nuffnang ad

Friday, June 25, 2010

Visiting Cik Rabbit

Hari tu, lepas balik dari pasar, kitorang gatal-gatal pergi taman arnab. Ni second time kitorang pergi sana. Last year dah pergi, tapi time tu tak bawa camera. Ambil gambar guna handphone je, Tapi tak boleh nak upload dekat sini sebab time tu tak pakai tudung lagi, nanti kena marah dengan Encik Mucuk pulak :)


Saturday, June 12, 2010

MLM

Tak tau kenapa bila bangun tadi tido pagi ni, aku nak Google pasal MLM. Tak ingat dah aku mimpi apa malam tadi, pasal MLM ke?

Aku pernah terkena dengan MLM ni, tapi nasib baik tak sampai tertipu dan rugi duit. Kalau tak silap kejadian ni berlaku 2 tahun yang lepas. Aku ingat lagi, masa tu bulan puasa. Classmate masa dekat UITM yang memang dah lama tak contact each other telefon nak ajak buka puasa sama-sama. Time tu dah start rasa pelik, tapi aku cuba berfikiran positif dan anggap dia just nak jumpa sebab memang lama dah tak jumpa.

Dia bawa aku ke Sunway Pyramid, dan aku nampak macam ada seminar yang sedang berlangsung. Aku tak nak masuk pada awalnya memandangkan masa tu aku pakai jeans dengan t-shirt aje. Selepas diyakinkan oleh kawan aku tu, aku masuk jugak.

Rupanya ada talk pasal MLM. Tapi masa aku sampai tu talk tu dah nak habis, so tak sempat nak dengar. Kawan aku ajak datang next time, supaya aku boleh dengar la pasal business ni. Mereka ni tak panggil benda ni MLM, tapi business or franchise.

Sebab aku dah janji dengan kawan aku tu, aku datang jugak la untuk next session, lagipun aku nak tau jugak pasal benda ni. Kawan aku ni bawa aku ke office MLM ni. Office dia memang cantik dan nampak mewah dan aku tau mereka bayar sewa yang mahal sebab aku pernah kerja dekat bangunan tu jugak.

Dia bawa aku tour 1 office, siap tour dekat parking lot lagi sebab nak tunjukkan yang diorang ni mampu pakai kereta mewah lepas joined business ni. Tapi aku tak pasti siapa tuan punya kereta tu dan masa tu kawan aku pakai kereta kecik aje. Sebelum aku decide untuk datang ke tempat tu, aku memang dah set dalam kepala aku ni yang aku hanya nak dengar dan tak akan join.

So aku pun masuk la dalam dewan tu, dan dItalicengar talk dari presenter yang dijemput. Presenter dia sangat la bersemangat dan dia akan pastikan yang penonton ni bersemangat jugak, so dia suruh penonton tepuk tangan dan bersorak. Tapi aku memang tak buat sebab tak nak terpengaruh.

Lepas keluar dari dewan tu, kawan aku bawa aku ke satu meja bulat dan ada 3 orang sedang menunggu. Dekat meja tu, diorang terangkan pulak personally pasal business ni. Dan aku bersyukur dengan kelebihan aku untuk tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu yang tak pasti. Walaupun ada 3 orang yang cuba nak brain wash aku time tu, tapi aku memang tak berminat langsung. Mereka dengan bangga mengaku sanggup tinggalkan kerja sebagai manager di public listed company (company yang diorang maksudkan memang besar). Time diorang cakap pasal sanggup resign tu, aku terus analyse jam dan baju yang diorang, cara pemakaian mekap diorang dan hasil dari analisis aku tu, langung tak melambangkan yang mereka ni adalah seorang manager di syarikat besar. Nampak sangat menipu kalau jam yang dipakai seakan-akan jam yang dijual dekat Petaling Street, baju pun nampak murah (aku sangat hebat untuk menilai harga baju yang orang pakai walaupun tak nampak brand).

Even mereka tak pandai nak convince aku pun walaupun mereka bertiga, lagi 1 point yang aku nampak yang mereka memang la bukan manager. At last salah seorang dari mereka ni marah sangat dengan aku sebab kata fikiran aku tertutup dan tak nak maju. Yer, fikiran aku memang tertutup. Tertutup untuk perkara yang aku tak pasti.

Menurut mereka ni, ramai artis yang masuk, kenapa aku tak nak masuk sama? Kenapa aku harus mengikut apa yang artis buat? Adakah golongan artis ni sebegitu tinggi darjatnya sehingga apa yang mereka buat harus diikuti oleh peminat? Lain lah, kalau ramai menteri atau golongan cerdik pandai yang join, mungkin aku boleh pertimbangkan.

Italic
Aku tak pasti samada business mereka ni tipu ataupun tidak dan aku tak nak mengulas tentang business ni lagi. Yang aku pasti, business ni memang tak sesuai dengan jiwa aku.

Yang aku pasti seorang dari teman bekas office aku joined MLM ni dan cuba mempengaruhi aku jugak. Teman aku ni sampai sanggup buat pinjaman bank RM40k sebab nak melabur dalam business ni. Sampai satu tahap, dia pernah tak cukup duit untuk makan tengahari. Aku tak pasti apa yang dia buat dengan duit gajinya. Yang aku tahu, hampir setiap malam, dia ada aktiviti dengan geng-geng MLM dia tu (confirm la kena keluar duit untuk minyak kereta, makan, untuk aktiviti tu lagi).

Sampai sekarang aku tak pasti apa yang dah jadi dengan kedua-dua kawan aku tu, adakah sudah kaya seperti yang diwar-warkan oleh mereka sebelum ni?

Hasil carian aku dari Google, banyak yang menyatakan MLM tu penipu. Dan artis yang dimaksudkan sebelum ni pun mengaku tertipu sama. Apa yang dah jadi dengan pinjaman bank kawan-kawan aku tu? Kan lebih baik kalau korang buat pinjaman bank untuk beli rumah ke, sambung belajar ke. At least tak la sia-sia kan.

p/s - bersyukur kepada Allah sebab tak mudah terpengaruh. Sebelum buat keputusan kaji dan bertanya kepada mereka yang lebih arif.

Pikat Hati Suami

Hari ni, genap 3 bulan kitorang kahwin... Macam tak percaya, pejam-celik, pejam-celik... Rupa-rupanya dah 3 bulan...

Bagi sesetengah orang, 3 bulan tu macam sekejap aje. Tapi bagi sesetengah yang lain pula, 3 bulan tu seakan berkurun lamanya. Semuanya bergantung kepada cara kita melihat sesuatu perkara itu. Macam aku sendiri, 3 bulan tu rasa memang singkat sangat kalau aku ambil kira dari sudut nak mengenali hati budi Encik Mucuk, perangai pelik-pelik dia (banyak jugak perangai pelik pak cik ni huhuhu).

Tapi dari sudut yang lain pula, aku rasa 3 bulan tu memang satu jangka masa yang panjang. Yang aku maksudkan ialah soal masak-memasak. Aku dah buntu nak masak apa lagi untuk Encik Mucuk. Aku rasa macam dah habis semua jenis masakan yang aku tahu, aku dah masak untuk dia (nampak sangat tak pandai nak pelbagaikan masakan, kantoi).

Jadi untuk menyelesaikan masalah aku yang maha berat ni, aku pun belilah beberapa buah buku masakan. Tapi buku yang nipis2 aje

Kata orang tua-tua, kalau nak pikat hati suami, pikatlah tang perutnya. Memang aku akui yang aku tak berapa pandai dalam bab masak-memasak ni. Hanya tahu perkara-perkara asas aje. Tapi bila family Encik Mucuk datang, Encik Mucuk tanpa segan silu suruh aku memasak, so consider sedap la masakan aku kan.

Buku resepi dah ada, cuma masa nak memasak tu aje yang tak ada. Weekdays memang balik lambat, biasanya masak yang simple aje.Weekend aje la boleh nak memasak pun.

P/S- happy bila tengok Encik Mucuk tambah nasi 2 kali, mesti aku senyum sampai telinga ;)

Thursday, June 10, 2010

Ku Ada Kamu

Adira - Ku Ada Kamu Lirik

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu



Encik Mucuk suka sangat lagu ni. Tapi Encik Mucuk tak pandang pada lirik, dia lebih suka dengar melodi dari menghayati lirik. Aku pula jenis yang menghayati lirik. Aku suka lirik lagu ni, kredit kepada penulis lirik, Edry KRU.

Aku memang malas nak muat naik video untuk lagu ni. Kononnya suka mengkayati lirik kan, oleh itu copy and paste aja lirik tu. Selain tu, aku memang cukup malas nak tunggu lama-lama hanya untuk memuat naik 1 video.

Kepada Encik Mucuk (aku sangat pasti Encik Mucuk akan baca entry ni) selagi KU ADA KAMU, aku pasti mampu menghadapi segala cabaran. Selagi KU ADA KAMU, akulah perempuan paling bahagia dalam dunia ni. Selagi KU ADA KAMU, aku tak perlu wang berjuta, rumah sebesar alam, cukuplah yang sedang-sedang saja.

Sekarang ni Encik Mucuk outstation seminggu. Setiap hari aku countdown, lagi berapa jam Encik Mucuk nak balik rumah (sangat pathetic kan aku ni).

p/s (i) - Mucuk cepat la balik dari outstation, rumah ni terasa sunyi sangat tanpa awak.

p/s (ii) - Rindu nak membebel dekat awak, sambil tengok muka awak yang tensen sebab kene bebel ;)

p/s (iii) - Min jealous tengok orang lain berdua, Min sendiri aje ;(

p/s (iv) - sila abaikan entry ni, hanya untuk kegunaan rumah tangga kami sahaja.

Saturday, June 5, 2010

Excuse Me!!!

Suatu masa dulu, aku rasa perkataan ni menunjukkan kesopanan pada pengucapnya. Bila si pengucapnya ingin meminta laluan di kawasan yang sempit, pastinya inilah perkataan yang akan diucap. Atau jika seseorang bersin, pasti inilah juga perkataan yang diucap (orang Islam pun dah ramai yang cakap 'excuse me', dan bukannya 'Alhamdulillah').

Tapi kini segalanya telah berubah. Pada pandangan mata kasar aku (aku tak berapa pasti dengan pandangan orang lain), orang yang mengucapkan 'excuse me' ni sangat arrogant, lebih-lebih lagi jika ianya diucapkan dengan air muka yang bongkak.

Situasi sebegini selalunya terjadi di dalam LRT atau di escalator. Contohnya jika ada seseorang menghalang laluan di pintu LRT, pasti perkataan ini kan di sebut dengan kuat beserta dengan nada yang amat menjengkelkan. Di escalator pula, situasi ini akan berlaku sekiranya ada seseorang yang berdiri di sebelah kanan escalator. Kesian aku tengok pakcik-pakcik, makcik-makcik dan juga pendatang-pendatang asing (yang tak berapa kaya atau dalam erti kata lain, yang tak berapa pandai nak membaca atau yang lebih senang difahami, bangla-bangla), kena tengking sedemikian rupa di khalayak ramai.

Di zaman yang serba pantas ini, masa sememangnya berharga. Segalanya perlu pantas, oleh itu jika ada yang menghalang perjalanan, pastinya akan menerima habuan 'excuse me'. Lebih-lebih lagi jika sudah terlewat ke office. Tapi janganlah sampai hilang adab kesopanan orang timur.


Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tumpang lalu' berbanding 'excuse me' untuk diucapkan kepada sesama Melayu. 'Excuse me' akan diucapkan untuk bangsa lain dan diikuti dengan segaris senyuman.

Thursday, June 3, 2010

Hit Counter

Yeah, akhirnya berjaya...

Semalam aku berjaya letak hit counter dalam blog aku ni. Ingatkan tak ada orang baca blog aku ni, rupanya ada. Time tu aku gatal-gatal google blog aku ni, hasilnya aku jumpa orang yang ceritakan pasal blog aku ni. Walaupun tak ramai, ada la jugak yang baca (berangan aja). Aku ingatkan hanya Encik Mucuk seorang yang baca.

Masa mula-mula nak letak hit counter ni punyalah susah, memang banyak sangat try and error tapi hasilnya masih tak memuaskan hati. Bila dah tak tahan sangat, aku pun tanya dekat bos aku memandangkan dekat blog dia pun ada hit counter ni. Sungguh memalukan yer bila seorang yang jauh lebih muda bertanya kepada orang yang lebih tua tentang teknologi. tapi abaikan saja tentang isu itu, kata orang 'malu bertanya, sesat jalan'.

Ada banyak website yang tawarkan hit counter ni. Macam-macam analisis yang mereka tawarkan, sehingga kita boleh tahu siapa yang pernah mengunjungi blog kita. Tapi aku tak sebegitu pyscho untuk tahu semua tu, aku hanya nak tahu jumlah sahaja. Memadailah dengan hit counter yang simple aja.