Dalam dunia ni memang kita jumpa dengan orang yang mempunyai macam-macam perangai. Ada orang yang kita nampak sangat pendiam, susah nak tarik perhatian dia untuk berbual dengan kita. Mungkin sebab dia memang pemalu, ataupun dia adalah orang yang 'menjaga mulutnya' iaitu tak suka nak menambah dosa. Sebab semakin banyak kita bercakap, MUNGKIN semakin banyak kita mendapat dosa mengumpat.
Tapi ada juga orang yang sangat peramah, senang sangat nak berbual dengan dia. Baru beberapa minit berkenalan, dah macam-macam cerita yang diceritakan. Tapi berhati-hatilah dengan orang yang sebegini. Mari kita namakan orang ini sebagai Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya.
Sebenarnya aku sendiri pun tergolong dalam golongan orang yang peramah ni, sangat senang nak dekati aku sebab aku sangat suka bercakap. Tapi aku akan cuba kawal (walaupun kadang-kadang gagal, hehehe) perkataan-perkataan yang keluar dari mulut aku.
OK, mari aku kenalkan dengan lebih lanjut tentang Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ini. Pada peringkat awal perkenalan, memang kita akan sangat suka dengan orang ini, lebih-lebih lagi kalau dia juga adalah orang yang pandai berjenaka. Selain itu, kita juga akan sangat suka dengan golongan ini, sebab sangat mudah untuk mendapatkan berita terkini a.k.a gosip dari mereka. Yelah, merekakan peramah, jadi mereka mempunyai ramai kenalan (bukan sahabat) yang boleh menjadi sumber gosip.
Korang perasan tak peranan Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni? Mereka akan pergi ke orang B, untuk bercerita mengenai orang A. Kemudian, akan pergi kepada orang C, untuk bercerita tentang orang B. Selepas itu, dia kan pergi ke orang D, orang E .... orang Z.... Kebiasaannya, orang sekeliling sedar akan perangai Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni, tapi mereka masih berhubungan baik dengan orang ini. Ada 2 sebab mengapa mereka masih berbaik dengan orang ni. Pertama, orang ini adalah sumber gosip. Kedua, malas nak cari gaduh dengan orang ini. Sedangkan berhubungan baik pun dia masih bercerita mengenai kita, inikan pula jika kita bermusuhan.
Berhati-hati dengan orang sebegini kerana sebagaimana dia membuat-muka-gembira sewaktu bercerita tentang orang lain kepada kita, ingatlah yang dia juga membuat-muka-gembira sewaktu menceritakan hal kita kepada orang lain.
Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni ada mempunyai sangat ramai kenalan. Pergi mana-mana ada sahaja orang yang dia akan tegur, tengok dekat Facebook pun, panjangnya friend list. Tapi walaupun ramai kenalan, adalah berkemungkinan besar yang dia sebenarnya hanya mempunyai sedikit sahabat ataupun mungkin langsung tidak mempunyai sahabat.
Ada juga orang peramah yang aku kenal tapi baik hati, bukannya semua jahat dan merbahaya, hehehe. Contohnya sewaktu aku mengandung dulu, aku ada juga bekenalan dengan beberapa orang kawan baru yang sangat baik hati untuk berkongsi petua dan pantang larang orang mengandung, pengalaman di dalam bilik bersalin.
Pesanan untuk Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni, kalau kau baca entry aku ni, silah ubah perangai kau tu. Ramai orang adalah tak suka dengan kau, tapi kami semua adalah malas nak bergaduh. Kau perasan tak, adakalanya bila kau bercakap, tak ada sesiapa pun yang nak sambung perbualan kau, kecuali beberapa orang 'sahabat' kau. Kami malas nak bergaduh sebab kalau kami menang bila bergaduh dengan kau, kami sebenarnya kalah :)
Peace...
No comments:
Post a Comment