nuffnang ad

Thursday, February 10, 2011

Jenis Pencuri Yang Kita Tak Sedar

Selalunya bila dengar pasal 'mencuri', benda yang selalu terlintas di fikiran adalah mencuri duit atau barang-barang kepunyaan orang lain. Tapi tahu tak korang yang menipu masa juga boleh di kelaskan sebagai mencuri.

Menipu masa.... contohnya korang berjanji dengan orang lain pukul 1 petang. Orang tu dengan setianya tunggu korang sampai korang muncul kat tempat tu. Dan korang hanya muncul pada pukul 3 petang tanpa perasaan bersalah. Jadi, kat sini korang dah jadi pencuri masa selama 2 jam dan aku yakin memang berdosa la perbuatan korang ni. Dah lah membazirkan masa orang lain, lepas tu menipu pula, janji pukul 1 tapi datang pukul 3. Ish, hangin betul!!! Teringat zaman muda-muda dulu. Ada seorang kawan aku yang memang tak menepati masa. Kalau berjanji, memang akan sampai 2 jam selepas waktu yang dijanjikan. Jadi aku dan kawan-kawan berpakat. Sebenarnya kita janji nak jumpa pukul 11 pagi, tapi dengan budak tu, kita akan cakap pukul 9 pagi. Yang peliknya, walau dah cakap macam tu, dia tetap sampai lambat dari kitorang. Tak pasti sekarang ni perangai dia dah berubah atau belum.

Lagi satu, jenis orang yang datang lambat kat pejabat tapi balik memang tepat waktunya. Contoh, sepatutnya korang kena masuk pejabat pukul 8 pagi, tapi tanpa rasa bersalah korang datang pukul 9.30 pagi, jalan berlenggang-lenggang siap senyum-senyum lagi. Bila jam menunjukkan pukul 5 petang aje, korang dah siap kemas barang dah, nak balik awal la katakan. Korang sedar tak korang kerja 6 jam setengah aje, patutnya kena kerja 8 jam tak termasuk waktu makan tengahari. Jangan bagi alasan yang korang boleh balik awal sebab korang tak ambil masa makan tengahari. Itu alasan yang tak masuk akal ok. Sebabnya sebagai manusia, kita memang memerlukan masa untuk berehat. Dan kalau aku tak silap, menurut akta pekerja setiap 8 jam kita bekerja, mesti ambil 1 jam waktu rehat. Jangan terlalu berkira dengan majikan korang, sebab bila majikan dah berkira dengan pekerja, korang jugak yang sakit hati. Jangan sebab perangai korang seorang, keistimewaan yang majikan bagi akan di tarik semula. Kesianlah pada orang lain sikit. Dan aku tak pasti pula jika sebahagian duit gaji yang korang dapat tu haram atau halal, memandangkan korang kerja tak cukup waktu kan.

Lu, pikir la sendiri....

* Dah tak boleh fikir jenis-jenis pencuri masa yang lain, perut dah lapar sangat ni.

1 comment:

  1. ader lagi jenis pencurik..seseorang yang sgt tamapn mengakibatkan tumpuan seseorang dicurik,hehe...

    ReplyDelete