nuffnang ad

Wednesday, February 15, 2012

Sending My-Other-Half Off to Taiwan

Hehehe, hantar sampai airport saja. Bukannya tak boleh nak ambil teksi untuk pergi airport, tapi apa salahnya aku manja-manjakan Nuar, hantar dia sampai airport. Sebab dalam sesuatu perhubungan tu kena ada hubungan dua hala, kena ada tolak ansur. Kalau kita teringin nak dimanjakan, kita pun kena manjakan orang lain :)


Sebenarnya Nuar nak habiskan lebih banyak masa dengan si kecik ni sebelum dia bertolak, itu yang dia minta aku hantar sampai airport. Si kecik ni memang gembiralah dapat berjalan-jalan.


Susahnya nak ambil gambar budak ni. Susah sangat nak ambil gambar dia yang pandang kamera sebab setiap kali orang lalu, mesti dia nak menoleh.

Abah, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa belikan mainan dan baju untuk Mirul. Belikan sesuatu untuk Mommy juga, walaupun Mommy kata tak payah beli apa-apa. Mommy tu malu-malu kucing, tapi mahu hahaha. Abah, janganlah memilih makanan sangat sewaktu kat sana. Cuba ikut perangai Mommy yang boleh telan anything and everything.

Enjoy your trip!!!! Muah Muah from Mirul & Mommy.

Airport adalah sinonim dengan coklat, haruslah habiskan duit di situ hehehe. Oh, coklat ni sangat best. Kali pertama makan waktu Nadia belikan dari Australia 3-4 tahun lepas. Silalah cuba. Tak payah nak pergi jauh-jauh sampai airport untuk dapatkan coklat ni, dekat Jaya Grocer pun ada jual.

No comments:

Post a Comment