nuffnang ad

Thursday, November 21, 2013

Redha...

Assalamualaikum wbt...

Lama aku berfikir samada patut atau tak aku coretkan kisah ni dalam blog. At last aku buat keputusan untuk kongsi aje kat sini sebab ni sebahagian daripada kisah hidup aku.

Sebenarnya, sejak dalam kandungan lagi, doktor dah dapat detect yang Khalish ada jantung berlubang atau lebih spesifik Primum ASD.

Waktu tengah pregnant tu memang tak ramai yang tahu pasal ni, memang sengaja aku rahsiakan sebab takut sangat dengan tanggapan orang. Bila baby dah lahir baru kitorang bagitau orang tentang keadaan baby sebab sooner or later orang akan tau jugak.

Waktu baru lahir tu, Paed kata Khalish nampak ok. Tapi bila aku cuba untuk breastfeed kan dia malam tu, kaki dia dah start jadi biru. Terus diorang letak Khalish dalam inkubator dan bagi bantuan oksigen.

Setiap hari diorang akan cuba untuk kurangkan bantuan oksigen tu sampailah dia tak perlukan bantuan oksigen lagi. Susu pun aku kena pam dan Khalish akan minum melalui tiub.

Sepanjang Khalish dekat Special Care Nursery tu, aku memang down sangat. Baby lain dah bersilih ganti, tapi Khalish masih dekat situ. Yang lagi buat aku down, aku tak dapat nak pegang dia pun, dapat tengok dari luar inkubator je. Nurse tu kasi je aku pegang melalui lubang inkubator tu, tapi sebab tangan aku sejuk, Khalish macam tak selesa. So lebih baik aku tak payah pegang dia.

Khalish lahir hari Selasa (12 November), aku pulak discharge dari hospital hari Khamis (14 November). Khalish masih tak boleh keluar dari hospital sebab masih perlukan bantuan oksigen. Hati aku ni memang berat nak balik rumah sebab Khalish masih ada dekat hospital.

Hari Jumaat pagi aku pergi hospital untuk melawat dia, doktor suruh aku cuba untuk direct feed dia, nak tengok keadaan dia. Alhamdulillah, dia boleh minum susu dengan jayanya. 3 jam selepas tu aku datang hospital lagi untuk susukan dia. Nasib baik KPJ dekat je dengan rumah aku ni.

Nurse dekat situ cadangkan untuk aku ambik lodger je, maknanya aku tinggal dekat hospital untuk susukan Khalish. Tapi aku kena bayar bilik tu, GL tak cover. Dan diorang bagi 4 bedded punya bilik, so TV tak adalah. Aku dengan tak fikir panjang, terus ambik je lodger tu, sebab aku rasa aku patut ada dekat hospital untuk support Khalish. Kesian dia tinggal dekat hospital sorang-sorang.

Alhamdulillah jugak, Khalish dah boleh keluar dari inkubator. Dia boleh bernafas tanpa bantuan oksigen dah!

Hari Isnin (18 November), diorang refer Khalish pergi IJN. Aku naik sekali dengan ambulance, Nuar ikut dari belakang dengan kereta. Memang sengaja suruh nuar drive sebab aku berharap sangat dapat bawak Khalish hari tu.

Sepanjang dalam ambulance tu, air mata aku memang tak berhenti mengalir. Segan jugak dengan nurse tu, tapi aku rasa dia faham, dia pun diam je, tak cakap apa-apa dengan aku.

Sampai dekat IJN, punyalah ramai orang. Ramai jugak la baby yang datang dalam inkubator, ada yang datang dari Terengganu, ada yang dari Ipoh. Lama jugak la kitorang tunggu. Dengan tak makan tengahari semua. Nurse dengan driver ambulance pun tak makan jugak, kesian diorang.

Lepas dah buat echo tu doktor cakap yang Khalish ada Primum ASD, tak ada kemungkinan lubang tu boleh tertutup naturally, memang kena buat operation. Cuma tak tahu lagi bila boleh buat operation, mungkin bila umur dia 5 bulan, mungkin satu tahun. Tu semua bergantung kepada keadaan, kalau keadaan tak terdesak, diorang akan tunggu Khalish besar sikit.

Doktor tu kata, lepas buat operation, Khalish akan jadi normal je macam baby lain.

Alhamdulillah jugak, IJN tak tahan dia dekat wad, boleh bawak dia balik rumah. Gembiranya hati aku hanya Allah je yang tahu. Akhirnya, keluarga aku dapat bersatu di bawah satu bumbung :)

Sekarang ni aku berharap sangat masa akan berlalu dengan cepat, supaya Khalish dapat buat operation dan dia akan jadi normal macam baby lain. Aku nak sangat tengok dia boleh merangkak, boleh berjalan tanpa aku risau dia akan jadi biru.

Sekarang ni aku tengah cuba sedaya mungkin untuk redha dengan keadaan Khalish ni, walaupun kadang-kadang mengalir jugak air mata ni. Semoga ada hikmah sebalik semua kejadian ni...

No comments:

Post a Comment