nuffnang ad

Monday, December 31, 2012

Kuih Cara Berlauk Emak Amirul

Ni semalam punya cerita, tapi harini baru nak update. Almaklum lah, orang ada anak kecik, mana ada masa. Cis, alasan.

Semalam punya lah malas, nak bangun pagi pun malas. Sebab malas punya pasal, aku masak maggi je untuk sarapan. Tapi walaupun malas, maggi tu aku tumis yer, tak ada lah setakat rendam air panas je, huhuhu.



Pagi dah malas, petang terpaksa la rajin. Mak buat kuih cara berlauk uolls. Hari sebelum tu dah beli acuan buah cermai tu. Nuar tanya, nak buat apa benda ni. Aku kata nak buat kuih cara berlauk. Dia dah buat muka pelik, dia kata tak pernah dengar pun kuih ni.

Makanya, petang semalam kami 3 beranak bertapa dekat dapur. Nuar tolong cincang ayam. Amirul tolong berkemas. Aduh, tension mak!!




Ni la intinya, senang sangat nak buat. Macam buat inti karipap je.





Hehehe, selekeh kan. Nak buat macam mana, baru kali pertama. Dah la buat terkocoh-kocoh sebab nak tengok Raikan Cinta Maria Elena. Adunan kuih pun senang nak buat, macam adunan roti jala je. Tapi lagi senang dari roti jala. Sebab adunan untuk roti jala tak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.



Adunan yang aku buat ni boleh dapat 36 biji. Mula-mula tu risau gak kalau membazir, dah la yang nak makan tu 3 orang je. Sekali, rupanya tak cukup. Menurut kata Nuar (yang aku tak berapa nak percaya tu), Amirul makan lebih dari separuh.

Bila kuih ni dah masak, aku tunjuk kat Nuar, dia kata "oh, kuih ni", dengan nada ala-ala frust. Hahaha, frust pun, habis gak kuih aku.

Aku malas nak buat kuih ni selalu, sebab malas nak cincang ayam. Tapi Nuar kata...

"Eh eleh, cincang ayam je. Tengok Nuar buat, senang je"

Ok, taktik berjaya!!! Lain kali, boleh suruh dia cincang ayam lagi. Kalau tak nak tolong, tahun depan baru aku buat lagi kuih ni.

Ok dah, tu je. Bye...

posted from Bloggeroid

Thursday, December 27, 2012

Terima Kasih

Ni adalah entri meroyan aku. Kalau nak ikutkan hati aku yang memang dah lama panas ni, memang dah lama aku naik hantu. Tapi bila memikirkan akibat dari tindakan aku tu nanti, aku sabarkan aje la hati ni. Kadang-kadang terlepas juga kemarahan tu, kesian dekat Nuar dengan Amirul, kadang-kadang terpaksa jadi mangsa keadaan.

Mungkin orang zaman sekarang ni dah semakin kurang adab. Padahal, kalau nak diikutkan sejak dari kecik, mak bapak memang dah ajar sikap sopan santun dekat anak diorang, dekat sekolah pun memang confirm cikgu ada ajar yang kita kena hormat menghormati antara satu sama lain.

Salah satu perkara yang memang dah diajar dari kecik, ucapkan terima kasih kalau kita menerima sesuatu dari orang lain. Walaupun benda yang kita terima tu memang kita tak suka, tak perlu nak keji si pemberi tu. Tak perlu nak canang satu dunia yang kau tak suka benda yang kau terima tu.

Sebagai seorang mak, ni adalah benda yang aku cuba terapkan pada Amirul. Walaupun budak kecik tu tak tahu cakap lagi, tapi aku nak jar jugak. Memang dasar degil kan, hahaha. Ni situasi yang selalu terjadi antara aku dengan budak kecik tu...

'Amirul, bak Mommy', nanti dia akan kasi dekat aku apa aje yang ada dekat tangan dia. Kalau tak ada apa-apa dekat tangan dia, dia akan kasi puting yang ada dekat mulut dia tu. Aku pulak akan cakap 'terima kasih' atau 'thank you' dekat dia. Lepas tu mesti budak kecik tu ketawa.

Kadang-kadang benda kecik macam ni, kita selalu terlepas pandang. Al-maklum lah, kita ni manusia biasa. Manusia mudah lupa.

Tapi benda yang kita anggap remeh ni sebenarnya boleh memberi impak yang besar pada orang lain. 'Terima kasih Acit (ni nama panggilan aku)', Nuar suka cakap macam ni kat aku. Tiga patah perkataan je, tapi boleh buat aku tersengih-sengih sepanjang hati. Dapat pahala tau, kalau kita gembirakan hati orang lain :)

Kalaulah mulut tu berat sangat nak ucap terima kasih, tak apa lah. Yang penting tak perlu nak mengeji, diri sendiri dapat dosa. Lagipun sikap membenci ni boleh menjadi racun jiwa, sebab tu hidup susah nak tenang.

Antara benda yang aku suka cakap dekat orang sekeliling aku, termasuk dekat diri aku sendiri, buangkan perkara negatif dari diri kita.

Monday, December 24, 2012

Happy Graduation, Baby Brother

Ni memang cerita yang sangat dah berlapuk. Tapi tak kira, nak update jugak. Memang dasar perempuan degil kan, huhuhu.

Akhirnya, adik lelaki bongsu aku dah konvo pun. Konvo dah adik aku, kejap je rasa. Nanti tiba-tiba dah nak kahwin pulak. Tapi kau jangan nak gatal-gatal kahwin cepat.


Baru konvo untuk diploma, sekarang dia tengah sambung degree. Waktu diploma, budak kecik ni buat Diploma in Banking, Degree dia buat Finance. Alkisahnya, mamat ni dulu waktu sekolah teknik buat kejuruteraan awam.

Tapi ada seorang kakak dia ni (aku la tu, huhuhu), rasa yang adik dia ni memang tak sesuai nak jadi engineer. Memang tak sesuai langsung, sebab dia ni sibuk nak jaga penampilan je. Tak suka nak buat kerja-kerja yang berpeluh, kerja-kerja yang kotorkan baju. Jadi sebagai kakak yang bertanggungjawab, aku pun suruh dia buat Diploma in Banking tu.


Bila dia dah habis diploma, dia kata nak sambung buat International Business. Tapi lagi sekali, kakak dia yang penyibuk tu suruh buat Finance. Sebagai adik yang taat, memang dia buat Finance pun sekarang ni. Tak sangka, kau ikut cakap aku kan, hehehe.


Sekarang ni kakak yang penyibuk tu, sibuk pulak suruh sambung Master. Dia tak nak pulak buat Master, sibuk je nak suruh orang lain buat Master. Certified Practising Accountant dia yang separuh jalan tu, entah bilalah dia nak habiskan. Sibuk dengan hal orang lain, hal sendiri terabai, huhuhu.

Disebabkan kakak yang penyibuk ni rasa dia antara orang yang mendorong kejayaan adik kecik dia ni, maka dia pun sibuk-sibuk nak pergi tengok adik dia konvo. Kakak penyibuk yang lagi satu pun nak ikut jugak. Satu-satunya anak saudara pun sibuk nak ikut.


Tak sampai hati nak tinggalkan budak kecik ni kat day care di saat-saat mak dia bergembira. Nasib baik dia tak buat perangai sangat.


Budak kecik ni tidur je, tak heran langung dia dengan keadaan sekeliling yang bising.


Tengok, bukan main lena lagi. Sebelum lena ni, sempat jugak dia mengacau kitorang makan. Dah kenyang semua, dia pun tidur. Dapatlah mak dia berehat sambil cuci-cuci mata, sebab dia lena dekat pangkuan Lia. Lia pulak dengan baik hati, nak pangku budak ni, tak nak kasi aku pangku. Dalam hati aku dah melonjak keriangan dah. Bolehlah aku pergi ambil gambar sesuka hati, hahaha.



Gambar Pro Canselor pun aku sempat ambik tau. Gambar-gambar ni semua ihsan dari camera Lia. Waktu ni camera aku Nuar bawa pergi outstation. Nasib baik ada camera Lia. Tu pun sebenarnya camera ni dah tertinggal, tapi Lia sanggup patah balik untuk ambil. Siapalah yang tak sayang adik kan, walaupun selalu jadi bahan leteran, hahaha.


Alamak, budak kecik dah bangun dari tidur, tak dapatlah mak dia nak berhuha huha lagi. Dia nak melekap je kat badan mak dia, sejuk ni sebab hujan. Ha, sebab hujan dengan guruh kitorang tak dapat nak tengok adik terima diploma.

Kitorang tunggu dekat luar dewan, tengok dari TV je. Sekali guruh kuat gila, terus elektrik semua terputus. Punyalah frust aku dengan Lia, sebab kitorang nak tengok sangat adik kitorang tu control macho. Sekali tak dapat daa. Tension betul!!!

Tak apa lah, tak ada rezeki. InsyaAllah, lagi dua tahun kitorang datang lagi untuk tengok dia terima ijazah pulak.


Amirul buat muka pelik tengok uncle dia. Lagi 20 tahun, Mommy nak tengok Amirul pulak pakai macam ni ok?


Memang dasar penyibuk. Bukan apa, time aku konvo dulu, hujan lebat, tak dapat nak ambil gambar, huhuhu. Ni yang rasa macam nak ambil Master ni, semata-mata sebab nak ambil gambar dengan jubah bagai, hehehe.


Dah macam rupa salesman dah aku tengok budak ni. Habiskan ijazah ni cepat, sebab salah satu impian mak adalah untuk tengok semua anak dia dapat ijazah.

Akhir kata, terimalah lagu UITM (lirik je) yang aku suka ni, UITM Di Hatiku...

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putera-puteri nya


Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna


Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku


Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa


Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA, TAQWA, MULIA

Komposer & Lirik: Osman Mohamed


Saturday, December 15, 2012

Kari & Papadom Yang Sihat

Iklan: Eeeee, geram betul la dengan Bloggeroid ni. Punya la semangat aku taip entri ni pagi tadi, boleh pulak dia tak publish lagi.

Kari ni antara lauk yang aku suka sangat. Tiap-tiap minggu mesti masak sekurang-kurangnya sekali. Kalau ikutkan hati aku, memang nak masak 3 ke 4 kali seminggu. Tapi kena fikir gak anak tekak Nuar. Dia nak makan masak lemak cili api, orang nogori la katakan (tapi jarang gak aku masak lemak cili api ni).

Sebab suka sangat makan kari, kedai mamak adalah tempat makan favourite aku. Dapat nasi panas-panas, letak pulak kuah kari ikan, ayam goreng, telur masin, peria goreng, papadom, air teh o ais. Pergh, memang terbaik. Sedap dan murah.

Tengok, senang sangat nak bagi aku gembira, bawak gi kedai mamak je. Bab makan, aku memang bukan high maintenance punya perempuan. Bab yang lain tu, mungkin high sikit la.

Tapi walaupun high maintenance, aku bayar pakai duit sendiri ok. Tak ada nya aku menggedik-gedik suruh laki bayar. Cuma laki aku ni pemurah,suka nak belanja isteri dia, hahaha. Syukur, Alhamdulillah. Semoga murah rezeki, boleh belanja lagi nanti.

Ok, merepek dah aku ni.



Pagi-pagi tengok lauk kari ni, buat aku lapar je. Ha, mesti ada yang kata, nampak macam tak sedap je kari tu, kuah cair je. Tu la silap korang.

Masak kari ni, kuah dia tak perlu nak pekat-pekat sangat. Yang penting bawang mesti cukup, rempah kari mesti cukup, asam garam mesti cukup. Tumis mesti sampai garing, sampai jiran sebelah pun rasa macam nak minta sikit, hehehe.

Dan yang paling penting, kari i ni tak menggunakan santan yer you olls. Aku dah tanya beberapa orang kawan india, memang diorang masak kari tak letak santan pun.

Pak aji pun mak tak guna yer nok. Mak guna rempah ratus asli jer.

Dah ada kari, kalau boleh kenalah ada papadom gak. Barulah terangkat. Meh sini, aku ajar cara sihat nak masak papadom. Tak payah nak goreng dengan minyak. Letak je dalam microwave, suhu set kepada high. Tapi korang kena pandai budget berapa lama nak letak dalam microwave tu, sebab cepat hangus tau.



Tu la dia rupa papadom yang aku gembar gemburkan tu. Tengok, langsung tak berminyak. Sama je rasa dia, rasa papadom gak. Cumanya, yang goreng dengan minyak tu lebih sedap. Biasa la, benda yang tak sihat, memang lebih sedap, huhuhu.

Nota Kaki: Sempat aku siapkan satu entri sementara nak tunggu dua orang lelaki ni bangun tido. Weh, cepatlah bangun, semalam janji nak gi IKEA awal-awal. Rak buku tu dah melambai-lambai. Cepatlah...

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 4, 2012

Negaraku

Hari ni konvo adik lelaki bongsu aku. Oh, tapi tu cerita next entri la sebab mata dah ngantuk ni, malas nak menaip dah.

Time konvo tadi ada la nyanyi lagu Negaraku. Seingat aku, dari sekolah tadika lagi aku dah diajar untuk berdiri tegak waktu nyanyi atau dengar lagu Negaraku. Tadi waktu kumpulan koir tu nyanyi lagu Negaraku, aku boleh nampak dalam 95% juga orang yang berdiri. Kiranya, rakyat Malaysia ni masih menghormati lagu Negaraku.

Tapi seorang perempuan yang duduk sebelah aku ni tak berdiri. Suka hati kau lah kan, tu hak individu. Sekali aku dengar dia cakap macam ni, 'Aku nak tengok nanti, masa baca doa, orang tadah tangan ke tak'.

Terkedu jugak aku bila dengar dia cakap macam tu. Dah la tak nak berdiri masa lagu Negaraku, boleh pulak cakap macam tu lagi.

Bila masa baca doa, aku tengok semua orang pun tadah tangan. Yelah, doa tu dibaca untuk kesejahteraan orang-orang yang konvo, untuk mak bapak orang yang konvo. Mestilah kita akan amin kan doa tu. Majoriti tetamu yang datang hari ni sebab yang konvo tu adalah anak diorang, adik diorang, anak saudara diorang, boyfriend girlfriend diorang. Mestilah nak doakan untuk diorang.

Kalau ikut kepala otak aku ni senang je. Kalau tak nak hormat lagu kebangsaan negara sendiri, kalau tak nak hormat negara sendiri, pergi je tukar warganegara tu. Senang cerita.

Aku tengok ramai kawan-kawan aku yang nak apply kewarganegaraan satu negara ni. Terpulanglah, itu hak individu. Tapi baru aku tahu, neagara yang diorang nak pergi tu, WIFI dia ada limit. Dekat Malaysia tu tak ada limit pun (sekurang-kurangnya setakat hari ni), kau gunalah sampai muntah.

Apa pun, Happy Graduation, baby brother...