016

Kena Langgar Lari

Assalamualaikum wbt....


Ya Allah, lama gila tak update blog kan. Hidup iolls agak berserabut sikit sekarang ni. Gara-gara tukar team baru, hahaha.


Hari ni ada sikit senang kat office, jadi marilah kita update blog barang seketul dua.


Ni nak cerita pasal iolls kena langgar lari ok. Takde la teruk pun, tapi iolls ni kan memang suka berdrama.


Cerita ni dalam minggu lepas rasanya, masa nak pergi office. Aku dari ELITE highway, nak keluar ke susur Subang. Kereta aku dah masuk la laluan nak ke susur Subang tu. Tapi dekat sebelah kanan aku ni, berduyun-duyun lagi la kereta nak masuk ke susur tu.


Sekali kereta dekat belakang aku ni follow kereta aku dekat gile sebab tak nak kasi kereta yang dari sebelah kanan ni masuk. Sebab dekat sangat, haruslah bila aku brek, dia terus terlanggar kereta aku kan. Dari segi langgaran tu, aku rasa takde la teruk pun tapi terkejut la jugak kan.


Aku pandanglah ke belakang, driver perempuan ni suruh aku jalan. Aku ingatkan dia nak suruh aku ke tepi jalan, sebab kitorang dekat tengah-tengah kesesakan. Tapi sangkaan iolls meleset ok. Tiba-tiba je dia masuk lorong kiri, untuk potong kereta aku. Waktu dia potong tu, takde pon dia pandang aku. Aku macam mengharap la dia kan pandang, sambil angkat tangan dan kata 'sorry'. Memang sorry la, dia buat bodoh je.


Aku pun hangin la kan. Terus masuk lorong kiri jugak. So aku pulak dah ada dekat belakang kereta dia. Aku hon sekali, dan bagi lampu la. Aku bagi isyarat tangan suruh dia ke tepi. Tapi memang non hado la kan.


Aku ambik la gambar kereta dia, just nak dapatkan no plat dia je. Sekali dia pon beria ambik gambar kereta aku. Eh siapa yang langgar siapa ni?


Ikut kan hati aku, nak aje aku turun jalan ke kereta dia. Tapi kereta dia kat depan, anytime je dia boleh pecut tinggalkan aku kat tengah-tengah jalan macam orang gila.


Keluar je dari susur Subang tu, dia terus pecut la kan. Malas aku nak kejar dia dah. Sebab tengah marah sangat time tu, terus cakap, takpe kau lepas kat dunia ni, kat akhirat esok sila cari aku ok.


Bukan aku nak suruh bayar pun, nak suruh mintak maaf je pon. Bukan ni kali pertama pun kereta aku kena langgar dari belakang. Dah 5 kali dah rasanya kena langgar, tapi semua mintak maaf je. Yang perempuan ni je lari terus.


Sampai sekarang aku ingat lagi muka perempuan tu, hahaha over kan....

Tuesday, February 23, 2016

Kebodohan Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt...

Baru je tadi cerita dengan Ain pasal kebodohan diri sendiri yang selalu kitorang buat. Contoh kebodohan yang aku selalu buat adalah mandi sambil memikirkan pelbagai masalah dunia. Lepas tu pump pump shampoo and apply dekat badan instead off kepala. Kan dah membazir di situ. Dah tahu diri tu tak mampu nak multitask, tak payahlah nak pikir banyak sangat sambil mandi kan.

Kebodohan yang aku buat hari ni adalah jemur baju dekat luar, sebab pagi tadi rasa macam cuaca cantik je, mesti hari ni tak kan hujan. Sekali, petang ni hujan turun mencurah-curah ok. Kau sedar tak yang kau away from home for almost 12 hours? Macam mana kau boleh predict cuaca waktu petang dengan hanya berdasarkan cuaca waktu pagi? Hebat sangat diri tu, huhuhu.

Dah la membazir masa, elektrik, air, sabun nak basuh baju tu balik ish ish ish...

Wednesday, February 17, 2016

Khalish Aid - 16th February 2016

Assalamualaikum wbt....


Nuar tengah pergi outstation sekarang ni. Anak bujang aku yang dua orang tu kan dah pandai tunjukkan perasaan diorang, so masa Nuar pergi tu memang mengamuk la dua orang tu. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa kemarahan diorang.


Sekali malam tadi, Khalish buat perangai pulak. Amirul la yang mulakan. Entah kenapa, dalam pukul 10 lebih, Amirul tiba-tiba bukak pintu sebab dia kata abah balik. Mungkin dia dengar bunyi kereta lalu yang macam bunyi kereta abah dia. Terus Khalish pun berlari ke pintu sebab ingat abah balik.


Amirul senang la nak pujuk. Cakap tu bukan abah la, senang je dia nak faham. Khalish langsung tak nak faham. Dia berdiri je kat muka pintu tu lebih dari 10 minit. Bila kitorang tarik dia dan tutup pintu, terus dia mengamuk, meraung-raung. Ada dalam 1 jam jugak la dia mengamuk.


Telefon Nuar, konon nak bagi dia hilang rindu la. Tak ada maknanya ok, lagi dia meraung-raung, sampai muntah huhuhu.


Last sekali tertidur dalam menangis sedu-sedan. Sedih gila aku tengok.


Tapi kiranya orang sekarang untung jugak la, bila rindu boleh je nak facetime segala. Zaman kitorang dulu, kalau rindu ambik je la baju abah tu buat melepas rindu.


Jadi malam tadi Khalish tidur berselimutkan kain pelikat Nuar, yang belum basuh hahahaha.

Thursday, February 4, 2016

Amirul Hadif 4th February 2016

Assalamualaikum wbt...


Cerita pasal Amirul Hadif lagi nampaknya, sebab macam-macam pulak kepandaian dia sekarang ni. Khalish dengan Haris lain hari kita cerita eh.


Malam tadi untuk dinner masak mee hailam je la. Sebab senang dan semua orang suka mee. Amirul dengan Khalish makan bertambah-tambah.


Amirul ni kan memang jenis kaki kipas, jadi memang dah biasa la dengar dia puji-puji aku ni.


Tengah sedap-sedap makan, Amirul kata, "Sedap Mommy masak, Alhamdulillah".


Nak tercekik aku dengar, bila masa pulak dia pandai cakap macam tu? Cis, baru je ingat esoknya malas nak masak. Bila dia dah cakap macam tu, terpaksa la aku masak kan hahaha.


Pagi ni pulak masa nak hantar diorang pergi nursery, aku takde la pakai seat belt sebab dekat je kan. Sekali Amirul cakap, "Mommy, pakai la tali pinggang".


Ok ok sejak bila kau ni pandai sangat bercakap, kuat betul membebel. Takpe, membebel la, Mommy redha, maksudnya sel-sel otak dia sedang berkembang kan hahaha.

Monday, February 1, 2016

Borak Kosong 1st February 2016

Assalamualaikum wbt....


Cepatnya masa berlalu, tiba-tiba je dah masuk February kan, huhuhu. Buat masa ni aku masih makan gaji buta lagi kat office ni, belum ada apa-apa kerja assign kat aku lagi. Jadi, marilah kita menikmati masa free ni.


Tadi dengar dekat Lite fm, si Shaz ni mengarut. Katanya (dalam omputih la kan, aku translate je), "Budak darjah 6 sekarang, susah hati pasal putus cinta. Zaman kita dulu, susah hati pasal nak naik kan bendera. Takut bendera dah sampai atas, tapi lagu tak habis lagi".


OMG, betul sangatkan. Aku dulu duty paling benci adalah naik kan bendera dengan jadi emcee.


Takut weh nak naikkan bendera tu, takut macam Shaz cakap tu la. Satu sekolah kot pandang bendera yang kita tengah naikkan tu.


Pernah pengalaman aku, salah ikat bendera. Bila naikkan bendera, bendera naik tiga suku tiang je. Tak boleh tarik lagi, macam tersekat. Rupanya tali dah bersimpul, sebab tu tersekat. Malu malu malu.


Takut jugak bila tengah belajar tu, hari hujan. Pastu aku lupa nak turunkan bila hujan tu. Matilah kalau cikgu-cikgi atau pengawas lain nampak. Lagi takut kalau ada pengawas lain yang turunkan bendera basah tu. Sebab salah kau la kan tak turunkan bendera tu cepat-cepat. Kan dah basah.


Lagi satu, nak balik, lupa nak turunkan bendera. Aduh, bila dah sampai rumah baru teringat. Alamatnya tak tidur lena la malam tu. Pagi esok, cepat-depat pergi dataran perhimpunan. Kalau ada lagi bendera kat tiang tu, tarik la nafas lega. Kalau tak ada benderanya, pergi la mengadap ketua pengawas huhuhu.


Kalau jadi emcee pulak, jangan kira la berapa kali aku tersasul. Yang paling aku ingat, hari yang sepatutnya kena cakap bahasa melayu, skrip yang ada kat tangan aku adalah bahasa inggeris. Dengan hebatnya aku translate terus time jadi emcee tu. Sebab bahasa melayu macam dah hafal kan. Cuba bahasa inggeris, memang menangis air mata darah la jawabnya.


Tapi itu semua adalah antara pengalaman berharga dalam hidup aku. Sedikit sebanyak jadikan aku seorang yang berani nak berhadapan dengan orang lain. Membantu tambah keyakinan diri. Kalau bukan dari situ, mungkin aku tak akan mampu buat presentation masa kat UITM, dan mungkin juga aku tak mampu nak kerja dekat syarikat minyak terbesar di dunia ni.


I'm proud of myself :)

Saturday, January 30, 2016

Mode Senyap

Aku memang seorang yang bermulut bising. Orang kata orang yang mulut bising ni bila dia marah, dia akan senyap. 

Dan bila aku senyap, aku memang akan jadi senyap gila. Bertahun-tahun pun aku boleh senyap. So, jangan cari pasal buat aku senyap ok.

Aah, memang tengah emosional sekarang, dan "masa berkualiti" berlalu begitu sahaja...

Tuesday, January 26, 2016

Borak Kosong - 25 January 2016

Assalamualaikum wbt...


Ni semalam punya cerita sebenarnya, tapi hari ni baru nak update. Macam ni lah hidup mak-mak, memanjang tak ada masa je huhuhu.


Semalam pergi la pasar nak beli barang basah. Cakap kat Nuar, kita bungkus nasi lemak kat pasar je la. Macam malas pulak nak makan kat kedai, sebab aku punya pakaian pun ikut sesuka hati aku je.


Kedai yang selalu aku beli nasi lemak tu dah hampir habis nasi lemak dia, jadi beli la kat kedai sebelahnya. Order la, 'nak bungkus nasi lemak telur mata 2, nasi lemak biasa 2'. Makcik tu kata RM10. Aku hulur je la not 10, walaupun aku rasa macam mahal. Dekat rumah aku boleh dapat harga RM6.40 je.


Lepas tu makcik tu buat tak tau je dengan order aku. Aku cakap la kat dia, 'saya belum dapat lagi nasi lemak', hanya untuk inform dia la. Kot-kot dia salah faham ingat aku dah dapat nasi lemak, datang nak bayar je. Terus makcik tu hangin ok, 'sabarlah dulu, takut sangat'. Lepas tu sambung lagi membebel yang aku tak dengar butir bicaranya sebab dia dah membelakangkan aku.


Terus aku terkejut, eh, duit aku kau dah ambik, tapi nasi tak bagi lagi. Bukannya aku tak sabar pun. Dah dia tak buat apa, aku ingatkan la dia. Kalau waktu tu dia sibuk dengan pesanan lain, tak adalah aku nak ingatkan dia. Ni aku sorang je yang ada kat kaunter masa tu.


Kalau ikutkan hati, nak je aku cakap ' ni lah kali pertama dan terakhir saya datang sini'. Tapi macam malas pulak nak buat kurang ajar dengan orang tua.


Nuar cakap kenapa tak minta je balik duit tu, lepas tu blah la. Tak terfikir nak buat macam tu, sebab aku terkejut.


Balik je rumah, terus aku search nama kedai tu kat facebook, terus rate 1 star je. Padan muka kau. Kalau ikutkan boleh je aku nak letak nama kedai kat sini, tapi macam mengacau periuk nasi orang pulak kan.


Pada aku, orang yang meniaga ni tak payahlah nak emo sangat. Pembeli ni yang membawa rezeki kat kau kot. Macam kat area rumah aku ni, ada lebih 5 kedai yang jual nasi lemak. Tapi hampir 80% aku akan beli dekat kedai seorang makcik ni, sebab makcik ni baik sangat. Time aku pregnant dulu, kalau dia dah nak tutup kedai tu, dia bagi je free kuih kat aku. Kalau nak ikutkan, nasi lemak makcik tu bukanlah yang tersedap kat area rumah aku tu. Tapi sebab dia baik, memang aku beli kat dia je.


Pengajaran jugak untuk aku kalau nak buka business makan satu hari nanti.

Friday, January 22, 2016

Tak Semua Benda Patut Tag Suami/Isteri Di Facebook

Assalamualaikum wbt...


Aku cukup menyampah betullah kalau dekat facebook orang duk tag suami/isteri pasal benda-benda macam kat atas tu. Konon macam nak pasangan  paham apa pengorbanan yang korang dah buat.

Kalau betul pun nak pasangan korang paham, apa salahnya screenshot lepas tu hantarlah through whatsapp ke, private message ke. Tak payahlah nak share dekat wall, lepas tu tag suami sendiri.

Tak pasal-pasal orang berfikir negatif.

Tak semua benda kita boleh share dekat facebook. Kadang-kadang share pasal kenapa suami pun kena bangun waktu malam untuk temankan isteri susukan anak. Pada aku ni sedikit sebanyak dah tunjukkan keaiban suami, berdosa kan?

Cuba share benda berfaedah sikit, buat semak wall aku je. 

Sorrylah pada yang tak setuju, sekadar pandangan aku sahaja.

Peace...

Beza Tahap Ketakutan Amirul & Khalish

Assalamualaikum wbt...

Meh update sikit cerita pasal anak teruna 2 orang ni. Tak sure antara 2 orang ni siapa yang lebih penakut. Sebab dua-dua takut dengan benda yang berlainan.  

Kucing
Amirul takut betul dengan kucing. Kalau pergi melawat Mak Nuar, memang Amirul akan duduk je atas sofa sambil jerit-jerit kalau kucing cuba dekat. Sebijik perangai Mak dia.

Khalish pulak terlebih berani dengan kucing. Habis kucing semua takut dengan dia. Khalish ni sampai tahap boleh tunggang kucing ni. Kalau makan kat kedai, lepas tu ada kucing datang, mesti Khalish duk meow meow sampai kena marah dengan Amirul.

Kuda
Walaupun takut dengan kucing tapi Amirul berani dengan kuda. Dia sendiri yang bersuara nak tunggang kuda. Ok layankan je. Balik kampung boleh tunggang kuda sebab murah sikit.

Khalish pulak takut dengan kuda. Sebelum sampai kat tempat kuda, beria-ia kata nak naik kuda. Bila dah sampai, dah bayar, boleh pulak dia tak nak naik. Haih la...


Guruh & Petir
Ha, ni benda yang terjadi hari ni. Punyalah kuat guruh dengan petir sampai main switch pun jatuh, jadi gelaplah satu rumah. Amirul yang tengah tidur terus bangun berlari ke dapur sambil jerit-jerit, nangis-nangis panggil Abah. 

Khalish pulak dengan muka selamba, ambik bantal, sambung tidur kat riba aku tanpa apa-apa perasaan. 

Kelakar pun ada tengok perangai dua orang budak ni. Apa pun Mommy harap korang akan membesar jadi orang yang berani dan yakin. Tapi berani yang berpada-padalah yer. Jangan berani dengan benda yang mengarut pulak.

Wednesday, January 13, 2016

Separuh Jiwaku

Assalamualaikum wbt...


Nuar tengah pergi outstation seminggu. Kali ni tak boleh ikut sebab kena hantar Baby Haris pergi nursery. Minggu depan aku dah nak masuk office, so kena hantar Haris pergi nursery seminggu awal. Kira macam trial la.


Bila duduk rumah sorang-sorang, rasa kosong sangat hidup aku ni. Macam lagu Kris Dayanti 'Separuh Jiwaku Pergi' huhuhu.


Haritu eksyen sangat, cakap 'oooo bila baby dah pergi nursery nanti, aku nak pergi shopping la, nak pergi salon la'. Tapi bila sampai masanya, takde mood nak buat semua tu. Rasa pelik sangat bila hidup aku tenang sangat. Rasa cam lemah je badan ni, nak kemas rumah rasa malas, nak baring tengok tv takde mood, semua benda rasa serba tak kena.


Hari Isnin aritu pergi la jugak Sunway Pyramid sebab nak beli baju dengan botol susu si kecik tu. Yang peliknya, lepas beli terus aku balik rumah. Malas nak ronda-ronda dalam mall tu. Ish pelik sangat perangai aku ni.


Bila budak-budak ni ada kat rumah, rasa macam bisingnya, bersepahnya mainan. Tapi bila diorang tak ada, rasa sunyi gila.


Bila Nuar ada kat rumah, rasa geram je kat dia sebab suka sangat dia rembat towel aku. Tapi bila dia tak ada, rasa sunyi. Memang sah, aku lah orang yang bermasalah sebenarnya hahaha.


Ada je kawan aku yang jadi weekend-husband-and-wife. Wah hebat ok! Aku memang confirm tak mampu. Wajib ok husband berada di sisi hahaha.


Amirul pun dah pandai drama tau. Dia cakap kat Nuar, janganlah pergi kerja, nanti dia tak ada Abah. Sedih je Nuar dengar Amirul cakap macam tu. Agak-agaknya kalau aku cakap macam tu kat Nuar dia nak layan tak?


Lagi rasa sunyi sebab phone Nuar tengah rosak. Kalau tak boleh la jugak whatsapp ke, call ke. Ni boleh chat  kat Facebook messenger je.


Selalunya Mak dengan Abah akan teman aku bila Nuar outstation, tapi kali ni diorang tak boleh datang. Kalau diorang ada takde la rasa sunyi sangat. Ni ada adik lelaki aku je, bukan boleh buat kawan borak pun, huhuhu. Kitorang selalu borak pasal saham je.


Ni nak buat apa pun tak tau, cuba berharap hari Jumaat akan cepat tiba sebab Nuar balik hari Jumaat.


Cepat la hari Jumaat!!

Tuesday, January 12, 2016

Jalan-Jalan Ke Utara - Day 1

Assalamualaikum wbt....


Sehari dua ni kena rajinkan diri update blog untuk semua entri tertunggak. Rugi la ambik gambar banyak-banyak, lepastu terperam je dalam phone kan. Jadi marilah kita update untuk kenang-kenangan.


Sebenarnya trip ni sebab ikut Nuar pergi site visit, alang-alang tu kitorang pun ikut la. Pergi 4 negeri, rushing sikit. Pagi-pagi pukul 7 mesti dah siap-siap turun breakfast kat hotel je. Pukul 9 mesti dah checkout hotel, ikut Nuar pergi site sekali. Kitorang duduk dalam kereta je, sebab Nuar pergi tak lama sangat la. Nasib baik budak-budak semua tak buat hal sangat.


5 hari pergi berjalan, memang penuh la kereta dengan segala barang-barang. Dah la aku amalkan konsep ni, "apa guna ada kereta besar, mesti la kena bawak barang banyak". Memang penuh gila ok. Hangin je Nuar dengan konsep aku ni, sebab kereta dia dah jadi cam rumah pulak, semua benda ada hahaha.


Kitorang gerak hari sabtu, sarapan dulu siap-siap kat kedai depan rumah ni. Lepas tu terus gerak ke Sungai Petani. Lambat jugak la sampai, dekat pukul 2 jugak baru sampai. Nak makan dekat satu gerai ni, katanya kambing bakar dia sedap. Dekat dengan TM Point. Mula-mula tu sesat, membazir masa sungguh la. Padahal kedai tu dekat gila dengan hotel kitorang.


Nasib baik masih ada kambing bakarnya. Tapi gambar tak sempat nak ambik sebab dah kebuluran sangat. Ni kedai tepi jalan je, tapi sedap la. Makcik kedai tu pun baik, sampai Nuar cakap, "baiknya orang-orang utara ni".


Aku memang melepas rindu la makan kari dekat sini. Sebab dekat utara la aku belajar makan kari.







Amirul kali pertama makan ABC. Budak ni memilih sikit, dia tak suka minum air yang ada isi dalamnya. Memang tak mencabar langsung, sebijik perangai abahnya.




Makan memang murah gile, kambing bakar, ayam goreng 2 ketul, ayam bakar 2 ketul, telur dadar 2 set, air semua baru RM20.


Selesai makan, jom check-in hotel pulak. Ni duduk dekat Emerald Puteri Hotel. Ok la, besar jugak bilik dia. Budak-budak berendam dalam bath tub je la sebab sepanjang cuti ni memang tak dapat nak berendam dalam swimming pool, rushing sikit. Padahal aku bawak je swimming suit diorang.




Masuk je bilik, 2 orang ni terus berkubang atas katil. Penat kot, perjalanan jauh.


Letak je barang terus gerak ke Alor Star pulak, nak pergi Pekan Rabu. Sepanjang perjalanan, kitorang duk menikmati pemandangan sawah padi. Cantik gile la, luas mata memandang. Ajar Amirul menikmati pemandangan jugak, buat apa pergi jalan jauh-jauh kalau sepanjang perjalanan asyik mengadap phone je kan.




Sesat jugak nak sampai Pekan Rabu ni, aku memang tak ingat jalan la. Dah hampir 15 tahun kot, urat aku pun dah banyak putus dah hahaha. Waze pulak bawak kitorang kat Pekan Rabu yang lama tu.
Lalu la kedai Borong Din, kedai yang aku pergi zaman dahula kala hahaha, lalu Shahab Perdana.




Tapi rasa macam tak best sangat la Pekan Rabu yang baru ni, rasanya yang lama lagi best kot. Kebanyakkan kedai jual benda yang sama je. Aku memang tak plan nak beli apa sangat pun, nak pergi sebab nak mengimbau kenangan zaman dulu. Yang paling laku kat sini, kuih bahulu panas. Waktu kitorang sampai tu, semua kedai dah habis jual. Nasib baik ada satu abang ni sanggup lepaskan satu bekas kat kitorang. Agaknya dia Nampak muka frust Nuar kot, hahaha. Belikan kuih bahulu ni untuk mak Nuar, kuih kegemaran dia ni.


Aku pulak beli beras pulut hitam dengan kuih seteru kacang untuk mak aku.




Untuk diri sendiri, aku beli agar-agar ni sebab mengingatkan aku dekat arwah uwan.


Dekat sini banyak la pulak kedai jual mainan, rambang mata la budak 2 orang ni. Sepanjang jalan berzikir nak mainan.


Lepas tu terus gerak balik Sungai Petani balik. Plan asal nak makan kuew teaw masak dengan dapur arang, sekali tutup pulak kedai tu. Jadi tukar plan makan kat area jam besar, macam food court la kat situ. Tapi gerai yang kitorang makan tu tak sedap sangat.




Aku makan Moi Sup, bolehla, biasa-biasa je rasa dia. Budak-budak makan mee goreng, tapi macam tak puas. So kitorang cari burger pulak. Lepas tu terus balik hotel, hari yang penat.

Friday, January 8, 2016

Lain Yang Dicari, Lain Yang Jumpa

Assalamualaikum wbt...

3 ke 4 hari ni sedikit sibuk mencari passport kami sekeluarga yang hilang entah ke mana. Dah habis geledah rumah ni, tapi tak jumpa jugak lgi.

Cuma yang bagusnya, sambil cari barang, sambil kemas-kemas, buang-buang habuk sikit. Banyak jugak la barang yang masuk ke tong sampah. Baru sedar, banyak rupanya 'sampah' yang aku simpan dalam rumah ni hahaha.

Bila dah selongkar-selongkar ni, banyaklah harta karun yang aku jumpa. Salah satunya goldbar 20 gram. Gila rasa macam orang kaya pulak, emas main sepah-sepah je, padahal non hado la.

Yang paling best sebab jumpa jam aku ni...


Jam biasa je, tapi besar maknanya untuk aku. Abah yang hadiahkan masa 1st semester kat UITM. Tak mahal dari segi duitnya, tapi tinggi sentimental value nya.

Kalau nak ikutkan, jam adalah salah satu accessories wajib aku. Bila jam ni hilang, memang tak terfikir pun nak beli jam baru, nak cari jugak jam ni. Dah 3 tahun kot jam ni hilang. Nasib baik, ada jodoh lagi kita rupanya.

Ok, nak sambung geledah rumah lagi, minta-minta jumpa lagi banyak harta karun :)