nuffnang ad

Tuesday, October 21, 2014

Familiar Sangat Bau Ni

Assalamualaikum wbt...

Hari sabtu lepas mesin basuh rumah aku ni rosak, terpaksalah panggil orang datang repair. Tapi tak dapat repair lagi, kena order sparepart dulu, huhuhu. Sementara waktu ni, kenalah hantar dobi dulu nampak gayanya. 

Minta-mintalah boleh repair mesin tu, kalau tak melayang lagi duit huhuhu. Lama dah mesin tu berjasa, dari zaman anak dara sampailah dah beranak dua ni. 

Bila dah ambil baju dari dobi tu, semerbaklah rumah aku dengan bau sabun dobi tu. Bau sabun dobi kan memang kuat. Tiba-tiba aku terfikir, macam familiar sangat bau ni. Penat fikir, tapi tak dapat jawapan jugak.

Sampailah tadi Khalish tonyoh-tonyoh badan dia dekat hidung aku. Terus aku terfikir, eh bau ni ada kena mengena dengan Khalish. Lepas tu baru teringat, ni macam bau IJN. Terus rasa sedih, sebab tak suka teringat pengalaman kat sana.

Layanan staff IJN baik je, cuma aku tak suka nak mengingatkan yang Khalish pernah sakit dan pernah buat operation dekat situ. Sigh, minta-minta aku tak kena melalui pengalaman yang sama (atau hampir sama) lagi. Amin...

Happy 3rd Birthday Amirul

Assalamualaikum wbt...

Yeay, Amirul dah 3 tahun dah. Cepat je masa berlalu, dah bujang dah anak aku.

Dah banyak benda dah yang dia pandai. Dulu aku takut sangat sebab dia lambat bercakap, tapi sekarang ni dah banyak peningkatan dah. Dah banyak cakap dah. Cuma susah sikit aku nak fahamkan sebab dia ni pelat yang teramat sangat.

Macam minggu lepas, dia main game, tiba-tiba dia cakap, 'Ma Ma, soyer jatuh'. Aku dah terpinga-pinnga dah. Soyer tu apa? Penat aku suruh dia ulang. Rupanya dia nak cakap soldier jatuh. Kan ke jauh perbezaannya tu, huhuhu. Mencabar jugaklah nak fahamkan apa yang dia cakap.

Hmmm, lepas tu ada sedikit degil, dia je yang betul. Ha, ni sebijik perangai mak dia, hahaha. Dia panggil ultraman tu mackman, dan spiderman sebagai kasiman. Penat aku duk betulkan, boleh pulak dia balas macam ni 'bukan Ma, mackman'. Suka hati kau lah Amirul.

Tapi dah memang nampaklah perkembangan dia. Ada sekali tu punyalah aku risau sebab dia susun bas sebaris. Korang tau lah kan apa makna susun mainan sebaris je. Tak pernah aku nampak dia susun mainan sebaris,itulah kali pertama. Bila aku cakap kat Nuar, Nuar kata logiklah sebab kan dekat jalanraya bas jalan sebaris je. Hmmmm logik gak. Nasib baik dia main LEGO semua ok je.


Ha, ni je la birthday cake dia. Hahaha, kecik gilakan, sama besar dengan lilin. Malas nak beli yang besar-besar sebab bukan makan pun. Sampai harini masih ada lagi cake tu dalam fridge, kitorang ni bukanlah penggemar cake yang tegar. Beli cake ni pun sekadar untuk Amirul tiup-tiup lilin. Berkali-kali jugaklah tiup lilin, dah padam, nyalakan balik.




Nuar hadiahkan tablet sebijik, aku hadiahkan kasih sayang je, hahaha. Ramai yang tak setuju bila aku kata kitorang hadiahkan dia tablet. Memanglah banyak kesan buruk tablet ni. Tapi nak buat macam mana, ni zaman teknologi, nak tak nak terpaksa jugak perkenalkan dia kepada teknologi. Yang penting kita kena pantaulah apa yang dia buat dengan tablet tu. Setakat dia tengok nursery rhymes, upin ipin, ABC, Alif Ba Ta ok je kan hikhikhik.

Lagipun tak adalah dia leka je dengan tablet tu. Masih jugak lagi dia main lari-lari, panjat-panjat, bergusti dengan Abah dia. Tak adalah sampai tahap dia tak tidur malam (sekurang-kurangnya setakat harini) sebab mengadap handphone.

Ok lah, happy birthday sayang. Ma sentiasa doakan yang baik-baik je untuk Amirul. Be a good boy okay!

Monday, October 13, 2014

Lantera Anggerik Closet

Assalamualaikum wbt...

Oh, kan dekat entry lepas aku ada cerita pasal nak bawa family aku pergi Disneyland, jadi meh aku cerita details sikit dekat sini. Kalau ada rezeki memang nak bawak diorang ni berjalan makan angin oversea, tapi buat masa sekarang ni keadaan kewangan tak begitu mengizinkan. Hujung tahun lepas kitorang beli sebuah lagi landed house. Jadi memang agak teruklah cash flow buat masa ni.

Oklah, pasal rumah cerita dekat next entry la kalau rajin, huhuhu.

Jadi, untuk merealisasikan impian aku nak bawa diorang ni berjalan, aku kenalah tambah pendapatan sikit. Maka terlahirlah Lantera Anggerik Closet ni.

Buat masa sekarang ni, aku keluarkan basic blouse dulu. Asalnya aku suka sangat pakai blouse-blouse macam ni. Jadi rasa macam nak jual pulak dekat sesiapa yang secitarasa dengan aku. InsyaAllah, aku akan keluarkan shawl dan skirt pulak nanti.

Ok, ini adalah antara koleksi yang ada dekat online butik aku buat masa ni. Kalau nak tengok yang lain, boleh search Facebook dan Instagram Lantera_Anggerik_Closet.






Ada yang bertanya, dekat mana aku dapatkan supply untuk baju aku ni. Untuk pengetahuan semua, baju-baju yang aku jual ni bukannya aku bawa masuk baju siap dari China, Korea, Thailand atau Vietnam. Aku pilih sendiri kain yang aku nak dari kedai, dan aku hantar dekat tukang jahit dekat sini juga.

Nak pilih tukang jahit pun bukan senang yer. Ramai tukang jahit yang mengaku boleh jahit dengan kemas. Tapi bila aku tengok hasil jahitan untuk baju yang dah siap, sangatlah tak memuaskan dan harga pun sangatlah mahal.

Tukang jahit yang aku dapat sekarang adalah memenuhi ciri-ciri yang aku nak.

Sekarang ni pun hasil jualan tak adalah memberansangkan sangat. Nampak gaya lambat lagi aku mampu nak bawak keluarga aku ni berjalan Disneyland, huhuhu. Tapi tak apalah, aku masih belum putus semangat. Cuma mungkin kena lebihkan promosi.

Rezeki tu ada dimana-mana, yang penting harus usaha dan jangan dengki dengan kejayaan orang lain.

Our First Petting Zoo

Assalamualaikum wbt....

Cerita ni dah agak basi dah, dalam bulan lepas kot. Tapi nak cerita jugak dekat sini. Dah penat-penat aku posing, rugilah tak masuk blog kan.

Sebenarnya kitorang pergi ni hari yang sama dengan flight Nuar pergi Korea, so agak rushing la jugak. Tapi nak jugak pergi haritu, sebab macam dah lama tak bawa budak-budak keluar. Jadi kena bawa juga sebelum Nuar pergi Korea.

Petting zoo ni dekat Serdang tau, dekat dengan pasar borong serdang. Make sure kalau nak pergi bawak mycard, sebab ada discount. Kalau tunjuk mycard, harga ticket adalah rm30. Budak-budak pulak ikut ketinggian. Sebab Amirul memang tak berapa tinggi sangat, jadi dapat masuk free je.

Bagi aku best la petting zoo ni sebab semua haiwan dia lepaskan bebas je. Boleh pegang-pegang, dukung-dukung. Walaupun tak banyak sangat haiwan yang ada, tapi memang bestlah. Kira berbaloi bayar ticket rm30 tu.

Cuma yang kurang best tu, Amirul ni agak penakut sikit. Semua binatang pun dia takut kecuali ikan dengan rabbit je. Dia ada sediakan jaring kecik untuk gunakan untuk tangkap ikan. Tapi haruslah susah nak dapat ikan tu kan. Bukan setakat Amriul yang excited, mak bapak dia pun join excited sekali. Dekat bahagian tangkap ikan ni yang paling lama, Amirul sampai mengamuk-ngamuk, nangis-nangis tak nak balik.

Masa plan nak pergi sini, aku dah risau jugak kalau ada ular. Tapi Nuar yakinkan aku, dia kata zoo haiwan jinak, tak kanlah ada ular. Tapi ternyata meleset uolls, mestilah ada ular. Tak sangka ular dah tergolong dalam haiwan jinak sekarang ni, huhuhu. Cuma yang nasib baiknya, ular diorang letak dalam kaca. Tapi boleh pulak aku terpandang ular dalam kaca tu, menjerit jugaklah sekuat hati, huhuhu.

Jadi, meh la layan gambar je. Hmmm, gambar pun dah tak ikut susunan dah, hentam je la...































 
Kesimpulannya, tak susah pun nak bergembira satu keluarga, dekat dalam Malaysia pun ada banyak je tempat menarik. Untuk orang yang sibuk kata kitorang tak menikmati hidup hanya kerana kitorang kedekut nak keluarkan duit bercuti keluar negara, korang memang silap besar. Duit yang ada sekarang ni, kita kena rollingkan untuk jadi lebih banyak (macam la banyak sangat duit aku, hahaha) untuk pendidikan budak-budak ni.
 
Dengan cost yang rendah pun kita boleh je bergembira. InsyaAllah, akan ada rezeki untuk berjalan keluar negara. Impian aku adalah, bila anak aku yang paling kecik (aku plan nak ada 4 anak) dah umur 5 tahun, aku nak bawak diorang pergi Disneyland. Oh, itu cerita dalam entry seterusnyalah.
 
Nanti bila Khalish dah pandai berjalan, kitorang plan nak datang sini lagi. Dan nak biarkan Amirul dekat dengan binatang-binatang ni, tak mau takut-takut dah.



Thursday, October 9, 2014

CB - Part 1

Assalamualaikum wbt...

Wah, up satu lagi entry hari ni. Nampak sangat terlebih rajin dan macam orang tak ada kerja kat office ni, hikhikhik.

Pasal tajuk tu 'CB', hanya sesetengah orang je yang tahu apa maksudnya. Aku tak nak cerita dekat sini apa maksudnya, biarlah rahsia sebab mungkin boleh menimbulkan kekecohan satu hari nanti.

Lately ni, selalu sangat nampak perangai buruk golongan CB ni. Yang tak tergolong dalam golongan CB ni okey je sebenarnya. Tapi yang paling menyakitkan hati, golongan yang cuba berperangai seperti orang yang educated, tapi reality nya perangai tu sangatlah melambangkan CB.

Minggu lepas, aku pergi ke satu pasaraya ni sebab nak beli biskut untuk Khalish. Sebab aku beli 2 benda je, teruslah beratur dekat express counter je. Barang aku 2 je pon, dan aku nak cepat sebab nak masuk office balik. Itulah tujuan express counter, untuk orang yang nak cepat. Dekat kaunter tu pun ada signboard yang sebesar-besar alam tulis '8 barang dan kebawah'. Dalam bahasa melayu ada, dalam english pun ada. Jadi, tak jadi masalah pun untuk difahamkan.

Sambil beratur tu, aku pun sibuklah browse internet dekat phone. Sekali salah satu si CB ni terus potong line aku. Malaslah aku nak buat bising sebab makcik tua je pun, mungkin dia tak perasan aku tengah beratur.

Masalahnya dia bawak troli yang setengah penuh dengan barang dekat express counter. 2 ke 3 minit lepas tu, datanglah anak-anak menantu makcik ni dalam 4 orang beratur sebelah makcik ni.

Bila sampai giliran diorang untuk bayar, cashier ni katalah yang diorang tak boleh bayar dekat sini sebab barang diorang banyak. Cashier tu tunjuklah kaunter sebelah tu untuk bayar barang yang banyak.

Cashier tu tunjuklah signboard express counter, dan seingat aku cara cashier tu cakap baik je. Tak ada pun tinggi suara. Sekali (mungkin) anak dan menantu makcik ni terus melenting yer. Cakap kuat gile. Dia kira barang dalam troli tu, dia cakap diorang ada 5 orang. Barang diorang tak sampai pun 40, so boleh je la bayar kat express counter. Siap tengking-tengking lagi, kata, kau ni cashier, buat je la kerja kau.

Dia paksa gak cashier tu punch 8 barang, lepas tu bayar. Punch lagi 8 barang, lepas tu bayar. Woi, berapa lama aku nak tunggu. Sambil tu mulut diorang ni sibuklah membebel dalam english marah-marahkan si cashier. Kalau english korang tu elok sangat, okaylah jugak. Ini english pun sama berterabur macam english aku, hahaha.

Kan ke dah menyusahkan aku yang nak cepat ni. Kan ke senang kalau diorang ni pergi je kat kaunter sebelah tu, kosong je pun kaunter tu sebab bukan weekend pun.

Lepas tu siap tanya apa nama cashier tu sebab dia nak buat report dekat customer service. Aku tengok muka CB ni pun jadi geram. Kau yang salah, lagi nak buat report pasal orang. Nampak sangat korang ni memang golongan yang tak boleh ditegur, padahal memang dah sah-sah korang yang salah. Tak sedar diri betul.

Kalau aku jadi cashier tu, jangan harap aku akan punch barang diorang. Sebab aku tahu kerja aku adalah dekat express counter. Si CB tu konon educated, simple english pun tak faham. Dia rasa dia menang sebab dia dapat tinggikan suara dekat cashier tu. Tapi hakikatnya orang sekeliling yang nampak kejadian tu semua geleng kepala tengok perangai diorang. Kesian...

Tanda Akhir Zaman: Ibu Melahirkan Tuannya

 
Assalamualaikum wbt...



Pagi tadi, waktu on the way pergi office, browse Facebook, sekali ternampak ada kawan yang share gambar ni. Sebelum ni, memang pernah terbaca pasal benda ni. Tapi buat tak tahu je la sebab masa tu tak terkena batang hidung sendiri.

Sekarang ni memang terkena la dekat batang hidung sendiri, sebab dekat 10 bulan jugak Mak Abah aku duduk Shah Alam jaga Khalish.

Asalnya, lepas tahu yang Khalish ada jantung berlubang, memang aku dah plan nak berhenti kerja ataupun ambil unpaid leave setahun untuk jaga dia. Bila aku cakap plan tu dekat Mak aku, dia yang tak setuju. Aku bersyukur sebab Mak aku memang jenis yang sangat memahami. Dia kata janganlah berhenti kerja, sayang dah belajar susah-susah. Cukup ke duit nak bayar 2 biji rumah, 2 biji kereta kalau Nuar seorang je yang berkerja. Dia kata, biar dia je la jaga Khalish untuk sementara waktu.

Dan disebabkan itu, 10 bulan jugak la diorang duduk Shah Alam untuk jaga Khalish. Tapi Amirul tetap jugak aku hantar pergi nursery. Sebab Amirul kan memang dah lasak, takut nanti tak larat pulak diorang nak jaga sekali 2 orang.

Dan aku bersyukur jugak yang Khalish tu adalah budak yang senang dijaga, kecuali untuk 2 bulan terakhir yang Mak aku jaga. Sebab masa tu dia dah mula memanjat segala benda.

Sekarang ni Khalish pun dah sihat. Minggu lepas aku dah start hantar dia pergi nursery. Mak Abah aku pun dah balik kampung dah.

Kalau boleh memang aku pun nak elakkan dari suruh Mak Abah aku jaga cucu dia, sebab aku pun tahu yang diorang tu dah tua, tenaga dah tak kuat macam dulu. Tapi Mak aku yang rela nak jaga. harap-harapnya aku tak tergolong dalam golongan anak derhaka ni, huhuhu.

Harap-harap juga lepas ni tak akan ada apa-apa lagi situasi mendesak yang memaksa Mak Abah aku jaga cucu-cucu dia. Amin....