Hari ni kami dah mula berkampung dekat IJN. Insyaallah kalau diizinkan Allah, Khalish akan operate hari sabtu ni.
Jadi aku bercadang untuk update blog sepanjang Khalish berada kat sini sebagai coretan sebahagian dari hidup aku.
Aku gunakan tajuk '6 Minggu Yang Memeritkan' sebab kalau tak ada apa- apa komplikasi, luka operate Khalish ni akan sembuh dalam masa 6 minggu. 4 Julai nanti, genaplah enam minggu. Yeay, bolehlah nak beraya dengan riang gembira.
Tadi nurse dah terangkan pasal operation ni. Bila dia sebut pasal mak bapak sila kawal emosi bila kali pertama tengok anak lepas operation sebab akan ada banyak wayar dekat badan dia. Aku terus dah rasa sebak sebab aku adalah antara orang yang beremosi,huhuhu.
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk menghadapi ujian ini. Amin...
No comments:
Post a Comment