nuffnang ad

Thursday, October 24, 2013

Kemaman, Aku Datang (Lagi dan lagi...)

Assalamualaikum wbt....

Lama betul tak update blog ni, ni semua gara-gara Family Farm, huhuhu. Mungkin patut uninstall je game ni...

Ni nak update cerita basi. Beberapa minggu lepas, kitorang pergi Kemaman lagi. Sebenarnya, Nuar ada meeting dekat area sana, tu yang dia ajak ikut sekali. Ajak mak mertua dengan kakak ipar dengan 5 ekor kucing sekali.

Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi Kemaman ni, sebab takut penat nak jalan jauh-jauh. Si budak-kecik-yang-dah-besar tu asyik nak berpangku je sepanjang perjalanan. Setiap kali dia bersandar dekat perut aku, aku boleh rasa budak kecik dekat dalam perut ni pulak yang menendang. Mesti dia cakap, 'pergi sana, sempit la'. Penat ok.

Tapi memikirkan nak jalan-jalan cari makan punya pasal, aku ikut jugak la, hehehe. Lagipun, mungkin lepas ni lambat lagi nak berjalan-jalan macam ni. Susah la nak berjalan jauh kalau ada baby ni.

Marilah kita mulakan dengan gambar makanan dulu...


Laksam ni layan la jugak, tapi kurang pedas.


Nasi dagang, langsung aku tak layan, hehehe.


Ni Nasi minyak, pun aku tak layan gak, hehehe.


Ha, ni la benda yang kami cari. Sata!!! Sedap giler ok. Kitorang beli 50 biji dan lebih kurang 80%, aku dengan Nuar yang bedal. Amirul pun makan lebih dari 5 biji. Tu pun tak cukup, siap mengamuk nak lagi.


Pais ni aku bedal sorang-sorang. Tapi susah sikit nak makan sebab banyak tulang.

Ada beli otak-otak jugak tapi tak sempat nak snap gambar, dah masuk dalam perut. Otak-otak dekat Kemaman ni lain sikit. Diaorang tak proses ikan tu, tapi diorang letak sekeping isi ikan dalam daun kelapa tu. Layan la jugak, tapi Sata tetap terbaik.


Satu lagi benda yang kitorang cari setiap kali pergi Kemaman, Nasi Kerabu Ayam/Daging Bakar. Memang terbaik la. Ni pun hari terakhir dekat Kemaman baru dapat rasa, hari lain mak cik tu tutup kedai.

Kitorang pergi makan Nasi Arab jugak dekat area Kuantan, tapi tak sempat ambik gambar gak sebab dah kebuluran. Nasi sampai je, terus makan. Sedap jugak Nasi Arab tu sebab dia tak berminyak sangat.

Dan untuk kesekian kalinya, kitorang pergi Cherating lagi.


Amirul sampai je, terus pegang pasir. Ha, main, main....

Budak ni dah tak takut dengan laut lagi. Yes, lepas ni boleh ajak Abah bawak kita pergi main-main kat laut selalu.

Dah terjatuh, tenggelam, kena pukul ombak bagai, masih lagi nak main air. Anak jantan kena berani ok, mana boleh takut-takut.







Ni namanya perancangan yang tak sempurna. Sibuk nak timbus-timbus orang, tapi tak pilih tempat yang sesuai. Belum habis timbus, air dah naik dah. Apa la....



Sampai nangis-nangis budak ni kena timbus, ni semua salah Abah dia.

Sekian sahaja cerita untuk kali ni. Jumpa lagi nanti, bila mood nak update blog datang hehehe.


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment