Tapi untuk langkah-langkah keselamatan, eloklah kalau korang semua copy & paste semua gambar-gambar yang korang nak. Kalau berita ni tak benar, tak rugi pun. Sekurang-kurangnya korang dah tak menyesal bila kawan-kawan yang selalu 'tag' gambar korang tiba-tiba tutup akaun muka buku diorang.
Kalau berita ni betul pun aku tak sedih sangat, sebab aku dah agak-agak bosan dengan muka buku ni. Ops bukan bosan dengan muka buku, tapi bosan dengan pengguna-penguna muka buku ni.
Sebab yang pertama, muka buku ni dijadikan tempat untuk menunjuk-nunjuk segala benda yang diorang baru beli. Hello,ni bukan tempat nak menunjuklah. Kalau setakat shopping kasut Vincci 3 pasang, tak payah nak menunjuk. Kalau setakat beli baju sehelai dekat MNG pun tak payah nak tunjuk. Simpan ajelah untuk diri sendiri, takde siapa nak cemburu pun.
Sebab kedua, muka buku ni dijadikan tempat untuk 'berkomunikasi' antara suami-isteri, antara teman wanita - teman lelaki. Okey, aku pun ada jugaklah berkomunikasi dengan Encik-Cinta-Hatiku dekat muka buku ni, tapi tidak pula sampai buat ayat macam ni....
'Abang, Ayang mintak maaf yer. Ayang rindu Abang sangat-sangat. Ayang mintak maaf, Ayang tak berniat nak buat macam tu dekat Abang. Abang maafkan Ayang yer. Muah-muah!!!'
Ok, korang bacalah berita ni sendiri.Ayat-ayat macam tu, korang hantar guna SMS ajelah, tak payah nak hantar menggunakan muka buku. Geli-geleman aku baca. Tak pasal-pasal satu dunia tau yang korang bergaduh laki bini.
Sebab ketiga, aku paling tak suka bila mereka-mereka ni 'tag'kan aku dengan gambar yang langsung takde kena-mengena dengan aku. Ish,mencis tau!!!!
Oklah, muka buku, kalau tak tutup pun, tutuplah. Dah lebih tiga tahun aku gunakan muka buku ni. Macam-macam orang yang aku jumpa, jumpa orang yang aku memang nak cari dan jumpa juga dengan orang yang aku cuba hindarkan :(

http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/
No comments:
Post a Comment