nuffnang ad

Wednesday, June 11, 2014

6 Minggu Yang Memeritkan - Bahagian 9

Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak update perkembangan Khalish. Alhamdulillah, Khalish dah discharged dari IJN pada 2 June haritu. Itu pun punya la banyak drama yang menuntut air mata.

Hari ahad, sehari sebelum discharge tu, 4 orang doktor datang melawat Khalish. Semua doktor ni dah bersetuju yang Khalish tak perlu pakai pacemaker tu dan hari isnin dah boleh balik rumah. Aku dah rasa lega time tu.

Sekali pagi Isnin tu, datang pulak satu doktor lain. Dia kata perlu pakai pacemaker dan salah seorang daripada 4 doktor semalam tu pun bersetuju dengan doktor ni. Masa tu jugak berjurai air mata aku.

Nuar dah pergi office dah masa tu. Nuar call aku untuk tanya boleh discharge ke tak aritu. Aku pulak dah nangis-nangis sebab doktor tu kata kena pakai pacemaker. Tak sampai satu jam. Nuar dah sampai IJN balik. Buat echo dengan arteri ECG balik.

Sementara tu, aku dok pandang ke monitor jantung Khalish tu. Punyalah berdoa yang rhythm dia kan normal. Punyalah kecewa masa tu, sampai tahap aku tanya, 'Ya Allah, kenapa uji aku macam ni, aku dah tak tahan lagi'. Sepanjang masa tu memang airmata tak berhenti mengalir.

Lepas keluar result ECG tu, ada satu lagi doktor lain kena review report tu. Alhamdulillah tak perlu pakai pacemaker. Dapat la kami discharge haritu.

Tapi nak tunggu discharge punyalah lama. Dari pukul sepuluh lebih sampai lah pukul empat lebih, baru dapat balik. Sempat la Nuar pergi billing department untuk tanya berapa kos sepanjang kitorang dekat situ. Nak tahu la jugak, berapa kos dia kan. Nanti orang tanya, tak tahu pulak nak jawab. Semuanya kena 41 ribu.

Kalau ikutkan hati aku, nak pergi office terus hari Isnin tu. Tapi badan macam penat sangat. Yela dekat 2 minggu tak cukup rehat, tak cukup tidur, makan pun tak teratur.

Hari Selasa baru pergi office. Hai, nak kena close account pulak kan :(

Sekarang ni Khalish dah sihat sihat. Dah boleh meniarap dah, maknanya dah kurang la rasa sakit dia tu. Kitorang pulak yang risau tengok dia melasak-lasak tu, huhuhu.

Sekarang ni kitorang cuma berharap yang degupan jantung dia akan semakin ok. Amin...

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    saya doakan moga khalish cepat2 sihat dan xperlu pakai pacemaker tu..aamiin

    ReplyDelete