nuffnang ad

Thursday, August 29, 2013

Hidup Ni Penuh Dengan Dugaan

Assalamualaikum wbt...

Hmmm, tak tau sebenarnya macam mana nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Rasanya sepanjang hidup aku yang dah nak masuk 30 tahun ni, inilah dugaan terbesar yang pernah terjadi.

Benda ni pun aku tak kongsi dengan ramai orang lagi, even keluarga pun tak semua yang tahu. Malas nak susahkan hati orang lain.

Apa yang boleh aku kongsi dekat sini adalah, baby yang dalam perut ni sakit :(

Tapi biarlah aku rahsiakan dulu sakit apa sakitnya. Aku masih berharap yang baby ni akan sihat macam baby lain bila lahir nanti. Aku dah tanya doktor, dia kata kemungkinan untuk sihat tu masih ada. Aku dah google juga, memang ada kemungkinan untuk sihat bila lahir nanti. Apa-apa pun kena tunggu baby ni lahir dulu.

Yang buat aku susah hati sekarang ni, aku tak boleh nak melahirkan dekat hospital yang aku pergi check-up sekarang ni sebab diorang tak ada pakar untuk kes ni. Diorang cadangkan untuk pergi hospital kerajaan sebab dekat situ ada pakar dan tak melibatkan kos yang tinggi. Aku dah google, kos perubatan melebihi 50 ribu.

Aku dah pergi hospital kerajaan, tapi terlalu ramai orang mengandung dekat sana. Paling cepat aku boleh chek-up pun pertengahan bulan September, tu pun bukan check dengan doktor. Kena buat appoinment lain untuk jumpa doktor. Memang lambat lagilah baru dapat jumpa doktor.

Sebagai mak bapak yang risau, aku dengan Nuar decide untuk pergi hospital swasta je. Kes ni memerlukan 3 orang pakar. Semalam dah jumpa seorang pakar, dan dia bersetuju nak ambil kes ni. Esok nak jumpa gynae pulak. Hari isnin nak jumpa lagi seorang pakar. Minta-minta semuanya berjalan lancar.

Lagi satu yang merisaukan aku sekarang ni adalah penerimaan orang. Ada sesetengah orang yang tak berfikir panjang, akan salahkan perempuan yang mengandung tu sebagai penyebab anak tu sakit. Mesti ada mulut-mulut yang kata, 'oh, waktu mengandung tak jaga pemakanan, sebab tu anak sakit'.

Aduhai, mak manalah yang nak anak dia sakit.

Aku dah tanya, 2 orang doktor. Dua-dua doktor cakap tak ada specific punca yang menyebabkan sakit ni terjadi. Benda ni berlaku sewaktu janin tu terbentuk.

Kepada yang sesiapa yang membaca entri ni, aku minta jasa baik korang untuk doakan kesihatan baby aku ni. Semoga dia akan sihat seperti baby yang lain. Tak sanggup rasanya nak bayangkan baby sekecik tu kena cucuk dengan jarum, kena makan ubat yang banyak :(

Monday, August 26, 2013

Semua Benda Pun Lupa

Assalamualaikum wbt...

Aduhai, memang dah tua dah aku ni. Boleh tak harini aku pergi office tapi tak bawa laptop. Kalau setakat laptop tu tertinggal kat rumah Shah Alam, ada ampun la juga, pergi je la patah balik. Tapi laptop tinggal kat Pilah ok!!!

Selalunya memang aku longgokkan semua barang satu tempat supaya tak tertinggal. Tapi sebab nak pergi kenduri haritu, aku sorokkan lah laptop tu kat celah sofa, tak nak la expose kan sangat laptop tu.

Bila nak balik semalam, angkut je barang yang selonggok tu. Tak ingat langsug pun pasal laptop yang dekat celah sofa tu.

Nak pergi office pagi ni, baru teringat, huhuhu. Nasib baiklah jugak Adik Ai nak datang Shah Alam harini, boleh kirim dekat dia.

Pergi office, minta dekat orang IT kalau ada extra laptop. Diorang kata tak ada laptop yang dah setup, lagipun hari ni diorang busy nak setup laptop untuk new hire, huhuhu.

Team leader aku ni suruh aku balik rumah je, sebab takde benda yang aku boleh buat tanpa laptop, lagipun harini tak ada benda urgent.

Tapi macam segan la pulak nak balik, takut nanti dia ingat aku sengaja nak curi tulang. Jadi aku cakap aku akan tunggu sampai lunch time, kot-kot orang IT ni boleh setup kan laptop untuk aku.

Nasib baik pukul 11 lebih ada laptop yang dah setup untuk aku. Tapi disebabkan hari ni adalah tak busy, makanya end up dengan blogwalking dan menulis entri ni, hikhikhik.

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu raya, barulah sibuk nak update entri raya, dah basi dah pun, huhuhu.

Raya tahun ni sama jugak macam raya yang sebelum-sebelum ni.

Macam biasa, sehari sebelum raya lepak dekat rumah Mak aku sebab kena tolong dia masak-masak. Emak aku sedikit hangin hari tu sebab anak-anak dia pukul 9 baru bangun tidur, hehehe. Pukul 10 lebih baru nak start masukkan daun pisang dalam buluh lemang, baru nak perah kelapa semua. Tengahari baru boleh jerang lemang tu.

Akibatnya Abah aku tak larat dah nak jaga api lemang sebab dah panas. Lemang tu pun tak sempat nak hentak banyak kali. Hasilnya lemang tahun ni memang tak padat sangat, aku makan 6 potong pun tak rasa kenyang jugak, huhuhu.

Emak aku dah bagi amaran, tahun depan pagi-pagi mesti dah start buat lemang. Selalu memang kitorang start awal, tapi tahun ni macam lemau je semua orang, hehehe.

Budak kecik ni macam biasalah, mesti nak mengacau punya. Jadi nak alihkan perhatian dia, Atuk dia kasi main air. Terus senyap, leka main air. Dah tu susah pulak nak berhenti. Habislah Atuk, tinggilah bil air bulan ni, huhuhu.




Dah macam rupa apa entah anak aku ni, huhuhu

Tahun ni giliran beraya kat rumah mertua, ala yang sekangkang kera je dari rumah Mak aku tu, hehehe.

Lepas dah habis aktiviti memasak kat rumah Mak aku, terus gerak balik rumah mertua pulak, nak tolong diorang masak pulak. Tapi bila aku sampai diorang dah siap masak rendang dengan sup gear-box. Tinggalnya nak buat kuah kacang je lagi, tu pun tinggal nak jerang je lagi. Bolehlah goyang kaki,hehehe.

Yang seterusnya ni, memang penuh dengan gambar je, malas dah nak taip cerita panjang-panjang. Aktiviti utama, adalah makan-makan. Tapi gambar makanan takde, sebab segan nak snap, huhuhu.


Mula-mula sekali, silalah tatap wajah Mak di pagi raya. Dah laki aku sibuk nak ambik gambar, aku tadah je la muka ni, bukan susah pun.


Baju raya Mak Buyung tahun ni, dapat menyorokkan perut dengan jayanya. Orang tak perasan pun perut aku. Boleh makan banyak-banyak jugak, sebab ada banyak space, hehehe.

Sila abaikan tudung yang agak tak sepadan dengan baju tu. Mak tak sempat nak cari tudung raya, pakai je apa yang ada.

Entah kenapa susah sangat nak dapatkan selendang yang sesuai sekarang ni. Kalau dah jumpa corak yang berkenan, bidang dia pulak kecik. Geram betul. Rasa macam nak jahit selendang sendiri je.


Keluarga kecik kami. InsyaAllah, gambar raya tahun depan akan bertambah seorang lagi, tak sabar ni, hehehe.

Susah jugaklah nak tangkap gambar budak kecik ni. Inilah antara gambar terbaik yang kitorang dapat tangkap, walaupun tak baik mana pun, huhuhu.


Lepas tu, ramai pulak lah yang sibuk nak jadi 'anak' kitorang. Layankan je la...

Cuba bayangkan aku ada ramai anak camni. Ada 4 lelaki, 1 je perempuan. Mesti aku jadi tarzan, menjerit je la kerja aku. Baru ada seorang anak pun, aku dah start jadi tarzan dah, huhuhu.


Tengok, yang perempuan tu dah jadi mangsa gusti dah.


Inilah mak mertua saya di samping anak lelaki bongsunya.


Mood Amirul adalah sangat tak baik sepanjang raya ni, memang merengek dengan mengamuk je, sampaikan Mak dia pun rasa macam nak join mengamuk sekali.

Amirul, esok dah besar nanti mesti Amirul malu tengok gambar ni. Padan muka, siapa suruh menangis, hahaha.


Sebenarnya beberapa hari sebelum raya haritu, budak kecik ni demam. Dia ni dah la kalau demam ambik masa seminggu baru nak ok. Makanya, mengamuk je la kerja dia.


Mak Amirul memang suka ambik gambar awak masa awak menangis, supaya kita boleh gelakkan beramai-ramai bila awak dah besar nanti. Indahnya dunia...


Tak habis lagi mengamuk ni, ish memang geram betul.


Orang main bola, dia pun sibuk nak main bola. Tapi tak nak share, apa kes?


Masamnya muka anak aku...


Tak tau dah nak tulis apa, tapi nak upload jugak gambar ni.


Masa ni dah beraya dekat rumah orang lain dah, tapi mood Amirul masih ke laut. Aduhai anak aku...


...sehinggalah dia jumpa motor ni. Masa ni baru mood dia ok sikit.


Silalah buat motor ni macam harta benda sendiri, huhuhu.


Tambah lagi seorang penumpang.


Ooooo aku suka gambar ni, tak tau la apa yang mereka sedang fikirkan.


Mak pun tak nak ketinggalan. Wuaaa, kegemukan adalah sangat ketara di sini, huhuhu.


Mak adalah suka menggomal budak kecik ni, bagi dia meronta-ronta sikit. Tapi sekarang ni dia dah pandai balas dendam, huhuhu.


Yeay, dapat banyak duit raya...


Dapat duit raya je, terus bagi kat Mak dia. Kecik lagikan, lagi 5 tahun jangan harap dia nak bagi terus kat aku.


Budak ni pandai kira duit raya dah.

Banyak la pulak gambar, nak muntah dah tulis benda ni.


Amirul sedang belajar cara-cara untuk bergusti. Abah dia jadi pengadil, bukannya nak tolong leraikan. Sabar je la...


Dah la, memang betul-betul nak muntah dah ni. Sekian saja gambar raya untuk tahun ni, tak larat dah nak upload lagi.




Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua...

Esok dah nak mula kerja balik, mood adalah malas, huhuhu...
posted from Bloggeroid

Monday, August 5, 2013

Yeay, 24 Jam Tanpa Puting

Yeay, dah lebih dari 24 jam dah sebenarnya. Tapi belum betul-betul berjaya lagi, dia masih ingat lagi puting dia tu.

Kadang-kadang dia merengek-rengek jugak nak puting dia tu, tapi kitorang cakap kat dia....

"Kan Amirul dah buang puting dalam tong sampah, puting dah pecah, dah tak ada puting lagi"

Kadang-kadang dia paham, kadang-kadang sengaja buat tak paham. Tu yang susah tu.


Sebenarnya memang puting dia dah pecah pun, so kitorang suruh dia sendiri yang buang puting tu dalam tong sampah. Memang dia terus buang, sebab dia tahu benda tu dah pecah.

Kitorang memang dah lama plan nak ceraikan dia dengan puting ni, tapi memang susah sebab bila dia nak tidur, dia masih akan cari jugak puting dia tu. Kalau dia main-main, atau jalan-jalan memang dia tak ingat puting dia.

Plan asal kitorang, adik dia ni nanti InsyaAllah tak nak kasi puting dah. Jadi nak cakap kat dia, adik pun tak hisap puting, kenapa Amirul nak hisap puting? Sebab masa tu dia dah besar sikit, dengan harapan dia akan ada perasaan malu la dengan adik dia, hehehe.


Tengok la gambar ni, pose dah bergaya dah, sekali ada pulak puting tersesat, ish, ish, ish.

Amirul tengah demam sekarang ni. Adakah demam terhadap puting dia, hahaha? Tapi sebab dia demam la yang jadi susah sikit nak ceraikan dia dengan puting ni. Sebab dia asyik merengek je, kalau ikutkan hati aku yang kurang sabar ni memang aku sumbat dah mulut dia dengan puting, confirm senyap punya, hehehe.



Minta-minta la kali ni berjaya nak ceraikan dia dengan puting ni....
posted from Bloggeroid

Friday, August 2, 2013

Tekanan Darah Rendah Menyerang Lagi

Wuahaaa, terpaksa ponteng puasa untuk kali ke dua tahun ni, huhuhu. Terpaksa ponteng sebab tak larat sangat, rasa macam nak pitam.

Sejak malam semalam dah rasa lain macam badan ni, rasa penat yang melampau-lampau. Tapi pagi tadi rasa macam ok je, jadi pergilah office macam biasa. Bila dah pukul 10 macam tu, dah mula rasa macam nak pitam, pandangan mata pulak macam kabur. Terus cakap dengan boss, nak pergi klinik.

Doktor ambil bacaan tekanan darah, 3 kali jugak dia ambil sambil geleng-geleng kepala. Terus aku cakap yang tekanan darah aku memang rendah pun selama ni. Tapi doktor tu kata rendah sangat ni. Terus dia tanya kalau aku puasa.

Dia dah buat muka bersalah jugak nak cakap, sambil tunduk kepala dia, dia cakap, kalau tak larat, tak payahlah puasa, tengok kepada keadaan diri, huhuhu.

Selalu tu ok je aku puasa, cuma tak boleh buat kerja berat sangat. Hmmm, sayang jugak nak ponteng puasa ni, ada lebih kurang 5 hari lagi sebelum raya. Tak kan tiap-tiap hari nak ponteng, huhuhu. Sebab bukan tiap-tiap hari pun tak larat. Kesimpulannya, aku akan puasa jugak, kalau tak larat baru ponteng, hehehe.

Susah jugak kalau ponteng banyak hari ni, susah nak ganti nanti. Lepas ni nak susukan baby lagi, mesti lagi tak larat nak puasa.

Jadi harini aku adalah MC sambil baring-baring baca blog dekat rumah. On the way balik tadi, singgah la satu restoren makanan segera ni. Pergi drive-thru. Kalau nak ikutkan, memang la segan. Tapi kat mana lagi nak beli makanan, nak masak memanglah tak larat.

Budak yang hulurkan makanan tu tak pandang muka aku pun, ucap terima kasih pun tak. Haruslah kan, mesti dia menyampah nak tengok muka orang yang tak berpuasa, hehehe. Sorry dik, keadaan memaksa.