nuffnang ad

Sunday, September 25, 2011

Pengasuh Vs Taska

Alhamdulillah, usia kandungan aku dah hampir mencecah 37 minggu. Maknanya, bila-bila masa saja aku bakal melihat muka baby yang sangat-sangatlah aktif ni.

Walaupun dah hampir melahirkan, tapi aku masih belum membuat keputusan samada untuk menghantar baby ke rumah pengasuh ataupun taska. Ni memang bukan satu keputusan yang kecil sebab baby akan berada di sana lebih 8 jam sehari, 5 hari seminggu dan 20 hari sebulan.

Mak aku mencadangkan untuk hantar ke rumah pengasuh sebab terlalu ramai kanak-kanak di sesebuah taska. Akhir-akhir ni pula banyak terjadi kes baby mati tercekik. Disebabkan terlalu ramai kanak-kanak, pekerja taska tidak mampu menjaga baby dengan baik. Dengarnya, jika kanak-kanak ingin menyusu, pekerja tidak akan memegang botol susu sebaliknya mereka meletakkan botol susu di atas bantal kecil yang diletakkan di atas badan baby. Sebab itulah baby senang tercekik sebab tiada siapa di samping baby sewaktu baby menyusu.

Tapi hantar ke rumah pengasuh pun susah juga, sebab pengasuh mempunyai aktiviti seharian yang harus dilakukan sebagai suri rumah. Pengasuh juga mempunyai anak sendiri yang harus diambil berat dan pastinya perhatian lebih diberikan kepada anak sendiri berbanding anak orang lain.

Kelebihan menghantar anak ke taska, mereka mempunyai pekerja yang terlatih dan pekerja boleh menumpukan perhatian kepada baby sebab mereka memang digajikan untuk menjaga kanak-kanak.

Kelebihan menghantar anak ke rumah pengasuh pula, pengasuh hanya mengasuh beberapa orang kanak-kanak sahaja. Jadi keselamatan lebih terjamin.

Yang pastinya, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Aku tak nak berkira sangat tentang kos. Apa yang aku inginkan adalah keselamatan dan kesihatan baby aku. Aku masih ada bulan lagi untuk membuat keputusan.

SLB Nite 2011

Event - SLB Nite 2011
Date - 23rd Sept 2011
Venue - Crowne Plaza Mutiara



























Wednesday, September 21, 2011

Beranak-beranak, Menyusahkan Orang!!!

Aku baru saja dengar ayat tu keluar dari mulut seorang lelaki, baru saja beberapa minit yang lepas. Walaupun ayat tu bukan ditujukan untuk aku, tapi sebagai seorang perempuan yang tengah mengandung, sedikit sebanyak aku terasa dan sedikit sebanyak aku tahu ayat tu ditujukan untuk aku juga.

Aku memang sangat marah sekarang ni, dan aku doakan kau tak kan dapat anak sampai kau tua!!!! Biarlah kau tua seorang diri, aku doakan kau takkan dapat kasih sayang seorang anak. Aku tahu memang tak baik doakan keburukan untuk orang, tapi aku rasa ayat tu jahat sangat. Kalaulah kau boleh tahu betapa mak ayah kau dulu sangat gembira saat menantikan kelahiran kau, mesti kau takkan cakap macam ni.

Anak tu sangat penting kot dalam kehidupan seorang manusia. Waktu kita sedih, anaklah yang akan menggembirakan kita. Waktu kita ditindas, anaklah yang akan membela kita. Waktu kita sakit, anaklah yang akan menjaga kita. Sesudah kita mati, anaklah yang akan mendoakan kita. Kalaulah kita berjaya mendidik seseorang anak itu dengan baik, anaklah yang akan jadi harta paling beharga untuk kita. Dan aku percaya, setiap ibu bapa pasti berusaha untuk mendidik anak menjadi seorang yang berguna.

Untuk mamat ni, mungkin sebab dia dah ada banyak duit sangat. Dan dia merasakan duit tu boleh membahagiakan dia, boleh menjaga dia bila dia tua nanti. Tak apalah kalau itu pemikiran kau. Tapi tolong jaga dan hormati perasaan orang lain. Orang lain suka dapat anak, orang lain bahagia nak menimang cahaya mata. Jangan disebabkan oleh pemikiran kau yang tak berapa matang tu menyebabkan orang lain rasa 'bersalah' untuk menimang cahaya mata. Ataupun mungkin pemikiran mamat ni sangat moden, sampai merasakan anak tu tak perlu dalam sesebuah kehidupan.

Malas dah nak membebel panjang pasal orang yang tak berfikiran matang lagi. Semoga satu hari nanti kau sedar apa yang kau cakap sekarang dan semoga kau sedar, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau itu adalah satu doa. Semoga benda ni berbalik semula pada kau...

Tuesday, September 20, 2011

Petua - Kencing Tak Lawas

Tiba-tiba rasa macam nak kongsi petua pula hari ini. Sebabnya petua ni memang berkesan dan aku dah cuba pada diri sendiri. Pada sesiapa yang pernah mengalami kencing tak lawas ni, pasti mereka tahu betapa azabnya sakit ni.

Perasaan nak buat air kecil tu sangat membuak-buak, tapi yang keluar hanya beberapa titis sahaja. Dan rasa sakit semasa membuang air kecil tu, hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham. Dah la aku kena penyakit masa hari raya hari tu, susahnya nak berjalan-jalan raya, asyik rasa nak buang air saja.

Ok, petuanya adalah dengan minum air barli. Bagi mereka yang tak tau macam mana rupa biji barli tu,ni aku sertakan gambarnya sekali.



Seelok-eloknya minumlah air barli buatan sendiri (ok, aku tipu.Mak aku yang tolong masakkan). Senang saja nak sediakan air barli ni. Rebus biji barli sampai kembang dah lembut. Letak sehelai daun pandan supaya ada bau yang wangi. Bila nak minum tu, campurlah dengan sedikit gula.

Senangkan? Insyaallah berkesan, cubalah.