nuffnang ad

Tuesday, November 26, 2013

Jom Makan Ice-Cream

Assalamualaikum wbt...

Ni memang cerita basi, lebih kurang 2 hari sebelum aku lahirkan Khalish. Dah siap-siap upload gambar, tapi tak sempat nak siapkan entri ni sebab dah terberanak awal, hehehe.

Nuar la ni, sibuk sangat nak ajar anak dia makan ice-cream. Aku pun macam teringin nak makan Magnum, nanti time pantang tak boleh pulak nak makan ice-cream kan, huhuhu.

Nuar yang pergi tahan taukeh ice-cream ni, kitorang tunggu je dalam pagar. Lagipun Amirul takut dengar lagu dari motor ice-cream tu. Oooo, sekarang takut eh, sikit hari lagi, bunyi tu la yang kau tunggu. Dah la dekat sini banyak gila orang jual ice-cream. Kalau hujung minggu tu, sampai 6-7 orang jual ice-cream. Kegilaan apakah ini, huhuhu.

Ice-cream mangkuk untuk Amirul, gila excited dia nampak ice-cream sebab memang jarang sangat dia dapat makan ice-cream.

Ni untuk aku, frust sangat sebab Magnum tak ada. Habislah, mesti meleleh air liur Khalish ni tak dapat makan Magnum.

Ni untuk Nuar...



Ha, punyalah bersungguh makan ice-cream. Nak makan sendiri pulak tu, tak nak orang suapkan. Takut mak dia paw ice-cream la tu, kedekut!!!



Punyalah baik mak ko ni, bagi rasa sikit. Ice-cream dia dah habis, dia duk usha je ice-cream mak dia.

Percubaan untuk mengambil alih ice-cream mak dia.


Akhirnya, berjaya merampas keseluruhan ice-cream. Sesuka hati je kan, dah la part cone yang bawah tu yang best, huhuhu. Nah, mak tolong pegangkan bekas ice-cream yang dah habis.


Inilah hasilnya, habis comot satu badan. Satu kerja pulak mak kau nak kena menyental baju tu, huhuhu. Sekarang sila masuk dalam, mandi!!! Nasib mak kau bijak suruh makan dekat luar rumah, kalau tak satu hal pulak nak mop rumah kan (padahal dasar pemalas, hehehe).

Sekian saja, bye-bye.
posted from Bloggeroid

Thursday, November 21, 2013

Redha...

Assalamualaikum wbt...

Lama aku berfikir samada patut atau tak aku coretkan kisah ni dalam blog. At last aku buat keputusan untuk kongsi aje kat sini sebab ni sebahagian daripada kisah hidup aku.

Sebenarnya, sejak dalam kandungan lagi, doktor dah dapat detect yang Khalish ada jantung berlubang atau lebih spesifik Primum ASD.

Waktu tengah pregnant tu memang tak ramai yang tahu pasal ni, memang sengaja aku rahsiakan sebab takut sangat dengan tanggapan orang. Bila baby dah lahir baru kitorang bagitau orang tentang keadaan baby sebab sooner or later orang akan tau jugak.

Waktu baru lahir tu, Paed kata Khalish nampak ok. Tapi bila aku cuba untuk breastfeed kan dia malam tu, kaki dia dah start jadi biru. Terus diorang letak Khalish dalam inkubator dan bagi bantuan oksigen.

Setiap hari diorang akan cuba untuk kurangkan bantuan oksigen tu sampailah dia tak perlukan bantuan oksigen lagi. Susu pun aku kena pam dan Khalish akan minum melalui tiub.

Sepanjang Khalish dekat Special Care Nursery tu, aku memang down sangat. Baby lain dah bersilih ganti, tapi Khalish masih dekat situ. Yang lagi buat aku down, aku tak dapat nak pegang dia pun, dapat tengok dari luar inkubator je. Nurse tu kasi je aku pegang melalui lubang inkubator tu, tapi sebab tangan aku sejuk, Khalish macam tak selesa. So lebih baik aku tak payah pegang dia.

Khalish lahir hari Selasa (12 November), aku pulak discharge dari hospital hari Khamis (14 November). Khalish masih tak boleh keluar dari hospital sebab masih perlukan bantuan oksigen. Hati aku ni memang berat nak balik rumah sebab Khalish masih ada dekat hospital.

Hari Jumaat pagi aku pergi hospital untuk melawat dia, doktor suruh aku cuba untuk direct feed dia, nak tengok keadaan dia. Alhamdulillah, dia boleh minum susu dengan jayanya. 3 jam selepas tu aku datang hospital lagi untuk susukan dia. Nasib baik KPJ dekat je dengan rumah aku ni.

Nurse dekat situ cadangkan untuk aku ambik lodger je, maknanya aku tinggal dekat hospital untuk susukan Khalish. Tapi aku kena bayar bilik tu, GL tak cover. Dan diorang bagi 4 bedded punya bilik, so TV tak adalah. Aku dengan tak fikir panjang, terus ambik je lodger tu, sebab aku rasa aku patut ada dekat hospital untuk support Khalish. Kesian dia tinggal dekat hospital sorang-sorang.

Alhamdulillah jugak, Khalish dah boleh keluar dari inkubator. Dia boleh bernafas tanpa bantuan oksigen dah!

Hari Isnin (18 November), diorang refer Khalish pergi IJN. Aku naik sekali dengan ambulance, Nuar ikut dari belakang dengan kereta. Memang sengaja suruh nuar drive sebab aku berharap sangat dapat bawak Khalish hari tu.

Sepanjang dalam ambulance tu, air mata aku memang tak berhenti mengalir. Segan jugak dengan nurse tu, tapi aku rasa dia faham, dia pun diam je, tak cakap apa-apa dengan aku.

Sampai dekat IJN, punyalah ramai orang. Ramai jugak la baby yang datang dalam inkubator, ada yang datang dari Terengganu, ada yang dari Ipoh. Lama jugak la kitorang tunggu. Dengan tak makan tengahari semua. Nurse dengan driver ambulance pun tak makan jugak, kesian diorang.

Lepas dah buat echo tu doktor cakap yang Khalish ada Primum ASD, tak ada kemungkinan lubang tu boleh tertutup naturally, memang kena buat operation. Cuma tak tahu lagi bila boleh buat operation, mungkin bila umur dia 5 bulan, mungkin satu tahun. Tu semua bergantung kepada keadaan, kalau keadaan tak terdesak, diorang akan tunggu Khalish besar sikit.

Doktor tu kata, lepas buat operation, Khalish akan jadi normal je macam baby lain.

Alhamdulillah jugak, IJN tak tahan dia dekat wad, boleh bawak dia balik rumah. Gembiranya hati aku hanya Allah je yang tahu. Akhirnya, keluarga aku dapat bersatu di bawah satu bumbung :)

Sekarang ni aku berharap sangat masa akan berlalu dengan cepat, supaya Khalish dapat buat operation dan dia akan jadi normal macam baby lain. Aku nak sangat tengok dia boleh merangkak, boleh berjalan tanpa aku risau dia akan jadi biru.

Sekarang ni aku tengah cuba sedaya mungkin untuk redha dengan keadaan Khalish ni, walaupun kadang-kadang mengalir jugak air mata ni. Semoga ada hikmah sebalik semua kejadian ni...

Sunday, November 17, 2013

Khalish Aid...

Assalamualaikum wbt...



Akhirnya selamat dah aku lahirkan anak kedua kami di KPJ Shah Alam dengan berat 3.06kg :)

Kali ni semuanya berlaku dengan pantas. Hari selasa lepas, 12th november 2013, aku pergi hospital macam biasa untuk weekly checkup. Ingat lepas checkup tu nak masuk office sebab aku nak handover kerja aku kat orang lain sebelum pergi maternity leave.

Sekali gynea kata nak buat CTG. Dia kata dah ada contraction ni dan nadi baby agak lemah. Jadi dia cadangkan untuk induce je. Kitorang terus bergegas balik untuk ambil barang-barang. Lepas tu terus pergi office aku pulak sebab nak ambil barang dengan nak say goodbye dekat Rami sebab hujung bulan ni dia nak transfer pergi Dubai.

Kitorang tinggalkan office aku tepat pukul 3 petang, sampai hospital terus settlekan hal bilik. Sekali, single room semua penuh, huhuhu. Hampa betul dah, sebab kalau 2 bedded Nuar tak boleh tunggu aku.

Nasib baik tak lama lepas tu ada single room yang available. Masa tu dah pukul 4 lebih dah. Terus buat CTG lagi. Nadi baby jatuh lagi. Gynea kata dia tak nak stress kan baby, so dia cadang untuk Caesarean je.

Wah, gila terkejut sebab tak pernah terpikir pun nak Caesar, huhuhu. Tapi terpaksalah sebab takut memudaratkan baby pulak nanti.

Pukul 5.30 aku dah masuk OT dah. Perasaan takut tu jangan ceritalah, tapi kena hadapi jugak demi nak melahirkan.

Pukul 5.48 Khalish dah selamat keluar, dan pukul 6.15 pembedahan dah selesai. Cepat gila, huhuhu.
So, sekarang aku dah rasa melahirkan anak secara normal dan Caesar. Punyalah berbangga kongsi pengalaman dengan Nuar, ngeri Nuar dengar cerita aku, hahaha.

Untuk Khalish Aid, selamat datang ke keluarga kecil kita. Kami semua berdoa Khalish akan sentiasa sihat, sama macam baby-baby yang lain. Semoga Khalish akan menjadi anak yang soleh, insan yang berguna... Pendek kata kami doakan Khalish akan menjadi yang terbaik. Kami semua sayang Khalish.

Mommy tak sabar nak bawak Khalish balik rumah kita, supaya Khalish, Mommy, Abah dan abang Amirul dapat tinggal bawak satu bumbung dengan aman bahagia...

posted from Bloggeroid

Monday, November 11, 2013

Kali Pertama dan Terakhir Aku Pergi Klinik Kau!!!

Assalamualaikum wbt...

Eeeee, sakit betul la hati aku ni. Hari ni memang aku tak larat nak pergi kerja, so pergi la satu klinik ni. Yer, memang aku pergi klinik tu sebab nak mintak MC pun, kata tak larat, harus la nak MC.

Ni kali pertama aku pergi klinik ni walaupun ni klinik yang paling dekat dengan rumah aku. Selalu aku pergi klinik dekat deretan belakang sana tu. Tapi kali ni nak try la klinik ni, sebab nak guna insurance card baru aku ni. Aku tak pernah guna lagi, saja la nak guna benefit yang company bagi.

Lagipun klinik ni selang 2 kedai je dengan kedai mamak, senang aku nak tapau makanan sekejap lagi.

Masuk-masuk je, doktor tu terus tanya, apa masalah. Aku cakap je la aku tak larat, rasa pening. Belum sempat nak sambung apa-apa, terus dia 'tembak' aku.

'Tak kan la at this stage, you still rasa pening-pening. Kalau malas nak pergi kerja, rasa macam nak rehat dekat rumah, berterus-terang je dengan boss. Cakap you tak larat, ambil je unpaid leave. Tak payah datang sini create cerita kata tak sihat. You sebenarnya nak cuti rehat saja kan?'

Vavi tak seorang doktor buat ayat macam tu? Memang kali pertama aku jumpa doktor yang macam tu.

Logik je aku rasa pening sekarang ni kalau tak cukup tidur kan? Bukan setakat pening, aku sampai tahap muntah-muntah lagi. Walaupun tak hari-hari muntah, tapi ada kalanya tetap rasa nak muntah jugak.

Weh, ko ingat aku ni orang yang pemalas pergi kerja ke? Keluar je dari bilik doktor tu, terus aku check balik SMS yang aku pernah hantar dekat team leader sebab setiap kali aku lambat atau nak cuti memang aku akan beritahu dia melalui SMS. Kali terakhir aku MC, bulan Sepember aritu, 2 bulan lepas kot. Jumlah MC aku sepanjang pregnant ni ada 6 hari jer, tu pun termasuk 2 hari sakit mata.

Aku ni memang jarang sangat nak MC sebab aku jenis yang segan nak cakap dengan doktor yang aku nak MC. Sakit-sakit pun aku tetap datang office. Sampai tahap aku pernah kena marah dengan manager sebab datang office jugak waktu sakit. Pernah kena halau balik rumah jugak, sebab muka aku dah pucat dah masa tu.

Time morning sickness yang teruk dulu pun, aku tetap datang office. Dengan drive kereta sendiri mengharung jammed dekat Damansara sana tu. Tak adanya aku suka-suka hati nak ambik MC.

Kesimpulannya, memang ni kali pertama dan terakhir la aku pergi klinik kau. Tak pernah lagi aku jumpa doktor yang kurang ajar macam ni. Memang patut la klinik kau ni macam hidup segan, mati tak mau, ada doktor yang tak arif dengan ilmu customer service rupanya. Kesian....

Friday, November 8, 2013

Waktu Dalam Pantang, Tak Boleh Membaca?

Assalamualaikum wbt...

Wah, tiba-tiba pagi Jumaat ni rajin pulak nak update blog kan, hikhikhik.

Susah la nak update blog sekarang ni. Dekat office susah nak update sebab sekarang ni aku dah dapat boss baru, so tak tau lagi macam mana 'cara' dia. Takut dia tak 'suka' pulak orang yang asyik mengadap internet ni, huhuhu.

Dekat rumah lagi la tak sempat nak update blog, sebab laptop dekat rumah tu kepunyaan Amirul. Pantang orang lain usik, memang kena jerit dengan dia. Budak kecik tu memang kedekut. Macam mana la nak jadi abang ni, huhuhu. Nuar kata perangai kedekut tu datang dari aku. Haruslah kan.... Dalam hidup ni, untuk sesetengah perkara memang kita kena jadi kedekut. Contohnya, kita bersusah-payahla nak dapat sesuatu barang tu. Orang lain pulak senang-senang nak gunakan, lepas tu tak jaga dengan baik.

Ok, ok, tak payah nak menyimpang dari tajuk.... Maklumla dah lama tak update blog, rindu jugak nak membebel dekat sini, hehehe.

InsyaAllah, dalam masa lebih kurang 2 minggu, anak kedua kami akan lahir. Tak sabar sangat nak tunggu :)

Maksudnya lebih kurang dua minggu jugak, aku nak masuk musim berpantang, huhuhu. Wah, tak sanggup... Tapi nasib baik jugak Mak aku jenis yang tak strict sangat dengan pantang-pantang ni. Yang penting pada dia, jangan minum ais dengan air sejuk, mesti pakai stokin selalu, mesti pakai bengkung. Bab-bab makan ni, Mak aku memang jenis yang tak berkira sangat, selagi aku makan makanan yang berkhasiat.

Dia kata, makan je banyak-banyak sebab aku memerlukan tenaga untuk berjaga malam, kena tambahkan tenaga. Lagipun kalau tak cukup tenaga, nanti tak cukup susu pulak. Aku memang akan ikut cara Mak berpantang la, hehehe.

Baru-baru ni ada seorang kawan cakap, waktu berpantang tak elok membaca. Dia kata boleh merosakkan urat-urat mata. Wah, aku tak boleh kalau tak membaca ni, huhuhu. Hari-hari mesti mau membaca, paling kurang pun baca blog orang, hahaha. Baca bahan ilmiah tu memang sedikit malas la, hehehe.

Tapi betul ke masa pantang tak boleh membaca? Ni kali pertama aku dengar pasal benda ni, huhuhu.

Tapi aku kan degil, nak baca jugak. Lagipun aku memang dah rabun dah. Cuma malas nak pakai cermin mata ni, simpan je dalam bag, pakai bila perlu je. Live in denial la katakan, hehehe....

Ok la, bye...