Assalamualaikum wbt....
Salah satu azam aku untuk 2015 ni adalah untuk berjimat dengan cara membawa bekal ke office. Setakat hari ni, memang hampir setiap hari aku akan bawa bekal. Ramai yang kata, rajinnya nak masak untuk bawa bekal tiap hari. Sebenarnya tak ada la rajin sangat. Aku ni memang terkenal dengan sikap malas ok. Tak adanya tiap-tiap hari aku nak bangun awal untuk siapkan bekal. Aku bawa lauk lebihan malam sebelumnya. Hahaha, itulah taktiknya, memandangkan aku memang selalu masak untuk makan malam.
Meh sini aku bagitau sikit kebaikan membawa bekal. Dah lama tak buat karangan ala-ala SPM, hihihi.
Kebaikan yang pertama, haruslah ia sangat menjimatkan. Biasanya secara purata, aku akan belanjakan RM15-RM20 sehari kalau aku makan dekat One Utama ni. Hoi, makanan kat sini mahal tau tak. Kalau aku bawak bekal aku dapat jimatkan antara RM75 hingga RM100 seminggu. Sebulan boleh jimat RM300 ke RM400. Haih, banyak tu ok. So, penjimatan ni aku akan guna untuk beli puting susu, wet wipes, bayar bil telefon, topup touch n go dan belanja kecik-kecik yang lain yang tak termasuk dalam budget.
Belanja dapur, susu, pampers semua biasanya Nuar yang kan beli. So dah jimat lagi kat situ, hahaha. Aku tambah sikit-sikit je, contohnya kicap tiba-tiba habis, terpaksalah beli sendiri. Moral of the story, senaraikan semua barang yang nak dibeli, supaya dapat beli semua barang sekaligus dan husband akan bayarkan semua. Kalau tertinggal jugak, ha bayarlah sendiri hahaha.
Kebaikan yang kedua, masih dalam kategori penjimatan. Office aku ni kan berkembar dengan One Utama. On the way pergi lunch, tiba-tiba ternampak pulak H&M la, Uniqlo la, segala mak nenek ni tengah ada sale. Terus rasa macam terpaksa beli, sebab murah. Padahal bukan keperluan pun. Kalau bawa bekal, kena la makan kat pantry je. So peluang nak jalan-jalan kat OU ni agak tipis. Selamat sikit duit.
Kebaikan yang ketiga, kita dapat makan makanan yang terjamin sihat, bersih dan halal. Bila makan dekat kedai ni, kita tak tahu apa yang jadi dekat dapur diorang tu. Luaran memang nampak bersih, dalam dapur? Minyak yang guna untuk menggoreng ayam pun dah jadi warna hitam dah sebab duk menggoreng dengan minyak yang sama je. Tu belum kira dengan Pak Aji lagi tu. Lagi satu, agaknya diorang ni ada masa tak nak belek sayur tu sehelai-sehelai untuk periksa ada ulat ke tak? Aku kalau cuci sayur memang lama ok, setiap pelusuk aku check.
Tapi tu tak bermaknalah aku tak makan kat kedai, makan jugak hihihi. Tapi tak kerap sangat la.
Kebaikan yang keempat, dapat jimat masa. Kalau makan dekat luar, memang tak ada maknanya aku akan sampai office balik dalam masa satu jam. Memang confirm lebih dari sejam. Yelah, nak berjalan lagi, nak tunggu order lagi. Kalau makan kat pantry, 15 minit pun dah cukup dah. Aku ni kan memang wajib balik 5.30 setiap hari, kalau lunch pun dah ambik masa 2 jam, rasa bersalah pulak nak balik pukul 5.30 sebab kerja tak cukup 8 jam. Walaupun setakat ni (diulangi 'setakat ni') tak pernah kena tegur lagi dengan boss, tapi kita kena jujur dengan diri sendiri, berkat ke gaji yang kita akan dapat tu nanti, huhuhu.
Sesekali takpe kot, sebab boleh cover balik masa closing (ni peratutan yang aku buat sendiri hahaha). Cuma jangan buat selalu. Abah aku selalu betul membebel pasal rezeki tu berkat ke tak, sikit sebanyak melekat jugak dekat kepala otak aku ni.
Kebaikan yang kelima, boleh elakkan pembaziran. Kan aku cakap, aku biasanya bawa lebihan lauk malam sebelumnya. Sebab biasanya kitorang tak kan makan lauk yang sama lagi untuk malam esoknya. Lebihan lauk tu selalu masuk ke tong sampah je. Jadi dari membazir, eloklah jadikan bekalan aku je.
Hmmmm, tak boleh fikir kebaikan-kebaikan yang lain lagi dah. Meh, kita cerita pasal keburukan membawa bekal pulak. Setiap benda mesti ada baik buruknya.
Keburukan yang pertama, memang akan jadi seorang yang anti sosial. Kalau bersosial pun, hanya dikalangan orang yang membawa bekal jugak hihihi.
Keburukan yang kedua, badan akan menjadi semakan gemuk. Sebab pantry kan sekangkang kera je dari workstation ni, jadi kuranglah berjalan. Cuba kalau makan kat OU sana tu, dapat pulak kalau nak makan kat area new wing, memang hazab la nak berjalan dengan high heel segala. Tapi sekurang-kurangnya bolehlah bersenam sikit. Sekarang ni langsung tak berjalan dah, huhuhu. Nak pegi gym pun malas jugak.
Tapi kat rumah, aku selalu kejar Khalish yang suka panjat tangga tu, kira bersenam la jugak tu kan, hihihi.
Oklah, kesimpulannya, aku tetap akan membawa bekal selagi termampu. Kalau tiba-tiba termengandung, pastu tak larat nak masak, barulah berhenti bawak bekal kejap. Eh, macam hint pulak nak pregnant lagi :)
No comments:
Post a Comment