nuffnang ad

Thursday, July 12, 2012

12 Julai 2012

Sekarang ni dalam perjalanan pergi teambuilding dekat PD. Pergi dua hari je, tapi drama macam nak pergi sebulan. Malam tadi duk peluk dan cium Amirul bertalu-talu.

Ni kali pertama nak berpisah dengan Amirul. Kesian dia, Mommy pergi teambuilding, abah pula ada kat Bangkok. Amirul pun tengah demam sekarang. Ala, kesian dia...

Mesti malam ni aku tak dapat tidur. Dah hampir sembilan bulan aku tidur sambil peluk Amirul. Ni kali pertama tidur tanpa dia huhuhu.



Confirm Mommy akan rindu awak...

posted from Bloggeroid

Thursday, July 5, 2012

Dia Pun Nak Juga

Baru aku nak menyuap buah ni kat mulut, tiba-tiba dia datang. Tangan menggapai-gapai pada buah yang aku pegang. Tak sampai hati pula, sua kan juga ke mulut dia.

Dengan dua batang gigi tu, dapat juga lah dia merasa. Bersungguh-sungguh dia cuba menggigit, sebab buah ni agak kertas juga.

Lepas tu sibuk pula nak pegang sendiri. Haih, dah besar dah budak ni.




posted from Bloggeroid

Wednesday, July 4, 2012

Perkara Yang Paling Aku Rindu...

...Adalah duduk rumah satu hari sambil bergomol-gomol, peluk-peluk, cium-cium Amirul, huhuhu.

Dah seminggu lebih aku bergelumang dengan kerja opis. Paling awal sampai rumah pun pukul 12.30 malam. Sampai rumah saja, Amirul dah tidur. Pagi esoknya bila aku nak pergi kerja, Amirul tidur lagi.

Setiap hari, emak aku akan update aktiviti Amirul. Emak kata Amirul dah pandai minum pakai straw. Emak kata Amirul suka tarik telinga Atuk sampai Atuk menjerit. Emak kata Amirul dah pandai merajuk.

Memang Amirul dah pandai merajuk. Hari pertama bila aku balik lambat, keesokan harinya bila Amirul nampak aku, terus dia depangkan tangan minta aku dukung. Bila masuk hari ketiga, Amirul dah merajuk. Aku panggil nama dia, dia buat tak tahu. Aku dekatkan muka aku pada muka dia, dia terus berpaling tengok tempat lain. Ermm, Amirul dah besar, dah pandai merajuk.

Mommy harap Amirul faham, Mommy ada kerja yang Mommy kena siapkan. Mommy cuba siapkan kerja cepat-cepat supaya Mommy boleh balik awal, tapi ada saja benda lain yang menghalang. Sabar yer sayang, benda macam ni tak akan terjadi selalu, setiap 3 bulan saja.

posted from Bloggeroid