nuffnang ad

Wednesday, October 31, 2012

Ganasnya Anak Aku



Mainan ni aku punya, dah berumur hampir 29 tahun. Punyalah berhemah aku jaga mainan, sampai sekarang masih elok lagi. Boleh turunkan dekat Amirul. Padahal hakikat sebenarnya, Mak aku garang. Dia cukup hangin kalau kitorang tak jaga barang-barang. Yelah, zaman dulu-dulu taklah mewah macam sekarang. Kalau dapat mainan tu, memang kena hargai.

Tapi Amirul main tak sampai 5 minit, dah jahanam mainan ni. Patah kaki benda ni, huhuhu.



Mungkin aku kena jadi mak yang garang juga, baru Amirul tahu nak menghargai barang. Ish, nak marah Amirul pun tak boleh juga, dia kecik lagi. Tahun depan kalau dia buat lagi perangai, menjahanamkan barang-barang aku, memang aku piat telinga dia.

Tapi kan aku memang pantang orang usik barang-barang aku. Lagi-lagi barang yang aku sayang. Kalau barang tu rosak atau tak letak balik dekat tempat asal memang aku hangin satu badan.

Aku sendiri pun memang jarang nak pinjam barang orang. Abah pun selalu pesan, tak payah pinjam barang orang, beli sendiri. Kalau tak mampu beli, duk je la situ diam-diam. Buat macam orang tak ada duit, tak payah nak berlagak dengan barang orang lain.

Mungkin orang akan kata aku kedekut, tapi dah memang perangai macam ni, terimalah seadanya. Aku lebih rela bagi orang pinjam duit dari pinjam barang, huhuhu.

Sekian, terima kasih.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 27, 2012

Tengok Lembu Kena Sembelih, Jom

Sesiapa yang tak tahu lagi, meh sini aku nak bagitau. Rumah mertua aku dekat depan masjid je, jadi tiap-tiap tahun memang sembelih lembu korban dekat halaman rumah mertua je.

Zaman-zaman anak dara dulu, jangan harap lah dapat nak tengok orang korban ni kan. Memang nak kena jeling dengan Abah aku, nanti dia ingat aku menggatal nak pergi rumah boyfriend pulak.

Tahun pertama kahwin, tak balik kampung pun sebab raya haji tahun tu jatuh tengah-tengah minggu, macam mana nak balik kampung. Tapi disebabkan mertua aku ni duk selang 3 tingkat je dari apartment yang kitorang sewa, merasa jugalah makan rendang di pagi raya.

Tahun kedua kahwin pun tak dapat tengok orang korban juga, sebab masa tu dalam pantang, baru je 2 minggu.

Tahun ketiga ni, memang teringin nak tengok orang sembelih korban. Kali terakhir tengok orang sembelih lembu, zaman aku ni budak hingusan lagi. Lagipun aku nak tunjuk Moo dekat Amirul. Padahal budak tu langsung tak heran dengan Moo, dia lagi heran tengok orang ramai.





Muka tension sebab puting dirampas Mommy.



Ada 5 ekor lembu yang nak kena sembelih tahun ni. Aku kan punya lah berkobar nak tengok orang sembelih lembu, sekali bila sampai je rumah mertua, tengok-tengok orang dia siap melapah daging dah. Punya lah frust, sebab ingatkan diorang dah sembelih 5 ekor terus. Nasib baik ada lagi 2 ekor, hehehe.



Ni memang kali pertama tengok orang sembelih lembu. Dulu memanglah pernah tengok, tapi masa tu aku budak lagi, tak faham lagi. Baru aku tahu yang diorang akan bertakbir dulu sebelum sembelih lembu tu. Kesian aku, dah nak masuk 29 tahun, baru tahu pasal benda ni.



Ramai orang yang datang, macam nak kenduri dah. Kitorang kan sampai lambat, nak bawa kereta masuk halaman pun susah sebab orang dah ramai. Siapa suruh lambat, ha, merasalah kau di situ, huhuhu.



Aku memang takjub lah, sekejap je diorang dah settle kan lembu-lembu ni.



Nah, entri diakhiri dengan gambar comot tuan blog bersama anaknya yang ganteng.

Babai semua.

posted from Bloggeroid

Friday, October 26, 2012

Bergedil Air Tangan Suami Saya

Hari raya kan sangat sinonim dengan makan-makan. Ha, kalau nak makan, kenalah masak. Jadi macam biasa, menu kitorang tahun ni adalah lemang, rendang ayam dan soto madura.

Kalau makan soto, macam tak lengkap pula kalau tak ada bergedil. Sejak dari zaman anak dara sampailah zaman mak orang, memang dah jadi tugas aku dengan Lia untuk settlekan hal bergedil ni. Dari peringkat kupas kentang, sampailah tahap membedal bergedil sampai habis, memang tugas kitorang.

Tadi Lia dah buat semua sampai tahap dah lenyekkan kentang. Jadi tugas aku hanya cincang ayam, bulat-bulatkan kentang tu dan goreng je. Masa aku nak bulat-bulatkan kentang tu, idea jahat nak suruh Nuar tolong dah berlegar-legar kat kepala ni. Bukan apa, si Nuar ni memang suka berlagak. Selalu sangat mengaku pandai memasak. Tapi sepanjang kitorang kahwin ni, pernah sekali je dia masak. Itupun masak telur masak kicap kegemaran dia tu.

"Awak, meh tolong Minn buat ni. Raya tahun depan awak boleh buat pulak".

"Ala, senang je ni". Dah agak dah yang dia nak jawab macam tu, huhuhu.

Seperti biasa waktu mula-mula buat tu, mesti la skema je.



Tu pun aku dah sakit hati sebab dia buat besar-besar. Mana boleh, nanti dapat sikit je. Buat kecik-kecik je, nanti boleh dapat banyak. Lepas tu had kan dua biji seorang setiap kali makan, hahaha gila kedekut.

Mak aku sebagai mak mertua yang sporting boleh pulak cakap macam ni, "buat besar-besar, Nuar. Puas makan."

Zas, laju je mamat tu buat besar-besar.



Waktu ni aku masih boleh terima lagi, walaupun hati dah start membara dah ni.



Wei, dah macam bentuk dadu dah. Terus aku letak kentang lenyek ni jauh-jauh sebab tak sanggup tengok laki aku menjadi lebih kreatif.

Tapi dia duk merayu-rayu nak buat satu lagi.



Ni aku memang dah sakit hati sangat dah. Katanya bentuk pyramid, pfffft. Sepanjang hampir 20 tahun aku terlibat dalam arena pembuatan bergedil ni, tak pernah aku nak buat bentuk macam-macam, buat bentuk bulat sudah.

Lepas tu dia goreng sendiri bergedil dia tu, kalau tak silap, dia makan sendiri jugak. Ish, ish, ish.

Serba salah aku jadinya. Nak minta tolong laki, sebab lambat buat seorang. Tapi terimalah akibatnya, huhuhu.

Ok, Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga.

posted from Bloggeroid

Thursday, October 25, 2012

Friday, October 19, 2012

Inilah Hasilnya

Sebab aku tension (sila rujuk entri sebelum ni), makanya aku punya mood nak bekerja pun dah hilang ke mana entah. Dan tangan aku pun rajin je buka segala website online shopping.

Shopping kan salah satu terapi jiwa, hahaha. Terpaksa online shopping je. Takkanlah nak shopping betul-betul time office hour ni kan, walaupun One Utama ni berkembar dengan office aku. Ni pun terpaksa cover-cover sikit sebab takut team leader nampak, huhuhu. Sorry, boss... Saya tension ni.

Inilah hasil shopping arini...



Hehehe, kepada suamiku yang dikasihi. Saya tahu dan sedar yang saya baru je beli dua pasang kasut semalam, tapi saya beli juga bag ni. Saya tension, makanya saya perlu tenangkan jiwa saya.

Sekian, terima kasih.

posted from Bloggeroid

Arghhh, Tensionnya

Rutin aku pagi-pagi bila sampai office, aku akan check email dulu. Lepas tu reply email-email yang senang, yang tak payah nak fikir banyak-banyak. Lepas tu baru pergi pantry, bancuh air.

Jadi pagi ni macam biasa, check email dulu. Yang best dengan compliance team ni, email yang aku dapat tak sebanyak waktu dekat intercompany team dulu. Dulu satu hari boleh dapat lebih dari 100 email. Sekarang ni sepuluh pun tak sampai, hehehe.

Ok berbalik kepada cerita aku hari ni. Alkisahnya aku ada minta satu dokumen kat seorang perempuan ni. Dia dah bagi, tapi aku tengok dokumen yang bagi tu macam lain je, macam bukan yang aku nak. Jadi aku pun reply email dia, cakap aku nak dokumen lain. Tapi dia tak reply email aku tu. Lebih dari 2 minggu aku follow up.

Sekali, teng, teng, teng.... Dia punya teammate reply email aku, siap cc semua bos-bos. Dia punya bebel panjang gila, memang buat aku down sangat sebab menampakkan macam aku tak pandai buat kerja je. The best part is, kat penghujung email tu dia tulis, diorang memang tak ada dokumen yang aku nak untuk entity ni. Eeeeeee, geram tau tak. Cuba 2 minggu lepas kau reply email aku tu, cakap untuk entity ni memang lain sikit, tak ada dokumen yang aku nak tu. Kan senang, tak ada lah jari aku ni sakit nak taip email follow up kat kau.

Kadang-kadang aku tak faham dengan perangai sesetengah orang ni. Susah sangat nak taip email yang pendek untuk terangkan sesuatu situasi, tapi sanggup pula taip email panjang-panjang, siap cc semua orang, nak tunjuk macam kita ni tak pandai buat kerja. Mungkin dia tak sedar yang email dia tu boleh merosakkan mood orang, boleh merosakkan prestasi orang, boleh merosakkan imej orang. Ish, ish, ish, berdosa tau tak?

Nasib baik aku ni berfikiran positif (padahal hati tengah bengkak ni), abaikan je la pompuan tu, maybe gangguan hormon. Maklum la, kertu huhuhu.

P/S - hari ni birthday Amirul yang satu tahun. Yeay, Mommy dengan Abah sayang Amirul. Muah!!!


posted from Bloggeroid

Friday, October 12, 2012

Gila Mata Duitan

Siapa yang rapat dengan aku mesti tahu dengan perangai aku ni, huhuhu. Perangai-konon-perasaan-accountants-sangat-la. Konon-konon semua benda yang berkaitan dengan duit aku nak rekodkan. Siap buat reconciliation, kalau tak match, ha carilah sampai dapat. Hehehe...



Ha, nampak tak screenshot kat atas tu. Cuba tengok nama-nama excel file tu, semua berkaitan dengan duit. Ni screenshot dari personal folder aku.

1) Gold - Dalam ni aku simpan rekod pasal gold bar yang dah dibeli. Lengkap dengan tarikh beli, berat gold, harga beli. Sebab nanti masa nak jual, bolehlah tahu berapa untung dia. Realiti yang sebenar, aku baru beli sekeping je gold bar tu. Buat rekod macam banyak sangat gold bar tu kan :)

2) Financial planning - Ha, yang ni memang dah lama aku praktikkan. Sejak kat UITM lagi. Ni rekod segala budget, perbelanjaan, simpanan semua. Seboleh-bolehnya aku akan berbelanja ikut budget yang aku dah buat ni. Cuma kadang-kadang (padahal selalu je) syaiton nirrojim ni selalu sangat merasuk aku, tu yang kadang-kadang (selalu) lari budget, huhuhu. Bila aku ada buat macam ni, ada la mulut-mulut yang cakap aku tak pandai menikmati hidup la, kedekut la, berkira dengan diri sendiri la. Tapi ada aku kisah, kalau hujung bulan aku tak cukup duit, kau nak bagi aku pinjam duit ke? Memang tak lah kan? Tapi kebenarannya, aku boleh menikmati hidup dekat rumah sendiri yang selesa, tak ada bebanan hutang, walaupun hujung bulan aku tetap boleh makan yang mahal-mahal. Alhamdulillah...

3) Unit Trust - Dah 4 tahun dah aku melabur dalam unit trust ni. Alhamdulillah pulangan dia agak lumayan. Aku dah kira, setakat ni untung dia lebih tinggi dari ASB. Mungkin sebab unit yang aku beli ni performance dia bagus. Kalau beli unit yang lain, mungkin boleh dapat pulangan yang lagi tinggi dan mungkin jugak lebih rendah.

4) ASB - Memang ciput je simpanan aku dalam ASB ni, dah habis dikeluarkan waktu nak beli rumah hari tu. Huhuhu, ni baru nak start menyimpan semula.

Pesanan dari Mak aku, simpanlah sedikit demi sedikit. Kita ni bukannya kaya raya. Kalau satu hari nanti kita memerlukan duit, bolehlah mengadu dekat simpanan tu. Sebab time kita susah, mungkin saudara pun tak nak mengaku saudara, huhuhu.

posted from Bloggeroid

Monday, October 8, 2012

Pembaca Blog minnmizi Termuda

Macam ada benda yang tak kena saja dengan tajuk tu, macam ada kesalahan tatabahasa. Tapi malas nak betulkan, abaikan sudah hehehe.

Rasa macam dah lama tak update blog, malas gila. Mood nak merepek dalam blog ni tak kunjung tiba.

Hari ni ambil emergency leave sebab si budak kecik ni demam pula. Kesian dia, macam tak ada tenaga je. Tapi dia tak meragam pun. Baik je, tak ada merengek-rengek pun.

Oh, nak cerita pasal pembaca termuda blog aku. Dia adalah anak buah Nuar, umur baru tujuh tahun. Mia namanya. Nama penuh dia memang aku tak ingat. Mia, ampunkan Makcu hehehe.

Macam mana dia boleh tahu kewujudan blog aku?
Si budak kecik ni google image 'Amirul Hadif', ha keluarlah gambar Amirul yang aku jaja kat blog ni. Bila dah jumpa blog ni, diorang bantai baca kuat-kuat sampai satu rumah boleh dengar. Dah lah masa tu hari raya, ramai adik-beradik Nuar ada kat rumah. Aduh, malu makcik huhuhu.

Si Mia ni tanya, blog tu apa. Aku pun cakap blog ni macam diari. Dan dan tu happy ok, happy sebab nak baca rahsia aku. Pada fikiran dia, diari tu kan tempat orang tulis benda rahsia. Hehehe, comel je kan pemikiran budak-budak.

Meh aku nak jaja gambar dia sikit.



Hahaha, padan muka. Siapa suruh baca 'rahsia' Makcu. Mesti Mia malu kan bila nampak gambar Mia ada kat sini.

Yang tak boleh tahan tu, sampai aku sendiri pun gelak terguling-guling bila dengar gaya bacaan dia. Dah macam baca novel kanak-kanak pulak aku dengar. Sebab dia kan baca sepatah-sepatah. Serius macam tengah baca buku cerita kanak-kanak.

Ok, si kecik Amirul dah bangun. Nak pergi gomol-gomol dia sekejap hehehe.
posted from Bloggeroid