nuffnang ad

Monday, April 23, 2012

October 2012

Beberapa hari yang lepas, aku dapat email dari ketua besar. Dia nak inform pada aku peluang yang bakal aku dapat bulan October ni nanti.

Ermm, lambat lagi nak bulan October, tapi aku akan tunggu dengan sabar. Yup, peluang macam ni bukan selalu boleh dapat. Tahun lepas, dah dapat peluang yang sama. Malangnya aku sedang mengandungkan Amirul, jadi terpaksa lepaskan perkara tu dengan berat hati.

Tahun lepas memang sedih, tapi sedih tu terubat juga dengan kehadiran Amirul :)

Harapnya aku dapat ambil peluang tu semula tahun ni dan Amirul pun dah satu tahun masa tu. Gembira tapi dalam masa yang sama berat hati juga...

Friday, April 13, 2012

Saya Sayang Mak dan Abah

Anak mana yang tak sayang mak bapak diorang kan? Aku percaya semua sayang mak bapak masing-masing. Tapi sayang seorang anak terhadap mak bapak tak akan terlawan dengan sayang mak bapak kepada anak-anak. Bila aku dah ada anak, baru aku faham perasaan tu. Setiap perkara yang kita lakukan, semua untuk kebaikan anak.

Sekarang ni dah hampir pukul 3 pagi. Aku masih berjaga lagi untuk siapkan kerja-kerja office yang masih tertangguh. Rasa lembab sangat buat kerja dari rumah ni, dah lah menggunakan 1 monitor saja. Tambah lembab lagi bila aku secara tiba-tiba berasa sedih dan sayu bila tengok muka mak dan abah yang tengah tidur ni.

Untuk pengetahuan, aku sekarang ni dalam cuti sakit sebab tulang kaki aku retak gara-gara terpelecok dekat office. Disebabkan tak larat untuk turun naik tangga, aku tidur dekat ruang tamu saja untuk sementara waktu. Mak dan abah aku dengan baik hatinya tidur di ruang tamu juga untuk temankan aku dan Mirul.

Korang pernah tak tatap wajah mak bapak korang betul-betul. Aku memang jarang berbuat macam tu. Sebab tu malam ni,bila aku tengok muka diorang yang tengah tidur ni, aku rasa sayu sangat. Baru aku sedar yang mak abah aku dah semakin tua, uban pun dah mula tumbuh di kepala abah, kedutan pun dah bertambah banyak. Dan aku percaya yang tenaga diorang pun dah tak sekuat dulu.

Tapi abah gagahkan diri juga untuk memandu lebih kurang 2 jam dari kampung ke Shah Alam semata-mata untuk temankan aku setiap kali Nuar pergi outstation. Mak dengan suka relanya kemaskan rumah, memasak, cuci baju Mirul, mandikan Mirul, pendek kata mak ambil alih semua tugas aku sepanjang aku sakit kaki ni.

Aku mula sedar yang mereka semakin tua sewaktu aku dekat hospital, masa kaki retak hari tu. Aku sepatutnya kena duduk ward untuk beberapa hari. Tapi abah beria-ia tak kasi aku duduk ward. Waktu tu dah pukul 2 pagi. Dia risau, kalau aku masuk ward, siapa yang akan hantar dia balik rumah memandangkan dia tak mahir sangat jalan dekat Shah Alam ni. Nuar pulak ada dekat Perak masa tu. Bila aku tengok muka abah yang risau, aku sedar yang abah memang dah semakin tua. Jadi aku cakap dekat doktor yang aku tak nak masuk ward, susah sebab aku ada anak yang breast feed.

Zaman remaja aku, aku tak ada bezanya dengan dengan remaja-remaja nakal (nakal saja, bukan jahat hehehe) yang lain. Bila aku dah semakin tua ni, baru aku terfikir, adakah dengan pencapaian aku sekarang membuatkan mak dan abah bangga? Adakah sikap aku yang semakin matang ni mampu membuatkan mak dan abah bahagia? Ada macam-macam persoalan lagi yang aku fikirkan.

Apakah cara yang paling sesuai untuk membalas jasa dan membuatkan mak dan abah bahagia? Dengan memberi duit belanja bulanan yang banyak? Jawapannya, tidak. Sebab diorang lagi suka aku simpan duit tu untuk kegunaan masa depan. Adakah dengan membawa mereka berjalan-jalan di shopping complex. Jawapannya, tidak. Mak kata dia dah tak heran dah, dah puas masuk shopping complex masa duduk Singapore dulu. Adakah dengan membawa mereka keluar makan makanan yang sedap-sedap? Jawapannya, ya dan tidak. Ya, untuk makanan melayu dan tidak untuk makanan Western.

Antara perkara yang membuatkan mereka gembira adalah apabila semua anak-anak berada di rumah dan makan bersama-sama. Selain tu, kehadiran Mirul membuatkan mereka gembira. Mak dengan abah sangat suka dengan budak-budak kecik. Cucu orang pun mereka sayang, cucu sendiri apatah lagi.

Oh, ada satu adegan sentap yang berlaku baru-baru ni, masa result SPM keluar.

Aku : Mirul, belajar rajin-rajin tau. Kawan-kawan Mommy ramai yang anak sebaya dengan Mirul. Mirul mesti dapat 10A tau, kalau tak Mommy terpaksa off handphone, takut orang telefon tanya result.

Mak : Entah Uwan dapat tengok ke tak Mirul dapat 10A. Entah Uwan ada lagi ke tidak.

Serius aku tak tahu nak buat muka macam mana masa tu, rasa sedih sangat. Kalau boleh, mestilah aku nak mak dan abah aku masih ada lagi masa tu. Walaupun sebesar dan sedewasa mana pun kita, kita tetap perlukan mak bapak. Walaupun sepandai mana pun kita sehingga ada Master, ada PHD, mak bapak juga yang kita cari, pada merekalah yang kita rujuk bila ada masalah.

Ok, dah tak boleh tulis lagi. Mata dan hidung dah banjir. Aku harap Allah akan beri aku masa, tenaga, wang untuk aku terus bahagiakan mak dan abah.

Amin...

Thursday, April 5, 2012

Orang Peramah Tapi Merbahaya

Dalam dunia ni memang kita jumpa dengan orang yang mempunyai macam-macam perangai. Ada orang yang kita nampak sangat pendiam, susah nak tarik perhatian dia untuk berbual dengan kita. Mungkin sebab dia memang pemalu, ataupun dia adalah orang yang 'menjaga mulutnya' iaitu tak suka nak menambah dosa. Sebab semakin banyak kita bercakap, MUNGKIN semakin banyak kita mendapat dosa mengumpat.

Tapi ada juga orang yang sangat peramah, senang sangat nak berbual dengan dia. Baru beberapa minit berkenalan, dah macam-macam cerita yang diceritakan. Tapi berhati-hatilah dengan orang yang sebegini. Mari kita namakan orang ini sebagai Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya.

Sebenarnya aku sendiri pun tergolong dalam golongan orang yang peramah ni, sangat senang nak dekati aku sebab aku sangat suka bercakap. Tapi aku akan cuba kawal (walaupun kadang-kadang gagal, hehehe) perkataan-perkataan yang keluar dari mulut aku.

OK, mari aku kenalkan dengan lebih lanjut tentang Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ini. Pada peringkat awal perkenalan, memang kita akan sangat suka dengan orang ini, lebih-lebih lagi kalau dia juga adalah orang yang pandai berjenaka. Selain itu, kita juga akan sangat suka dengan golongan ini, sebab sangat mudah untuk mendapatkan berita terkini a.k.a gosip dari mereka. Yelah, merekakan peramah, jadi mereka mempunyai ramai kenalan (bukan sahabat) yang boleh menjadi sumber gosip.

Korang perasan tak peranan Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni? Mereka akan pergi ke orang B, untuk bercerita mengenai orang A. Kemudian, akan pergi kepada orang C, untuk bercerita tentang orang B. Selepas itu, dia kan pergi ke orang D, orang E .... orang Z.... Kebiasaannya, orang sekeliling sedar akan perangai Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni, tapi mereka masih berhubungan baik dengan orang ini. Ada 2 sebab mengapa mereka masih berbaik dengan orang ni. Pertama, orang ini adalah sumber gosip. Kedua, malas nak cari gaduh dengan orang ini. Sedangkan berhubungan baik pun dia masih bercerita mengenai kita, inikan pula jika kita bermusuhan.

Berhati-hati dengan orang sebegini kerana sebagaimana dia membuat-muka-gembira sewaktu bercerita tentang orang lain kepada kita, ingatlah yang dia juga membuat-muka-gembira sewaktu menceritakan hal kita kepada orang lain.

Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni ada mempunyai sangat ramai kenalan. Pergi mana-mana ada sahaja orang yang dia akan tegur, tengok dekat Facebook pun, panjangnya friend list. Tapi walaupun ramai kenalan, adalah berkemungkinan besar yang dia sebenarnya hanya mempunyai sedikit sahabat ataupun mungkin langsung tidak mempunyai sahabat.

Ada juga orang peramah yang aku kenal tapi baik hati, bukannya semua jahat dan merbahaya, hehehe. Contohnya sewaktu aku mengandung dulu, aku ada juga bekenalan dengan beberapa orang kawan baru yang sangat baik hati untuk berkongsi petua dan pantang larang orang mengandung, pengalaman di dalam bilik bersalin.

Pesanan untuk Orang-Peramah-Tapi-Merbahaya ni, kalau kau baca entry aku ni, silah ubah perangai kau tu. Ramai orang adalah tak suka dengan kau, tapi kami semua adalah malas nak bergaduh. Kau perasan tak, adakalanya bila kau bercakap, tak ada sesiapa pun yang nak sambung perbualan kau, kecuali beberapa orang 'sahabat' kau. Kami malas nak bergaduh sebab kalau kami menang bila bergaduh dengan kau, kami sebenarnya kalah :)

Peace...