nuffnang ad

Thursday, November 29, 2012

Saya Tak Suka Perasaan Ni

Huhuhu, aku sangat tak suka bila aku terpaksa marahkan Si A, suasana jadi tegang dengan Si A. Padahal yang bersalah adalah Si B.

Kalau nak ikutkan, aku tak suka nak marah-marah ni. Zaman dulu-dulu, aku adalah sangat garang. Sampai ada kawan yang panggil aku Kak Ros. Kan dalam cerita Upin Ipin tu, kakak diorang garang. Ada juga kawan yang panggil aku June, hahaha ada cerita di sebalik nama ni.

Amirul pun dah nampak perangai garang dia. Aku pun dengan perasaan-konon-konon-blur tanya soalan, 'Amirul ni garang, ikut perangai siapa la agaknya?'

Dengan selamba, Lia jawab.

'Perangai siapa lagi? Perangai Mommy dia la'.

Pang! Aku rasa macam kena penampar satu das. Terasa weh.

Bila aku dah tua ni, malas dah aku nak garang-garang, marah-marah. Kang kena darah tinggi pulak. Erk, ada kena mengena ke?

Tapi bila aku dah jadi tak garang, orang pulak pijak kepala. Wah, sesuka hati kau je kan. Ish, ni yang rasa nak jadi garang balik ni.



Kesian Amirul dapat Mommy garang.

Tapi zaman sekarang ni, kita kena lebih bersabar. Sebelum nak marah orang tu, kena kaji betul-betul siapa orang yang kita nak marah tu.

Sekarang kan zaman Facebook, Twitter, Blog. Orang sekarang ni suka meroyan dekat laman sosial ni. Buatnya dia up satu entri pasal aku, terus fofular aku.

Oh, iklan jap. Aku ada terbaca satu artikel, tapi tak ingat dah kat mana. Orang yang suka meroyan dekat laman sosial ni sebenarnya sedikit sebanyak ada mengalami tekanan perasaan.

Contoh ayat meroyan:

1) Kalau ada peluang, memang aku libas kau
2) Budget hot la tu, kalau aku cucuk botox, aku lagi cun la dari kau
3) Ala penjilat bontot, sebab tu kau naik cepat
4) Minta-minta la muka kau kena simbah asid

Yang aku bagi tu contoh je la, ada banyak lagi ayat-ayat meroyan yang hebat. Senang je kalau korang nak baca ayat-ayat macam ni. Mula-mula kenal pasti kawan atau sesiapa je la yang suka meroyan, lepas tu follow FB atau Twitter dia. Memang berlambak la ayat meroyan dalam tu.

Jangan pelik bila ramai yang like atau komen status meroyan tu. Sebenarnya orang keliling kita ni suka tengok kita tak gembira. Bila kita post sesuatu yang negatif, memang ramai je yang akan like. Sebabnya, diorang nak kita post lebih banyak lagi benda yang negatif ni. Diorang suka tengok hidup kita yang negatif. Lepas tu kat belakang kita, dia kutuk pulak pasal benda-benda negatif ni.

Aku kena check balik entri-entri lama aku, kot-kot ada pulak aku meroyan, huhuhu.

Sebut pasal tekanan perasaan ni, jangan cari pasal dengan orang-orang macam ni. Nanti tak pasal-pasal kereta korang kena simbah dengan cat merah.

Ok la, kesimpulannya aku tak nak lah marah-marah, nanti cepat tua.

Oh, haritu ada teammate yang kata aku nampak macam baru umur 24 atau 25 tahun. Wah, bangga mak, nok.

Tapi bila fikir sudut yang negatifnya, mungkin dia nak cakap macam ni. Ooo, budak ni mesti baru keluar universiti, semua benda pun tak tau. Cis, aku dah berfikiran negatif dah.

Negatif, gi jauh-jauh dari hidup aku. Syuh, syuh.

Jom tengok gambar yang boleh menenangkan perasaan ni. Oh, nanti aku upload lagi gambar burung ni kat next entry.



*Sebenarnya aku dah jauh melalut ni. Niat asal nak cerita pasal Si A dengan Si B. Entri ni kira entri meroyan tak, hahaha.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 28, 2012

Resepi Chicken Adobo / Ayam Adobo

Malam tadi aku masak chicken adobo ni untuk makan malam. Nuar suka, Amirul pun suka. Amirul sampai bertambah-tambah nasi. Budak kecik tu dah la tak sabar. Aku gi dapur sebab nak tambah nasi untuk dia, terus dia menangis sebab ingat aku dah tak nak kasi dia makan. Ish, hati emak ni mana sampai nak buat anak macam tu.

Ni sebenarnya makanan orang Filipina. Bos aku dulu pernah la nak masakkan untuk kitorang. Tapi sebab dia bukan Islam, macam was-was pulak nak makan. Baik aku Google je resepi ni, lepas tu masak sendiri. Sebelum masak ni, aku dah siap-siap tanya teammate aku yang orang filipina juga. Yela, mesti la nak tau, masakan ni berkuah ke, kering ke.

Ok, ni bahan-bahan dia. Cukup untuk keluarga kecik aku ni makan.

4 ketul ayam saiz sederhana
1 labu bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak masak
50ml air
Garam

Ok, cara memasak pulak.

Mula-mula gaulkan ayam dengan bawang besar, bawang putih, cuka, serbuk lada hitam, minyak masak dan air.

Bila semua dah sebati, barulah jerang dengan api yang sederhana. Tutup dengan tutup periuk.

Bila dah mendidih, baru masukkan kicap cair dengan kicap pekat. Kalau nak masin, boleh la letakkan garam. Tapi aku tak letak garam pun, sebab aku masak ni untuk si kecik tu makan sekali.

Teruskan masak sampai air kering.

Lepas tu, masak dengan api yang paling perlahan. Masak sampai bahan-bahan tu jadi sticky, macam yang aku masak ni.



Sedap dan senang dimasak. Lauk ni tak pedas, jadi Amirul pun boleh makan sekali. Tak payah pening-pening nak masak lain untuk dia.

Sebab lauk ni tak pedas, aku aku sayur Chap Chai (ejaan aku hentam, yang penting ada bunyi, hehehe) yang pedas.



Nuar pulak makan dengan sambal tempoyak. Maka lengkaplah makan malam kami yang simple. Biar simple, yang penting sedap kat anak tekak.

:)

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 27, 2012

TV Saya Rosak

Wuaaaa...

Walaupun tv tu murah je, kitorang beli harga 200 hinggit je. Tapi bila dah rosak, tension la jugak. Mau nya tak tension, tak pasal-pasal je kena keluar duit beli tv lain.

Kalau ikutkan hati memang dah lama teringin nak ganti tv gedabak ni dengan tv yang nipis tu. Semua orang dah pakai tv nipis, kitorang je yang pakai tv yang gemuk ni. Tapi sebagai seorang accountant yang kedekut, memang aku tangguhkan dulu niat tu. Tunggu sampai ada best buy, baru beli. Tengok, betapa kedekutnya aku, hahaha.

Tv tu Nuar beli dari abang ipar dia, sebab tu dapat murah.



Argh, kenapalah kau nak rosak sekarang? Tak bersedia lagi nak keluarkan duit untuk beli tv ni.

Kitorang boleh dengar suara je, gambar tak ado, huhuhu. Kitorang perasan tv ni rosak malam ahad haritu. Masa tu baru sampai dari kampung. On je tv tu, terus tak ada gambar dah. Sekarang ni tengah perlawanan bola, kitorang dengar ulasan je, gambar tak ada :(;

Nuar lagi nak bakar aku. Boleh pulak dia tanya, 'Cik, nampak tak bola tu?' Cis, aku rasa macam nak gigit orang.

Ada tak apa-apa peraduan yang bagi hadiah tv sekarang ni?

posted from Bloggeroid

Monday, November 26, 2012

Durian Crepe Yang Sedap



Ha, ni lah antara makanan yang tengah hot sekarang ni. Kalau tak cuba lagi, memang ketinggalan zaman namanya tu, huhuhu.

Sekarang kan musim durian, apalagi, jom la cuba buat sendiri.

Nak resepi?

Google je, berlambak la yang keluar. Malas aku nak taip resepi tu, sebab aku pun tanya Pak Cik Google.

Lia yang excited sangat nak buat. Aku support je, hehehe.

Tapi abaikan je gulungan aku yang buruk tu. Tepung tu Lia yang 'lempengkan', tebal gak la. Tak cukup goyangan Inul, sebab tu tebal. Bila 'lempeng' tebal, sebab tu gulungan pun hodoh.

Padahal yang sebenarnya tangan aku ni memang tak berseni. Buat kerja semua main cincai je. Tapi walaupun buruk, tetap sedap dimakan.

Bila benda alah ni buruk, tak ada maknanya aku nak ambil gambar banyak-banyak, sekeping je cukuplah.

*Sekarang ni teringin nak makan kuih cara berlauk. Resepi dah dapat, tunggu 'rajin' je yang tak sampai-sampai lagi, huhuhu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 20, 2012

Cemburu La Tu

Semalam ada la artis yang umumkan yang dia dah positif mengandung walaupun baru bernikah 16 hari. Tahniah la kepada pasangan artis tu.

Tapi kan ada banyak sangat mulut manusia yang busuk, sibuk je nak komen benda-benda yang negatif. Tu la namanya bunting pelamin.

Kalau ikut otak manusia yang dengki, memanglah tak logik bila nikah baru 16 hari tapi usia kandungan dah 1 bulan. Tapi dari segi perubatan, usia kandungan dikira dari tarikh terakhir perempuan tu period. Dan bukannya dari tarikh sperma tu bersatu dengan ovum.

Lagipun, sekarang alat pengesan kehamilan semua dah canggih. Baru beberapa hari mengandung dah boleh kesan dah. Tak payah nak tunggu tarikh yang sepatutnya period.

Teringat pengalaman aku sendiri. Masa tu punyalah berharap nak pregnant. Setiap bulan nak check pregnant ke tak, guna alat pengesan tu, membazir duit je beli alat tu selalu, hahaha.

Satu hari ni, aku rasa tak sedap badan. Macam biasa pergi gatal-gatal check guna alat tu. Sekali nampak satu line je, hampa dah.

Setengah jam lepas tu, bila aku tengok balik alat tu, nampak pula satu line lagi. Dah melompat-lompat gembira dah. Tapi bila baca balik instruction dekat kotak tu, dia kata abaikan result selepas setengah jam. Dah berbelah bagi dah hati aku ni, sebab masa tu pun period aku belum due lagi. Lagi 2 hari baru period aku sepatutnya datang.

Tapi hati aku yang degil ni tetap rasa aku pregnant. Lepas Nuar balik, kitorang pergi klinik. Doktor pun kata mustahil aku pregnant sebab period aku tak due lagi. Tapi bila dia tengok alat pengesan yang aku bawa tu, terus dia kata, ni memang sah pregnant.

Dan dan tu dia kata aku salah kira tarikh period aku. Cis mana ada salah. Aku catat kot tarikh period aku setiap bulan, sebab masa tu memang mengharap sangat nak pregnant.

Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini, possible je untuk kesan yang kita ni pregnant walaupun period tak due lagi.



Besar dugaan orang perempuan, bila lambat pregnant, orang mengata. Bila cepat pregnant pun orang mengata. Bila jarak antara anak tu dekat, orang mengata. Bila jarak antara anak tu jauh, pun orang mengata. Mungkin diorang lupa yang ini semua rezeki dari Allah, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Bila tengok balik gambar Amirul waktu baby, rasa rindu sangat. Bila tengok baby orang lain, rasa geram sangat. Mungkin ni petanda untuk aku tambah anak lagi :)

posted from Bloggeroid

Saturday, November 17, 2012

Uniqlo Dah Buka Dekat Sunway Pyramid

Sebenarnya dah bukak 15 haribulan haritu, tapi tadi baru sempat terjah.

Mak datuk, ramai gila orang. Beratur kat fitting room ramai, nak bayar pun ramai. Panjang gila barisan. Makanya, tak ada makna aku nak bersesak di situ.

Yelah, baru bukak kan,mesti la ramai. Sebab dia jual murah. Boleh tak, legging yang aku beli 2 bulan lepas harga RM79, tadi dia jual 49 hinggit je. Hangin tak? Nak beli sehelai lagi, tapi tak ingat pulak aku pakai size M ke L. Nak cuba, orang ramai pulak beratur kat fitting room, menangis la kau di situ, huhuhu. Moral of the story, lain kali jangan suka minum air yang ada semut sampai size seluar sendiri pun tak ingat.

Ok, ni tak ada kena mengena dengan tajuk. Aku nak kurus! Kuruskan perut, kuruskan bontot, kuruskan peha. Tengok artis-artis ni rampingnya, jeles ok. Tak kan lah diorang rajin sangat pergi gym, tak kan lah diorang ni boleh tahan selera tengok makanan sedap. Mesti korang ni pakai corset kan sebenarnya. Kan, kan, kan? Jangan nak tipu. Aku rasa Nuar muak dah dengar perkataan 'corset', dekat 20 kali dah aku sebut hari ni.

:)

Friday, November 16, 2012

Hati Saya Adalah Berbunga-bunga

... Sebab cinta hati saya dah balik :)


posted from Bloggeroid

Saya Adalah Risau

Sebenarnya dari semalam aku dah start risau, tapi aku ignore je perasaan tu sebab aku tak nak Mak dengan Abah risau jugak. Tapi bila aku dekat office ni, perasaan risau tu datang balik :(

Sekarang ni Nuar ada dekat tapak projek dekat Grik untuk buat testing. Selalunya bila dia outstation, dia akan call atau SMS aku setiap hari. Tapi ni dah lebih 50 jam aku tak dapat khabar berita dari dia.

Kali terakhir aku dapat sms dari dia, pukul 9 pagi hari Rabu hari tu. Lepas tu, langsung tak ada berita. SMS yang aku hantar pun tak sampai.

Tambah buat aku risau, malam Selasa haritu dia ada call cakap ada benda meletup dekat site dia. Nyaris je letupan tu nak kena dekat dia sebab dia baru je melintas dekat benda yang meletup tu. Dia cakap dia takut kalau benda tu meletup lagi.

Serius aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Site dia tu memang tak ada line telefon, sebab dalam hutan. Dah la sekarang ni musim hujan, takut ada tanah runtuh, jalan dalam hutan tu pun licin. Selalu je dia cerita, kereta diorang nyaris masuk gaung.

Malam tadi aku tidur pun tak lena. Hampir setiap jam check handphone, dengan harapan ada SMS dari Nuar.

Otak aku ni dah start fikir benda-benda yang buruk. Pagi ni siap dah Google, nak tengok kalau ada tragedi dekat Grik. Nasib baik tak jumpa apa-apa. Orang kata, ni news is good news.

Aku harap sangat dia tak contact aku ni sebab handphone dia tak ada bateri, atau charger hilang. Bukan sebab lain.

Ya Allah, risaunya hati aku ni.

Dia sepatutnya balik harini, aku berdoa sangat dia akan balik harini dengan selamat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 14, 2012

Ya Allah, Aku HambaMu Yang Lemah

Aku boleh bersabar kalau orang kurang ajar atau cari pasal dengan aku. Tapi kalau dia kurang ajar dengan Mak Abah aku, patut ke aku bersabar?

Tangan aku ni tengah menggigil, dada aku ni sakit sangat sebab tahan marah.

Waktu kecik-kecik dulu, kalau orang cari pasal dengan kita, mak ayah mesti akan backup kita. Sekarang, diorang dah tua, bila ada orang cari pasal dengan diorang, dah jadi tanggungjawab anak untuk backup mak ayah diorang.

Tapi aku betul-betul tersepit sekarang, buat tu tak boleh, buat ni pun tak boleh.

Ya Allah, permudahkan jalan hidupku. Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup. Berikan kebahagiaan untuk kami sekeluarga.

*Satu benda yang aku belajar, jangan bercakap (atau menulis) sewaktu marah. Sebab ia, akan lebih memburukkan keadaan.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 13, 2012

Cameron Highland - Rose Valley

Ni adalah sambungan kepada entri ni dan ni.

Semua gambar dalam entri ni ambil dekat Rose Valley (entri sebelum ni pun). Tempat tu luas gila, tapi mak datuk tinggi giler. Nak masuk kena bayar RM5 seorang, tapi memang puas hati sebab memang banyak bunga ros dekat situ. Cuma yang tak laratnya, tempat ni memang betul-betul dekat bukit. Banyak gila anak tangga, dah la anak tangga besar-besar pula tu. Memang mengah la nak sampai atas.

Ok,enjoy the photos!




























Ok, tamat dah entri untuk Cameron Highland. Tapi tak puas lagi pergi sana (mungkin tak kan pernah puas pun, huhuhu).

Cameron Highland - Gadis Dan Bunga

Ok, ini adalah sambungan kepada entri ni.

Amaran: Entri ni banyak gambar.

Motif utama pergi Cameron adalah untuk 'feeling-feeling oversea' dengan nak tengok keindahan alam. Orang perempuan memang suka dengan bunga. Tak payahlah nak tipu.

Oklah, malas nak cerita panjang, jom tengok gambar bunga-bunga ni.








Ops, yang dekat bawah ni pun bunga jugak, tapi bunga ni dah dipetik orang, hehehe.

Ha, bunga yang ni belum dipetik lagi. Kalau berani, meh la datang petik.

















Bakal disambung ke bahagian seterusnya, sebab takut entry ni berat sangat dengan gambar.

Babai.