Tengah tension ni, jadi mari kita membebel sikit :)
- KAYA tak diukur dari jenama kereta yang dipandu
- PANDAI MENIKMATI HIDUP tak diukur dari berapa kali kita melancong keluar negara
- BAHAGIANYA RUMAH TANGGA tak diukur dari berapa banyak gambar selfie bersama suami atau berapa banyak kata-kata cinta yang di'tagged' untuk suami atau oleh suami
- RAMAI KAWAN tak diukur dari berapa banyak gambar selfie bersama kawan atau berapa kerap keluar makan bersama kawan
- BERJAYA DALAM KERJAYA tidak diukur dari berapa besar syarikat yang kita bekerja
- BERJAYA DALAM PELAJARAN tidak diukur pada berapa CGPA kita
- MENGENANG JASA IBUBAPA tidak diukur pada berapa banyak duit yang kita hulur setiap bulan
Kesimpulannya setiap satu perkara itu lebih besar maknanya dari apa yang kita nampak secara zahir. Dan pandanglah ia dengan mata hati.
No comments:
Post a Comment