nuffnang ad

Saturday, June 23, 2012

Malu Bertanya Sesat Jalan

Memang betul pepatah ni, tak pernah aku nafikan. Orang yang ego dan orang yang bodoh sombong saja yang malu bertanya ni.

Tapi sebelum bertanya, berfikirlah dahulu. Janganlah tanya soalan yang kurang bijak, janganlah tanya soalan yang menyakitkan hati orang.

Contoh soalan kurang bijak:
‘Betul ke dia tahu buat kerja ni?‘ Sedang kan orang yang dimaksudkan tu seorang yang memang berpengalaman dan memang diiktiraf.

Contoh soalan kurang bijak ke-2:
Seorang perempuan sedang terkial-kial membuka skru tayarnya yang pancit. Datang lah seseorang bertanya, ‘Tayar pancit ke?‘ sambil membelek-belek tayar yang kempis.

Jom kita tengok soalan-soalan yang menyakitkan hati pula.

Contoh soalan yang menyakitkan hati:
‘Kenapa you tak ada boyfriend ek?‘ Dan soalan tu ditanya kepada seorang perempuan yang berumur 30-an yang memang sedang mencari boyfriend. Rasa macam nak cili saja mulut orang yang bertanya tu.

Contoh soalan yang menyakitkan hari ke-2:
‘Belum pregnant lagi ke? Lambat betul ek?‘ Soalan ditanya kepada perempuan yang memang sangat berharap nak mengandung. Geram betul aku dengan soalan ni, sebab aku selalu terkena dulu. Rasa macam nak suapkan kasut cicah air sirap kat orang yang bertanya tu.

Kesimpulannya, tak salah untuk bertanya. Tapi sebelum buka mulut untuk bertanya tu, cuba fikir kesan dan akibat soalan yang ditanya tu. Kalau dapat jawapan ok juga. Silap bertanya dapat penampar, huhuhu.

posted from Bloggeroid

Friday, June 22, 2012

2 Jenis Kawan Baik

Apa definisi kawan baik bagi korang?

Pada aku kawan baik adalah orang yang memang sentiasa ada dengan kita waktu susah atau senang. Orang yang sentiasa dengar luahan perasaan kita walaupun kita duk ulang benda yang sama banyak kali.

Memang aku akui yang aku tak punya ramai kawan baik. Tapi walaupun tak ramai, kawan baik yang aku ada tu memang betul-betul berkualiti, ada antara mereka yang pernah menangis waktu aku pun menangis, ada yang sanggup kongsi makanan mereka dengan aku waktu aku tak berduit, diorang masih ada dengan aku walaupun aku tengah lalui zaman kegelapan (gelaplah sangat, drama lebih, hehehe). Banyaklah lagi....

Sekarang ni Mak dengan Nuar adalah antara kawan baik aku sebab diorang yang selalu ada dengan aku.

Ok, dari pemerhatian dan pengalaman aku, ada 2 jenis kawan baik:

Yang pertama, memang betul-betul kawan baik yang sejati. Mereka ni memang ikhlas antara satu sama lain. Memang susah nak jumpa kawan baik yang macam ni. Jadi kalau korang ada jumpa kawan yang macam ni, hargailah mereka. Kepada kawan-kawan sejati aku (aku tahu kau baca entri ni), walaupun dah lama aku tak hubungi korang, dah lama aku tak jumpa korang, tapi aku memang tak pernah lupa korang. Korang memang tetap kawan baik aku. Kekangan masa terhadap keluarga dan kerjaya masing-masing menyebabkan kita susah nak berjumpa selalu.

Jenis yang kedua, diorang ni sebenarnya suka jaga tepi kain orang. Berkawan dengan korang sebab nak tahu cerita korang, lepas tu jaja cerita korang dekat orang lain. Yang lagi best, korang cerita sikit saja. Tapi dia jumpa orang lain, pegi tokok tambah, letak ajinomoto bagai, bagi cerita sedap. Baru-baru ni benda ni baru je terkena kat batang hidung aku sendiri.

Tapi aku malaslah nak pergi serang balik perempuan ni, aku redha sajalah. Pada aku Allah tu Maha Adil, biar sajalah Dia yang balas. Dan aku akan jadikan benda ni sebagai pengajaran untuk aku. Aku kena belajar tutup mulut bila jumpa orang-orang yang macam ni. Dari benda ni juga aku belajar untuk tak mudah percaya pada orang.

Selalu kita dengar cerita pasal kawan tikam (belakang) kawan, sebabnya kita banyak sangat bercerita pada kawan tu. Bila dia tahu semua kelemahan kita, memang senang-senang saja dia nak jatuhkan kita.

Oh, satu lagi... Kawan baik sepatutnya akan tegur segala keburukan kita. Contoh, dia patut tegur kita kalau tudung yang kita pakai tak padan dengan baju. Tapi haruslah tegur waktu kita bersendirian. Kalau kawan kita tegur waktu ramai gila orang kat sekeliling, dengan suara yang menjengkelkan pula tu, ha tu memanglah bukan kawan baik. Tu sengaja nak memalukan kita sebenarnya.

Ada juga kawan yang memang tak nak tegur kelemahan kita sebab dia tak nak kita jadi lebih baik dari dia. Contoh, Si A beli skirt yang memang pendek gila. Si B, kawan Si A langsung tak tegur mengenai perkara tu. Sebaliknya memuji yang skirt tu memang cantik dan sesuai untuk Si A. Memanglah skirt tu cantik kalau si pemakainya berbadan kurus, peha licin, warna kulit sekata. Tapi Si A ni dah lah gemuk, nampak segala selulit dekat paha tu, ada pula banyak parut di kaki. Pendek kata memang tak sesuai langsung skirt tu untuk Si A. Sepatutnya Si B tegur la mengenai perkara ni, tapi Si B tak nak tegur sebab dia nak orang lain nampak keburukan Si A.

Ada banyak cara untuk pastikan kawan yang ada dengan kita ni kawan baik yang sejati atau tidak. Lihat dengan mata hati, perhatikan betul-betul.

Memanglah orang kata berkawan biar seribu, tapi kalau seribu tu semua tak boleh pakai, semua nak tikam belakang, semua nak jatuhkan kita, baik tak payah.

Thursday, June 21, 2012

# 3

Ignore those people who's always talking behind your back.
That's where they belong, just behind your back.

Di Persimpangan Dilema

Aku cakap dengan Ketua yang aku nak keluar dari kumpulan dia, untuk masa depan yang lebih cerah, aku nak cuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Memang dalam kepala aku ni dah tetapkan ke mana arah tujuan aku selepas ni.

Tapi Ketua macam tak setuju sangat dengan keputusan aku. Beberapa hari lepas, Ketua panggil aku. Dia kata Ketua punya Ketua pun tak setuju dengan keputusan aku, huhuhuhu. Mereka nak tawarkan aku sesuatu yang lain. Aduh, kenapalah susah sangat nak keluar ni?

Dah bincang dengan Nuar, dan kami pun sebulat suara bersetuju untuk aku terima tawaran tu. Tapi Nuar minta aku email Ketua mengenai 3 perkara yang aku akan dapat kalau aku terima tawaran tu. Nuar kata benda ni mesti ada perjanjian hitam putih, jangan jadi janji manis saja. Tapi aku rasa macam 'over' la pula kalau sampai nak email-email ni.

Aku sendiri pun agak ragu-ragu untuk terima tawaran ni sebenarnya, sebab kerja ni memerlukan aku untuk bercakap dengan orang serata dunia. Dah lah tahap penguasaan English aku sangat 'bagus', nak faham accent mereka ni lagi. Huhuhu, takut....

Tapi Ketua kata, kalau aku betul-betul nak 'naik', ini adalah platform yang bagus untuk aku sebab dapat belajar banyak benda dan aku dapat polish my communication skills.

Macam mana ni, aku sepatutnya kena bagi keputusan semalam, tapi aku masih ragu-ragu. 'Akal' suruh aku terima tawaran tu, tapi 'hati' yang penakut kata jangan terima.

Wednesday, June 20, 2012

Suami Aku Dah Terkena

Korang dah pernah cuba benda ni?



Nuar dah cuba dan dah jadi ketagih. Kalau boleh hari-hari nak minta aku belikan.

Ada satu hari ni, dia kena jadi pengapit kawan dia yang nak nikah. Nikah dekat Sekinchan. Tapi sebab dah teringin sangat dengan Chatime ni, kitorang singgah dekat Subang Parade dulu. Dah pekena benda ni, barulah timbul perasan gabra. Risau sempat tak nak sampai rumah pengantin sebelum nikah. Apalagi, pecut la :)

Sebab benda ni juga, kitorang redah pegi Jom Heboh kat Putrajaya. Sebab benda ni jual kat booth Hotline.

Siapa nak jadi geng Nuar boleh la cuba.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 19, 2012

Test

Updated with Samsung Galaxy Note

Sunday, June 17, 2012

Jom Makan!

Semalam Nuar cakap aku dah lama tak masak. Alamak, bila suami dah bersuara, tindakan segera harus diambil hehehehe.Last aku masak hari Selasa haritu, tu pun setakat telur masak kicap.

Pagi ni jalan-jalan cari makan kat Pasar Tani Stadium Shah Alam. Sekali jumpa pula orang jual udang galah, murah pula tu. 2 pinggan RM15 je. Haruslah beli walaupun udangnya taklah berapa besar. Satu pinggan ada dalam 8 ke 9 ekor udang galah. Bolehlah kan. Terus datang idea nak masak Udang Galah masak Lemak Cili Api.

Sambal kegemaran aku haruslah ada. Kalau ada masak lemak cili api, lawan dia mestilah Sambal Gesek. Tapi harini aku buat Sambal-Gesek-Tipu sebab aku guna ikan bilis goreng. Sepatutnya guna ikan bilis mentah je, tapi harini nak ubah selera sikit hahahaha.

Buka peti ais, selongkar-selongkar cari cili api, terjumpa terung pula. Alamak, lupalah pula ada terung dalam peti ais. Haruslah masak sebelum busuk. Paling senang dan ringkas, Terung Goreng Cili Api.

Ni pula permintaan Nuar. Dia nak ayam goreng, layankan aje.

Harini nak masak pun tenang je, sebab Amirul leka main dengan abah dia. Lepas tu berendam pula dengan abah dia dalam bilik mandi. Bagus, aman hidup Mommy harini hehehehehe.

Friday, June 15, 2012

Aku Nak 'Pergi'

Beberapa minggu lepas, bila aku suarakan niat utk 'pergi', DIA gembira sebab dia dah ada plan untuk aku. Dia nak hantar aku ke satu tempat. Tapi aku tolak sebab tempat tu langsung tak muncul dalam rancangan awal aku. Aku nak pergi ke tempat lain yang boleh menambahkan nilai pada diri aku.

Bila aku tolak tawaran DIA, seperti biasa, suasana pun jadi sedih. Tapi DIA janji untuk hantar aku 'pergi' dalam 1 atau 2 bulan lagi. Gembira, gembira!!!!

Rupa-rupanya DIA pun nak 'pergi' dari sini. Minta maaf, aku tak dapat ikut DIA 'pergi'. Kita akan 'pergi' pada waktu yang sama, cuma ke destinasi yang berbeza.

I'm looking forward to a new challenge dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Ya Allah, Kau berkatilah jalan yang aku pilih ini, Kau permudahkanlah jalan aku dalam mencari rezeki yang halal. Amin...

Tuesday, June 5, 2012

Mencari Rezeki yang Halal Sebagai Telemarketer

Alkisahnya, hari ni seorang telemarketer call aku untuk promote produk dia. Tapi sebab aku sangatlah sibuk, jadi langsung tak boleh nak beri sedikit masa untuk telemarketer tu bercakap.

Dari gaya dia bercakap, nampak sangat dia budak baru dan aku yakin aku adalah tergolong dalam 50 orang pertama yang dia call. Sekarang ni bila aku ingatkan semula kejadian siang tadi, aku rasa kesian dengan budak tu sebab aku terus reject tanpa sempat dia nak kata apa-apa. Kesian dia sebab dia nak mencari rezeki yang halal dan aku sepatutnya memberi dia peluang. Bila aku kata 'peluang' bukanlah bermakna aku nak beli produk dia, cuma sekurang-kurangnya dapat memberi dia peluang utk terangkan mengenai produk tu, dapatlah juga dia mengasah bakat berkomunikasi, bakat meyakinkan pelanggan.

Selalunya telemarketer yang agak agresif dan berpengalaman yang call aku. Jadi bila budak-budak yang tak berapa konfiden call, aku rasa kesian pula.

Teringat zaman dulu-dulu, aku pun pernah jadi telemarketer untuk 6 bulan. Gaji tak tinggi mana pun, RM1200 sebulan. Tapi ada komisen kalau dapat jual produk, kalau dapat hit target, lagilah menarik komisennya. Tapi biasanya senior lah yang selalu hit target. Kami yang budak-budak hingusan ni, jarang nak hit target.

Beberapa bulan yang lepas ada rakan di Facebook yang kata 'jangan percaya kalau dapat call dari number 0XXXXXXXX, aku dah cuba call balik nombor tu, tapi tak ada orang yang jawab'.

Dari pengalaman aku yang lepas, memang pelanggan tak dapat nak call semula nombor tu, sebab kami hanya boleh membuat panggilan keluar, tapi kami tak menerima panggilan masuk. Kalau ada tak puas hati dengan penerangan telemarketer, boleh call syarikat insurance tu semula.

Ada juga rakan yang kata 'aku dah cuba call bank, tapi bank kata dia tak tawarkan produk tu pun'. Contohnya, kalau ada telemarketer yang nak jual insurance, kita boleh tanya terus kepada syarikat insurance sebab mereka lebih tahu siapa yang menjadi telemarketer mereka.

Mungkin sekarang ni banyak penipuan yang berlaku yang menyebabkan kita begitu berhati-hati untuk melakukan transaksi melalui telefon. Takut juga jika tiba-tiba kredit kad dah di caj beribu-ringgit. Huhuhu menangis tak berlagu aku....

Teringat satu kejadian yang mana seorang rakan diambil tindakan displin sebab salah beri maklumat kepada pelanggan. Sebenarnya dia tak berniat nak menipu. Tapi pelanggan tu menggunakan satu perkataan Inggeris yang rakan aku tak faham dan mengatakan bahawa insurance yang dia jual ni boleh cover 'benda' tu. Nak dijadikan cerita, bila pelanggan ni terima polisi insuran dia, dia dapat tahu yang 'benda' tu tak di cover, mengamuk lah dia. Disebabkan semua panggilan kami ini dirakam, jadi dapatlah dengar semula yang memang rakan aku ni salah beri maklumat. Kesian dia kena tindakan displin. Motif dari cerita ni, kalau tak faham sesuatu perkara tu, baik bertanya. Malu bertanya, sesat jalan huhuhuhu.

Bukan senang nak buat sales melalui telefon, bukan senang orang nak percaya sebab tak nampak orang yang call tu 'bermuka baik' atau 'bermuka penipu'. Memang kena pandai nak yakinkan pelanggan, kena paham produk tu betul-betul, kena tahu juga produk-produk pesaing. Memang susah sangat aku nak dapat sales, tapi dalam tempoh 6 bulan tu aku belajar cara-cara berkomunikasi, aku belajar cara nak meyakinkan orang dan yang paling penting aku belajar cara untuk bersabar. Kesabaran yang tinggi sangatlah perlu untuk jadi telemarketer atau customer service sebab senang-senang saja nak kena maki dengan pelanggan. Setiap hari mesti kena maki punyalah, huhuhuhu.

Setelah nak dekat 6 bulan jadi telemarketer, aku pun berhenti sebab Team Leader aku kata, kenapa aku nak bazirkan ijazah dan bakat aku dekat situ, pergi cari kerja lain yang setaraf. Tapi bila aku cakap nak berhenti sebab dah dapat kerja lain yang setaraf, dia merajuk pula. Cis, cakap tak serupa bikin...