Salah satu sebab kenapa aku mempunyai blog adalah untuk membebel, menyampaikan ketidakpuasan hati hikhikhik. Meh la baca aku nak membebel ni. Minta-minta bos aku tak baca la entri ni, Amin...
Alkisahnya aku cuti harini, sebab mak dengan abah kena balik kampung sebab ada appoinment dengan doktor.
Hari isnin petang, lebih kurang pukul 6.20 petang aku dapat email untuk compile kan semua bank charges untuk country yang aku jaga. Memang sah la tak sempat nak baca email tu sebab pukul 5.30 tepat aku dah balik hikhikhik.
Hari selasa pagi pulak, aku sampai lambat sikit dari selalunya. Pukul 9.15 baru sampai office. Pun tak sempat jugak nak compile kan bank charges tu sebab ada team meeting pukul 10 pagi. Meeting tu habis pukul 11.15 lebih kurang. Terus pergi lagi satu meeting pulak. Ni meeting untuk training, nak kena compile kan slide untuk training pulak.
Lepas tu terus pergi lunch. Balik lunch, balas email mana-mana yang urgent dulu. Pukul 3 ada dry run untuk training pulak, sampai pukul 5.
Begitu begini, dah pukul 5.30. Kena balik cepat sebab mak dengan abah nak balik kampung petang tu jugak. Kalau aku lambat sampai rumah, lambatlah diorang bertolak. Kesian pulak abah kena drive malam-malam nanti.
So hari semalam memang tak sempat nak compile bank charges, huhuhu. Mood pun agak merudum disebabkan kenaikan gaji yang sangat ciput, huhuhu.
Tadi tanya dekat orang yang buat projek bank charges ni, dia suruh compile kan jugak sebab diorang nak kena buat analysis cepat. Katanya buatlah atleast untuk JPM dengan Citibank dulu.
Bersusah payah jugaklah nak siapkan sambil nak jaga dua budak kecik ni.
Khalish ok je. Dia senyum-senyum je, sebab bukan dia faham pun mak dia tengah stress. Lagi dia buat perangai merayap bawah meja, bawah kerusi adalah. Lepas tu mengamuk, sebab tersepit celah kerusi. Dah keluarkan dari celah kerusi, dia masuk balik kat situ. Tersepit lagi, lepas tu mengamuk lagi, sigh....
Sebenarnya yang paling kesian adalah budak ni, sebab dia dah faham bila aku marah. Kesian sangat. Aku yang stress, dia yang jadi mangsa. Sorry sayang.
Kalau boleh memang aku nak elakkan sangat work from home ni, tapi lately ni macam makin kerap pulak bawak balik kerja dekat rumah. Sampai tahap aku jadi benci dah dengan kerja aku ni.
Last weekend masa berjalan raya, aku sebenarnya adalah stress memikirkan slide untuk training yang belum siap. Malam tu jugak start buat slide. Serius benci!!!
Sebelum ni, mulut aku sibuk la berkata-kata nak resign, tapi hati macam berat, tu yang malas nak update resume. Tapi lepas dah berfikir panjang, rasanya dah sampai masa untuk aku cari kerja lain. Lepas ni kena curi-curi masa jugak untuk update resume.
Doakan semoga senang aku nak dapat kerja baru lepas ni. Kerja dekat tempat yang tak sibuk sangat, tak apalah kalau gaji rendah sikit.
:)
No comments:
Post a Comment