- pesakit dikenakan caj RM45 di sebuah klinik swasta. Doktor tidak membekalkan sebarang ubat pun, hanya mengetuk lutut pesakit untuk menguji sekiranya ada sebarang kecederaan atau kesakitan pada bahagian lutut.
- seorang ibu yang baru melahirkan anak dikenakan caj 3 kali ganda daripada caj yang dijanjikan kerana melahirkan anak pada pukul 2 atau 3 pagi. Kalau nak harga yang dijanjikan tu, tak boleh beranak tengah malam atau awal pagi (macam lah boleh kawal bila bayi tu nak keluar)
- seorang pesakit dikenakan charge RM14k walaupun berada di hospital kurang dari 24 jam (tapi pemanggil tidak pula menerangkan tentang rawatan yang diterima).
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi ni aje yang aku ingat. Mula-mula, aku tak ambil kisah sangat dengan rungutan mereka ni. Sebab bagi aku, dah diorang pergi hospital swasta, memang sah-sah la kena caj mahal. Nama pun hospital swasta, memanglah mahal sebab makanan lebih sedap, tak perlu berkongsi bilik dengan pesakit lain, jururawat senyum aje sebab mereka di bayar untuk itu.
Kalau nak murah, pergilah hospital yang hanya perlu bayar RM1 aje untuk perkhidmatannya. Aku tak berapa pasti macam mana dengan layanan daripada hospital kerajaan ni sebab tak pernah guna lagi perkhidmatannya sewaktu kecemasan. Jadi tak adil untuk aku menilainya.
Isu yang nak aku bangkitkan ni tak ada kene-mengena langsung dengan hospital kerajaan. Alkkisahnya, aku selalu sangat sakit kepala sejak akhir-akhir ni. Tapi hanya sakit waktu hujung minggu aje. Waktu bekerja tu tak pernah pulak sakit walaupun aku memang betul-betul memerah otak untuk buat kerja. Cuma minggu lepas, sakit tu makin menjadi-jadi pulak. Sakit dari hari Ahad sampailah Selasa.
Sebab dah tak tahan sangat, pergilah sebuah klinik panel berhampiran pejabat aku. Kebetulan pula, seorang teman sepejabat ni melecet pada kaki. Jadi dia minta belikan 2 keping plaster. Bila aku nak tandatangan bil rawatan aku, selaku akauntan kenalah periksa dulu jumlahnya. Jumlahnya adalah RM63. RM53 untuk rawatan aku dan RM10 untuk 2 keping plaster.
Ha, RM5 untuk sekeping plaster? Memang melampau.Walaupun aku tak perlu bayar apa-apa untuk rawatan aku, aku masih rasa tertipu, rasa terkilan. Tak kan sebab klinik tu berada dalam hotel, dia kenakan caj yang berlipat ganda hanya untuk plaster yang tak berapa sen tu. Aku tak pasti pula kalau plaster yang dijual tu bermutu tinggi.
Alahai, mahalnya....