nuffnang ad

Friday, August 31, 2012

Sarapan Sandwich Sardin Je

Hari ni memang malas, makanya sarapan sandwich je la. Tapi sedap yer, ada cheese, ada timun jepun, perah asam limau sikit, hirisan bawang, cili padi pun harus ada. Uh, memang sedap.



Nuar kasi 4/5 markah, tinggi tu sebab selalu dia kasi 3 markah je. Cis, dasar kedekut, taik hidung masin. Penat-penat aku masak, dapat 3 markah je.

Nak lagi sedap sandwich tu, kena minum dengan air teh o panas, baru terangkat.



Jemput makan semua!!!

posted from Bloggeroid

Friday, August 24, 2012

Konon Rajin Lettew

Entri yang tak ada motif, saja nak pedajalkan Nuar hehehe.



Sehari sebelum raya, dekat rumah Mak aku, tengah salai ayam 4 ekor.



Hari yang sama, tukar shift dekat rumah Mak mertua aku pula, tengah buat sup ekor dengan sup tunjang.

posted from Bloggeroid

Thursday, August 23, 2012

Kad Raya Dari Boyfriend

Dulu memanglah boyfriend, sekarang dah jadi suami dah :)



Kad raya ni dah berumur 15 tahun dah, aku dapat kad raya ni masa tingkatan dua. Sampai sekarang aku simpan. Tapi masa tu Nuar bukan boyfriend aku pun. Gila ke nak bercinta waktu tingkatan dua, mahu kena sekeh dengan Mak aku. Lagipun masa tu tak ada perasaan nak bercinta pun, cuma suka je dapat kad raya. Zaman dulu-dulu, siapa yang dapat kad raya paling banyak, kira glamour habis lah tu. Lepas tu kalau posmen datang, mesti nak lari-lari nak kejar posmen dengan harapan adalah kad raya untuk diri sendiri. Ish, indah gila perasan tu, hehehe.



Tengok, Nuar jahat gila masa tu, kasi gambar monyet kat aku. Sebenarnya ada cerita sebalik gambar monyet ni, tapi aku dah tak ingat sangat ceritanya sebab benda tu terjadi waktu zaman sekolah rendah.

Bila aku fikir semula, macam tak percaya yang kitorang dah kahwin sekarang ni. Dulu kecik-kecik selalu bergaduh, masing-masing nak mengaku lagi pandai. Orang tua-tua ada cakap, jangan gaduh-gaduh, nanti sayang :p

*Sebenarnya ada lagi kad raya lama-lama yang lelaki lain bagi, tak buang lagi, tak ada masa nak buang (boleh terima tak alasan ni, hehehe).

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dah raya ke-empat dah hari ni, sekejap je masa berlalu, huhuhu.

Tak ada apa yang menarik pun untuk diceritakan pasal pasal raya ni, macam tahun-tahun yang lepas juga. Yang berbezanya cuma ada Amirul :)



Nuar suka sangat gambar ni sebab muka Amirul nampak nakal. Masa raya pertama ni Amirul tak ceria sangat sebab ada ulser dekat mulut dia.Kesian sangat, nak minum susu pun tak berselera.



Susah betul nak buat Amirul tersenyum, macam-macam gaya kitorang buat semata-mata nak suruh budak kecil ni tersenyum.

Oh, Amirul punya duit raya cecah empat angka! Zaman aku dulu kalau dapat seratus ringgit pun dah bangga, kembang-kembang hidung dah. Budak-budak sekarang senang-senang je dapat seribu ringgit.

Esok nak pergi bank sebab nak buka Akaun Didik untuk dia, nak simpan untuk masa depan dia.

Zaman aku kecil dulu pun Mak aku ada buka Amanah Saham Wawasan untuk kami adik-beradik. Setiap tahun, duit raya yang kitorang dapat kitorang hanya dapat pegang untuk beberapa hari saja. Lepas tu kena bagi kat Mak untuk masuk ASW. Aku akan buat benda yang sama untuk Amirul, cuma yang pasti Amirul punya simpanan jauh lebih tinggi dari zaman aku dulu, huhuhu.

Oh, aku ada buatkan education plan juga untuk Amirul sebab lagi 17 tahun akan datang mesti fee nak masuk universiti mahal gila, jadi kena menyimpan dari sekarang.

*Melalut dah aku, padahal niat asal nak cerita pasal hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga

*Ok, jaja gambar Amirul sekeping lagi hehe


posted from Bloggeroid

Tuesday, August 14, 2012

Budak-budak Zaman Sekarang - Facebook

Aku sebenarnya malas nak add budak-budak dalam facebook aku. Senang cerita aku tak nak add budak sekolah sebab aku tau mesti diorang mengarut je dalam Facebook ni. Selalu bila ada anak saudara, sepupu-sepapat cuba add aku, memang aku ignore je. Dulu ada seorang budak je yang aku add dekat Facebook aku, tu pun sebab dia memang matang, tak macam budak-budak lain.

Cuma akhir-akhir ni aku macam bermurah hati sikit nak add mereka ni. Tapi akibatnya, aku yang sakit hati tengok post mereka ni. Umur belum 15 tahun lagi, sibuk nak letak status 'in a relationship'. Weh, hingus pun meleleh lagi, sibuk nak bercinta-cinta bagai.

Tu belum lagi duk update status 'Aku cinta padamu Abu bin Seman, kaulah cinta hatiku, bla bla bla....' Eeee, rasa cam nak tampar orang je bila aku baca status macam tu. Aku memang tak boleh terima budak-budak yang bercinta ni. Sebab zaman aku kecil-kecil dulu aku memang tak adanya aku nak bercinta-cinta, kalau rasa macam nak kena penangan dengan mak aku, ha cubalah bercinta zaman sekolah. Kalau ada minat dengan mana-mana lelaki pun, simpan je dalam hati. Tak pun cerita kat kawan rapat je. Tak adanya nak canang satu dunia, sebab zaman tu tak ada lagi Facebook, Twitter ni semua (hehehehe).

Oh, satu lagi, mereka ni kan kecil lagi. Segala status yang mereka post tu memang ikhlas dari hati. Tak adanya nak fikir kesan-kesan yang akan timbul dari post tu. Kalau perasaan tengah marah tu, ha ambik kau, sampai 20 posts dalam satu hari. Duk memaki orang je kerjanya.

Mak bapak memang kena pantaulah Facebook, Twitter anak-anak diorang ni. Tapi budak-budak ni memang bijaklah, jangan harap diorang nak add mak bapak.

Aku pernah tegur seorang budak ni, sebab duk sibuk post-post 'I love you', 'i miss you'. Ha, tau takut. Siap minta maaf, sibuk duk pesan kat aku supaya tak bocorkan rahsia kat mak bapak dia. Tapi jangan haraplah aku nak dengar. Benda-benda macam ni memang mak bapak patut tau, sebab mak bapak dia menaruh harapan yang tinggi kat anak dia ni.

Ish, risau pula aku fikir apa pula yang akan jadi zaman Amirul nanti...

Monday, August 13, 2012

Pergi Sunway Pyramid Pula

Tak habis shopping semalam, hari ni sambung lagi dekat Sunway Pyramid. Konon nak keluar pagi-pagi sebab takut susah nak dapat parking. Tapi pukul 10 lebih juga baru gerak huhuhu.

Hari ni pun Nua yang shopping sakan. Aku cuma beli sehelai seluar dari Voir, semalam pun beli sehelai seluar dari Uniqlo. Tu pun Nua yang belanja :)

Nua shopping sakan sebab dia kata nak raya seminggu dekat kampung, so kena ada baju banyak.



Lepas dia beli jeans ni, boleh pula dia nak sorokkan dari aku. Dah sah-sah paper bag tu besar gila kot, takkanlah aku tak nampak.



Tak cukup satu, dia beli lagi sehelai. Hajat di hati nak beli jeans warna hitam, tapi aku tak berkenan. Setiap kali dia tunjuk jeans hitam, aku kata tak cantik. Keji tak perangai aku hahaha.



Sempat juga dia beli lagi satu kemeja.

Hari ni tak best pergi shopping sebab perut aku lapar je. Asyik nampak makanan je. Susah betul bila boleh makan tapi tak boleh makan. Ha, faham tak ayat aku tu. Tak boleh nak buat ayat direct sebab ada anak saudara Nua yang umur 7 tahun baca blog aku ni. Kalau sempat, esok aku cerita. Sigh.

posted from Bloggeroid

Sunday, August 12, 2012

Weekend Terakhir Sebelum Raya

Semalam dengan hari ni aku pergi shopping raya. Aku percaya mesti ramai yang shopping raya juga minggu ni sebab shopping complex penuh dengan orang, nak dapat parking pun punyalah susah.

Semalam kitorang pergi Setia City Mall. Kali pertama pergi sana. Ok lah, besar juga. Walaupun tak lah sebesar One Utama atau Midvalley tapi ada banyak kedai yang menarik. Nak parking pun senang.

G2000 tengah sale sekarang, agak berbaloi juga kalau nak shopping. G2000 antara butik yang aku suka kalau nak cari baju office. Tapi aku tak beli pun sebab kitorang pergi G2000 Man :(

Nua saja yang shopping. Dia beli 2 helai seluar untuk pergi office, tu pun aku yang paksa. Aku nak dia pakai seluar dari fabrik yang senang nak gosok. Seluar kerja dia sekarang ni, mak datuk susah gila nak gosok. Dah gosok, sembur-sembur air pun tak nak licin.






Warna lebih kurang je. Oh, ada satu kemeja tu cantik gila, value buy pula tu. Tapi tak beli sebab ketat. Nua kan alim, dia tak pakai baju ketat ni huhuhu.

Jalan-jalan masuk Parkson pula. Aku berkenan pula Sembonia punya sling bag. Dah lama tak pakai sling bag, rasa macam nak beli je. Sekarang ni macam dah trend sling bag balik. Tengok harga nak dekat RM500, ada diskaun 10%. Nua kata kalau berkenan ambil sajalah, dia bayarkan. Tapi tak apalah, tak nak mengikis suami sendiri hehehe.

Dekat Parkson Nua sempat rembat sehelai lagi baju.



Aku tak pernah dengar pula jenama ni, tapi harga boleh tahan mahal huhuhu.

Agak-agak dah petang kitorang pun balik rumah sebab belum masak untuk berbuka puasa lagi huhuhu.

On the way balik, singgah PKNS untuk bayar zakat.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 11, 2012

Nafsu Bulan Puasa

Tapi aku tak puasa, hehehe.

Orang yang kenal aku mesti kenal dengan nafsu makan aku. Semua benda sedap, semua benda nak makan.

Tapi waktu bulan puasa, nafsu aku tak menggila sangat la. Biasanya makan sepinggan nasi pun dah cukup.

Aku memang jenis yang boleh makan semua benda. Tapi ada satu benda je yang aku kurang berkenaan, SUSHI. Makanan jepun yang lain aku boleh terima, sushi saja yang aku kurang berkenan. Bolehlah makan, cuma bukan makanan kegemaran. Adik aku, Lia punya lah suka sushi sampai boleh mengidam. Ish, tak faham aku.

Tapi kan, semalam aku pula yang mengidam sushi ni. Kat office duk teringat je. Tepat pukul 4, terus berjalan dengan pantas ke OU. Ish, dapat juga benda alah ni.


posted from Bloggeroid

Friday, August 10, 2012

Ajar Anak Boss

Anak CEO datang kat office aku 2 bulan untuk buat internship. Tiba-tiba team leader aku suruh aku ajar anak boss tu buat monthly confirmation.

Ish, dah la English aku tunggang terbalik, macam mana la aku nak ajar mamat Scotish ni. Takut....

Tak pun nanti dia balik France, dia mengadu kat bapak dia kata aku tak pandai buat kerja. Macam mana ni?

*Drama :)



Amirul sebagai gambar hiasan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 1, 2012

Running Man... Wajib Tengok Ni

Korang tak tengok belum Running Man ni? Ni adalah reality show dari Korea. Kalau korang tak tengok lagi, silalah tengok sekarang. Kelakar gila ok.

Aku kalau tengok memang akan ketawa kuat gila sehingga mengundang jelingan Nuar. Nuar mesti akan pandang aku dengan muka tak puas hati sambil kata kat Mirul, 'Mirul, tengok Mommy tu, ketawa sorang-sorang'.

Lagi Nuar tak puas hati kalau aku ketawa kuat sangat sampai Mirul yang tengah tidur pun akan terjaga, hehehehe.

Kalau dekat office selalu stress, rasa asyik nak marah, rasa macam nak makan kepala orang, silalah tengok Running Man ni. Mesti hilang stress tu.

Tapi kalau korang tak ketawa tengok Running Man ni, ermmmm.....

Sebenarnya kawan aku, Azrah dah lama cadangkan untuk aku tengok cerita ni. Tapi aku jual mahal, sekali bila dah tengok, jadi ketagih plak huhuhuhu.

Tengok la ok, tak banyak pon, ada 104 episod je

:P