Cerita ni dah agak basi dah, dalam bulan lepas kot. Tapi nak cerita jugak dekat sini. Dah penat-penat aku posing, rugilah tak masuk blog kan.
Sebenarnya kitorang pergi ni hari yang sama dengan flight Nuar pergi Korea, so agak rushing la jugak. Tapi nak jugak pergi haritu, sebab macam dah lama tak bawa budak-budak keluar. Jadi kena bawa juga sebelum Nuar pergi Korea.
Petting zoo ni dekat Serdang tau, dekat dengan pasar borong serdang. Make sure kalau nak pergi bawak mycard, sebab ada discount. Kalau tunjuk mycard, harga ticket adalah rm30. Budak-budak pulak ikut ketinggian. Sebab Amirul memang tak berapa tinggi sangat, jadi dapat masuk free je.
Bagi aku best la petting zoo ni sebab semua haiwan dia lepaskan bebas je. Boleh pegang-pegang, dukung-dukung. Walaupun tak banyak sangat haiwan yang ada, tapi memang bestlah. Kira berbaloi bayar ticket rm30 tu.
Cuma yang kurang best tu, Amirul ni agak penakut sikit. Semua binatang pun dia takut kecuali ikan dengan rabbit je. Dia ada sediakan jaring kecik untuk gunakan untuk tangkap ikan. Tapi haruslah susah nak dapat ikan tu kan. Bukan setakat Amriul yang excited, mak bapak dia pun join excited sekali. Dekat bahagian tangkap ikan ni yang paling lama, Amirul sampai mengamuk-ngamuk, nangis-nangis tak nak balik.
Masa plan nak pergi sini, aku dah risau jugak kalau ada ular. Tapi Nuar yakinkan aku, dia kata zoo haiwan jinak, tak kanlah ada ular. Tapi ternyata meleset uolls, mestilah ada ular. Tak sangka ular dah tergolong dalam haiwan jinak sekarang ni, huhuhu. Cuma yang nasib baiknya, ular diorang letak dalam kaca. Tapi boleh pulak aku terpandang ular dalam kaca tu, menjerit jugaklah sekuat hati, huhuhu.
Jadi, meh la layan gambar je. Hmmm, gambar pun dah tak ikut susunan dah, hentam je la...
Kesimpulannya, tak susah pun nak bergembira satu keluarga, dekat dalam Malaysia pun ada banyak je tempat menarik. Untuk orang yang sibuk kata kitorang tak menikmati hidup hanya kerana kitorang kedekut nak keluarkan duit bercuti keluar negara, korang memang silap besar. Duit yang ada sekarang ni, kita kena rollingkan untuk jadi lebih banyak (macam la banyak sangat duit aku, hahaha) untuk pendidikan budak-budak ni.
Dengan cost yang rendah pun kita boleh je bergembira. InsyaAllah, akan ada rezeki untuk berjalan keluar negara. Impian aku adalah, bila anak aku yang paling kecik (aku plan nak ada 4 anak) dah umur 5 tahun, aku nak bawak diorang pergi Disneyland. Oh, itu cerita dalam entry seterusnyalah.
Nanti bila Khalish dah pandai berjalan, kitorang plan nak datang sini lagi. Dan nak biarkan Amirul dekat dengan binatang-binatang ni, tak mau takut-takut dah.
No comments:
Post a Comment