nuffnang ad

Monday, March 23, 2015

Ouchhh, Smacked-down!!!

Assalamualaikum wbt...

Baru je lepas kena smacked-down dengan Amirul, perut terasa sedikit senak huhuhu. Minta-minta takde apa yang terjadi.

Amirul pun tak sengaja, dah selalu sangat bergusti dengan abah dia. Bila abah takde, emak dia la jadi mangsa gusti kan huhuhu.

Adik kena kuat ok, ada ramai abang, memang macam ni la gayanya :)

Saturday, March 7, 2015

Khalish Aid - KPJ Selangor - March 2015

Assalamualaikum wbt...


Khalish masuk hopsital sebab demam dan batuk. Asalnya, lebih kepada batuklah. Dekat KPJ sekarang ni ramai betul yang budak-budak yang batuk dan demam. Semua orang sibuklah ambil neb dengan buat fisio, huhuhu.

Asalnya, cergas aje si Khalish ni. Nak main je, tak nak duduk bilik diam-diam. Aku rasa macam penat sangat nak layan dia. Sebab dia asyik nak main dekat lantai, memang tak dapat la kan. Kalau lantai rumah ok lagi, ni lantai hospital kot, huhuhu.

Amirul yang sibuk nak jadi pesakit.

Neb setiap 2 jam, adakalanya dia pun redha je. Sambil tidur pun boleh neb. Tapi kebanyakkannya memang kena bergusti dengan dia untuk neb, huhuhu. Tak sampai hati sebenarnya paksa dia, tapi keadaan memaksa huhuhu.

Hari kedua tu, batuk dia dah kurang sebenarnya. Doktor dah bercadang nak bagi kitorang balik hari ketiga, harini la patutnya. Aku memang target hari ketiga dah boleh balik.

Rupanya itu semua adalah harapan palsu semata-mata. Malam tadi 2 kali Khalish demam. Walaupun ambil ubat demam, masih demam jugak si kenit ni, suhu 40•c pulak tu.

Pagi tadi bila doktor datang je, benda pertama yang doktor cakap,'this is not good'. Ambik darah lagi, buat blood test lagi. Tapi result semua negative.

Anak beranak picnic dalam hospital. Tak berniat pun nak kasi Khalish makan junk food sebenarnya. Tapi dia tak ada selera makan. Ni suruh Amirul makan depan dia, konon macam sedap sangat la benda tu, biar dia pun nak makan sekali. Berkesan sikit je taktik tu, lepas beberapa keping, dia tak nak makan jugak huhuhu.

Harini memang lembik aje si kecik tu. Makan tak nak, susu tak nak, senyum tak nak. Asyik nak tidur je. Terus aku rasa lagi rela dia aktif macam semalam daripada lembik macam arini. Terus rasa menyesal sebab rasa penat layan dia semalam huhuhu.

Adakalanya aku rasa sebab dia duduk hospital ni la, dia jadi lembik je. Sebab duduk dekat hopsital ni bukan dia boleh melasak pun, duduk je diam-diam dekat katil. Lepas tu dekat hospital kan dikelilingi orang sakit, banyak virus.

So harini, dia kena start antibiotic yang lebih kuat untuk 5 hari. Antibiotics yang jenis makan tak jalan, nak kena ambik yang masuk saluran darah terus huhuhu. Maknanya, kena stay sini lagi 5 hari. Saya  adalah risau, closing tak habis lagi huhuhu. Ini yang menyebabkan keinginan  untuk resign semakin tinggi ni huhuhu.

Wednesday, March 4, 2015

Sharing 04032015

Assalamualaikum wbt...

Cerita yang aku dpt dari group whatsapps........

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH 
SAYA pernah ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."